MySalam : Cara Tuntutan Dan Semakan Status. Bantuan ini bantu rakyat boleh mendapat bayaran harian sebanyak RM 50 sehari untuk 14 hari bersamaan dengan RM 700 setahun.
Berikut adalah maklumat lanjut berkenan skim bantuan ini:
MySalam
Skim Perlindungan Masyarakat atau mySalam merupakan sebuah inisiatif skim takaful perlindungan kesihatan percuma oleh Kerajaan yang memberikan perlindungan takaful kepada individu yang layak menerima manfaat skim Perlindungan Masyarakat mySalam melalui Tabung Amanah mySalam.
Skim Perlindungan Masyarakat atau Skim mySalam akan memanfaatkan 8 juta penerima daripada isi rumah kumpulan pendapatan bulanan 40% terendah (B40) Mereka yang menepati syarat yang ditetapkan akan mendapat bayaran harian sebanyak RM 50 sehari untuk 14 hari bersamaan dengan RM 700 setahun.
Melalui skim ini juga, penerima bantuan layak untuk mendapatkan perlindungan kesihatan sekiranya menghidap salah satu daripada 36 jenis penyakit kritikal seperti yang disenaraikan dalam laman sesawang rasmi MySalam dengan bayaran sebanyak RM 8,000 untuk sekali bayaran sahaja sehingga polisi takaful tamat.
Mengikut kemaskini yang terbaru,Kerajaan telah bersetuju supaya skim perlindungan mySalam diperluaskan kepada penerima Bantuan Keluarga Malaysia yang layak mulai tahun 2022.
Ini termasuk penerima Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) yang masih layak untuk menerima insentif Bantuan Keluarga Malaysia.
Syarat Kelayakan mySalam
Penerima Bantuan Sara Hidup (BSH) :
- Individu berumur antara 18 hingga 65 tahun dan pasangan;
- Individu bujang berumur antara 40 hingga 65 tahun dan berpendapatan kurang daripada RM24,000 setahun;
- Individu OKU berumur antara 18 hingga 65 tahun dan berpendapatan kurang daripada RM24,000 setahun.
Manfaat Penerima Bantuan Sara Hidup (BSH) :-
- Penyakit kritikal RM8,000 + hospitalisasi RM50 untuk maksimum 14 hari.
Syarat umum lain:
- Warganegara Malaysia;
- Merupakan penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) tahun 2023 dari kalangan B40;
- Berumur antara 18 hingga 65 tahun;
- Individu bujang berumur antara 40 tahun dan 65 tahun;
- Individu OKU berumur antara 18 tahun dan 65 tahun.
Cara semak kelayakan mySalam
Semakan pendaftaran mySalam boleh di lakukan melalui dengan melayari laman web
Maklumat lanjut seperti kelayakan Skim, butiran manfaat, manfaat kelayakan, status tuntutan, senarai hospital dan lain-lain anda semak di pautan yang di berikan.
Anda hendaklah Log In dengan menggunakan No kad Pengenalan anda dan kata laluan yang dihantar kepada anda melalui SMS (atau kata laluan terkini yang telah anda tetapkan).
Permohonan mySalam adalah berdasarkan penerima dan pasangan yang menerima Bantuan Sara Hidup tahun 2020.Jadi anda tidak perlu membuat sebarang permohonan.
Selain itu,anda boleh dapatkan bantuan atau pertanyaan di kiosk-kiosk yang ditetapkan seperti berikut:
Wilayah Persekutuan
- Hospital Kuala Lumpur
- Hospital Ampang
- Hospital Putrajaya
- Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM)
- Institut Kanser Negara (IKN)
Selangor
- Hospital Selayang
- Hospital Kajang
- Hospital Serdang
- Hospital Sg. Buloh
- Hospital Kuala Kubu Bahru
- Hospital Banting
- Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang
- Hospital Tanjung Karang
- Hospital Sabak Bernam
- Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM)
Perak
- Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh
- Hospital Seri Manjung, Manjung
Pulau Pinang
- Hospital Umum Pulau Pinang
- Hospital Seberang Jaya
- Hospital Bukit Mertajam
Kedah
- Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar
- Hospital Kulim
Perlis
- Hospital Tuanku Fauziah
Kelantan
- Hospital Raja Perempuan Zainab, Kota Bharu
- Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian
Terengganu
- Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu
- Hospital Besut
Pahang
- Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan
Johor
- Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru
- Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru
- Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar
Sarawak
- Hospital Umum Kuching
- Hospital Sibu
- Hospital Bintulu
Sabah
- Hospital Queen Elizabeth 1, Kota Kinabalu
- Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Likas
- Hospital Duchess of Kent, Sandakan
Cara Membuat Tuntutan
Tuntuan bayaran yang berjaya akan dikreditkan ke terus ke akaun penerima, seperti yang didaftarkan di bawah skim Bantuan Sara Hidup Rakyat melalui Pengendali takaful yang mengambil bahagian.
