Skip to content

MySARA Bantuan RM600

MySARA Bantuan RM600 dikreditkan selama 6 bulan dengan kadar RM100 sebulan bermula dari Julai sehingga Disember 2023.

Inisiatif ini merupakan salah satu bantuan tunai yang telah diumumkan ketika Belanjawan 2023 Februari lalu.

Bantuan ini disalurkan melalui bentuk bakul makanan secara baucar dan cashless untuk barangan keperluan makanan asas.

Berikut merupakan perkongsian mengenai bantuan ini.

MySARA Bantuan RM600

Seperti yang telah diumumkan ketika pembentangan Belanjawan 2023 lalu, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberitahu bahawa bantuan tambahan RM600 ini akan disalurkan secara berperingkat kepada penerima STR yang layak.

Penerima STR 2023 yang telah berdaftar melalui sistem E-Kasih, individu tersebut adalah secara automatik akan menerima bantuan MySARA ini.

Walaubagaimanapun, ianya bukanlah bayaran secara tunai akan tetapi bayaran tersebut akan dimasukkan ke dalam Mykad sebanyak RM100 untuk tempoh 6 bulan bermula Julai lalu sehingga Disember 2023 nanti.

Syarat Kelayakan MySARA

Berikut adalah syarat kelayakan kategori penerima yang layak :

  • Kadar tambahan STR berjumlah RM600 dikhususkan kepada penerima isi rumah yang telah dikenal pasti berada dalam kategori miskin tegar. Kelayakan kadar tambahan ini terhad kepada :
    • Warganegara Malaysia
    • Penerima STR 2023
    • Penerima isi rumah yang tersenarai sebagai Miskin Tegar dalam rekod data eKasih
    • Mestilah berpendapatan isi rumah tidak melebihi PGK Miskin Tegar RM1,169 berdasarkan semakan silang agensi pendapatan.

Cara Semak (E-KASIH)

Untuk membuat semakan, berikut adalah kaedahnya :

  • Layari portal rasmi e-kasih : https://ekasih.icu.gov.my
  • Masukkan nombor kad pengenalan
  • Tekan butang carian
  • Kepada mereka yang tersenarai di bawah data e-kasih akan dipaparkan maklumat seperti nama, nama KIR, status daftar, negeri dan daerah.

Tarikh Kredit MySARA

Untuk makluman anda, tarikh bayaran bantuan MySARA RM600 ini telahpun mula dikreditkan bermula Julai lalu lagi, dan akan melalui 6 bulan fasa bayaran iaitu RM100 sebulan.

Bagi negeri Sabah, Sarawak dan Labuan pula, bayaran telahpun selesai dilaksanakan dengan hanya SEKALI BAYAR iaitu RM600.

MySARA bantuan tunai RM600

Penerima yang layak akan menerima RM100 setiap bulan secara automatik melalui Kad Pengenalan (MyKad) bagi tempoh 6 bulan mulai Julai hingga Disember 2023.

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut mengenai Sumbangan Tunai Rahmah (STR) adalah seperti berikut.

PENAFIAN

Pihak Mynewskini bukanlah dari mana-mana agensi kerajaan dan tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan.
Pihak Mynewskini hanya berkongsi maklumat kepada pembaca dan pencari informasi yang berkaitan dengan bantuan yang diberi oleh pihak kerajaan.
Harap maklum. Terima Kasih.