Program MyBrain 2.0 memperuntukkan RM20 juta bagi setiap ambilan dengan sasaran penerima seramai 500 orang setahun dalam bidang yang kompetitif.
Keputusan kerajaan memperkenalkan semula program MyBrain dapat membantu pelajar khususnya yang kurang berkemampuan melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi.
MyBrain 2.0
MyBrain 2.0 atau MyBrain15 merupakan antara produk berimpak tinggi yang pernah diperkenalkan mulai 2011 namun dihentikan pada tahun 2016.
MyBrain15 ialah program penajaan oleh kerajaan Malaysia untuk pengajian pasca siswazah di peringkat Sarjana & PhD yang diwujudkan di bawah Rancangan Malaysia Ke-10.
Objektif program MyBrain15 adalah untuk mencapai 60,000 pemegang PhD dalam kalangan warganegara Malaysia.
Program MyMaster dan MyPhD diwujudkan di bawah MyBrain15 dan masing-masing menyasarkan pelajar Sarjana dan PhD di universiti awam (IPTA) dan institusi pendidikan swasta (IPTS). Program PhD Industri, MyMaster dan MyPhD dibuka kepada pensyarah/staf sektor awam dan swasta yang ingin melanjutkan pelajaran.
Setelah mengambil kira potensinya dan usaha kerajaan dalam melahirkan ramai golongan intelektual serta pakar bagi menyokong matlamat kesejahteraan pembangunan negara, kerajaan telah bersetuju untuk memperkenal dan melaksanakan semula program biasiswa ini pada tahun 2024.
Pengenalan semula program MyBrain 2.0 akan menggalakkan lebih ramai rakyat Malaysia mendapat tahap pendidikan yang lebih baik.
Objektif
- Membangunkan modal insan & pemerkasaan bakat berkemahiran tinggi dalam bidang penyelidikan
- Menyumbang kepada kebolehpasaran graduan, peningkatan kerjaya, peningkatan pendapatan dan taraf hidup
- Meningkatkan visibiliti dan Penarafan Universiti Awam (UA) dan sektor pendidikan tinggi Malaysia
Pengukuhan & Penambahbaikan MyBrain 2024
- Memastikan pelajar tamat pengajian tepat pada masanya
- Pelajar boleh pilih tempat pendidikan di universiti awam & IPTS terpilih
- Elaun sara hidup RM1000 sebulan sepanjang pendidikan
- Melalui tapisan kelayakan akademik lebih ketat
- Sesi temuduga diwajibkan bagi pelajar baharu
Progam MyBrain 2.0 dikhususkan untuk pengajian peringkat Ijazah Sarjana dan Doktor Falsafah (PhD) di universiti awam dan institut pengajian tinggi swasta (IPTS) terpilih dalam negara dengan keutamaan diberikan kepada bidang sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM).
Senarai Penerima MyBrain 2.0 :
- Sasaran 500 orang penerima setiap tahun.
- Orang awam yang tidak bekerja atau tidak berpendapatan tetap.
- Pensyarah Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS).
Pada kali ini juga, setiap pemohon yang disenarai pendek akan ditemuduga bagi memastikan hanya calon yaang benar-benar layak sahaja diberikan penajaan.
Permohonan MyBrain 2.0
Permohonan bagi penajaan MyBrain 2.0 ini bakal dan akan dibuka pada bulan Januari 2024
Maklumat Lanjut
Untuk mendapatkan update terkini tentang program ini, sila ikuti saluran berikut:
- Facebook Kementerian Pendidikan Tinggi
- Laman web rasmi Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) : mohe.gov.my
- Kenyataan media rasmi : Kenyataan Media MyBrain2.0 dan Kenaikan Kadar Elaun Sara Hidup.pdf (72 KB)
PENAFIAN
Pihak Mynewskini bukanlah dari mana-mana agensi kerajaan dan tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan.
Pihak Mynewskini hanya berkongsi maklumat kepada pembaca dan pencari informasi yang berkaitan dengan bantuan yang diberi oleh pihak kerajaan.
Harap maklum. Terima Kasih.