Terdapat dua tuntutan yang boleh di buat iaitu:
1.Tuntutan penyakit kritikal
Langkah 1:
Boleh terus pergi ke portal rasmi skim perlindungan kesihatan masyarakat b40 di pautan www.mysalam.com.my dan log masuk menggunakan No. Kad Pengenalan (No. KP) dan kata laluan yang dihantar kepada anda melalui SMS (atau kata laluan terkini yang anda telah tetapkan)
Langkah 2:
Selepas login, sila cari butang ‘Download Form’ dan klik download ‘Critical Illness – Doctor’s Statement form’.Borang tersebut perlu diisikan selengkapnya oleh doktor yang melakukan rawatan terhadap anda.Dapatkan doktor atau pakar yang merawat anda untuk melengkapkan borang ‘Penyakit Kritikal – Kenyataan Doktor
Langkah 3:
Log masuk ke www.mysalam.com.my dan klik ikon ‘Tuntutan’, kemudian ikon ‘Penghantaran Tuntutan’. Skrol ke bawah laman dan klik ikon ‘Tuntutan Penyakit Kritikal’.
Langkah 4:
Masukkan maklumat lengkap anda klik butang ‘Muat naik’ untuk memuat naik dokumen dalam format *.pdf atau *.jpeg
a) Borang Penyakit Kritikal – Kenyataan Doktor
b) Salinan dokumen pengenalan, cth Kad Pengenalan (depan dan belakang)
Anda boleh scan borang yang diperlukan untuk memudahkakan anda upload di bahagian Tuntutan.
Langkah 5:
Jika anda dah lengkapkan maklumat tersebut dengan lengkap dan scan,boleh klik borang ‘SUBMIT’ untuk lengkapkan proses membuat tuntutan.
2.Tuntutan hospitalisasi
Bagi pendapatan elaun gentian hospitalisasi harian boleh dibuat seperti mana yang ditetapkan berikut:
- Langkah 1: Layari Portal Rasmi MySalam dan log masuk menggunakan No. Kad Pengenalan (No. KP) dan kata laluan yang dihantar kepada anda melalui SMS (atau kata laluan terkini yang anda telah tetapkan)
- Langkah 2: Klik ‘Muat turun Borang’ dan muat turun borang ‘Penyakit Kritikal – Kenyataan Doktor’, berdasarkan jenis penyakit kritikal
- Langkah 3: Dapatkan doktor atau pakar yang merawat anda untuk melengkapkan borang ‘Penyakit Kritikal – Kenyataan Doktor’
- Langkah 4: Log masuk ke Portal Rasmi MySalam dan klik ikon ‘Tuntutan’, kemudian ikon ‘Penghantaran Tuntutan’. Skrol ke bawah laman dan klik ikon ‘Tuntutan Penyakit Kritikal’.
- Langkah 5: Masukkan maklumat yang diperlukan dan klik butang ‘Muat naik’ untuk memuat naik berikut dalam format pdf atau jpeg
- Borang Penyakit Kritikal – Kenyataan Doktor
- Salinan dokumen pengenalan, cth Kad Pengenalan (depan dan belakang)
- Langkah 6: Klik butang ‘Hantar’ untuk melengkapkan proses penghantaran tuntutan.
Tempoh Proses Tuntutan
Biasanya proses tuntutan mengambil masa sepuluh (10) hari bekerja setelah menerima dokumen tuntutan yang lengkap.Tetapi jika dokumen yang di berikan tidak lengkap mungkin akan mengambil masa lebih daripada itu.
Anda juga akan menerima SMS samada tuntutan anda diluluskan atau tidak.
Jumlah bayaran bergantung kepada jenis tuntutan anda.Wang akan dikreditkan berdasarkan borang permohonan anda.
Maklumat Lanjut
Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut,boleh hubungi melalui saluran-saluran berikut:
Talian mySalam: 1 300 888 938 yang beroperasi 24 jam sehari, 7 hari seminggu.
Emel: info@mysalam.com.my
PENAFIAN
Pihak Mynewskini bukanlah dari mana-mana agensi kerajaan dan tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan.
Pihak Mynewskini hanya berkongsi maklumat kepada pembaca dan pencari informasi yang berkaitan dengan bantuan yang diberi oleh pihak kerajaan.
Harap maklum. Terima Kasih.