Sejujurnya—kebanyakan netizen akan melakukan satu atau dua pos palsu dalam Facebook ataupun kongsi informasi yang salah tanpa mereka sedari.
Pakar netiquette atau etika dalam rangkaian maya telah memberi amaran kepada warga maya untuk menjauhkan diri daripada papan kekunci (keyboard) apabila ia berkaitan dengan khususnya topik panas.
Ternyata, ia bukan sekadar tanda mereka berkongsi terlalu banyak info yang sahih mahupun tak shaih di Facebook; penyelidikan mengatakan mereka mungkin bertindak membalas komen dan pandangan secara berbeza terhadap pendapat yang baca dalam laman facebook itu.
Menurut kajian baru yang diterbitkan dalam jurnal Sains Psikologi. Penyelidik di UC Berkeley dan penyelidik Universiti Chicago telah rekrut sekurang-kurangnya 300 orang sukarelawan untuk membaca, menonton video atau mendengar hujah tentang topik kontroversi.
Kemudian, para peserta sukarelawan menjawab soalan berkaitan pendapat yang mereka tidak bersetuju.
Keputusan? Ternyata, orang yang mendengar atau menonton seseorang bercakap dengan lantang dengan memberi pandangan yang negatif akan memberi impresi negatif atau mencirikan mereka sebagai “tidak berpengetahuan atau tidak berhati perut”.
Manakala, mereka yang membaca hujah terlebih dahulu lebih mengenepikan pendapat yang bertentangan dengan sukarelawan yang menonton video itu.
Sesetengah pakar mengaitkan perkara ini dianggap sebagai “Orang ramai lebih berani di Facebook daripada mereka dalam kehidupan sebenar,” sumber daripada Wendy Mencel, direktor Canadian School of Protocol and Etiquette melalui laman Reader’s Digest.
“Terdapat percanggahan antara apa yang mereka tulis dan cara mereka bertemu berhadapan, dan mereka lupa bahawa kata-kata mereka boleh menyinggung perasaan orang. Media sosial membuka kita kepada lebih banyak penelitian, dan kita harus sedar tentang mesej yang kita unjurkan kepada dunia.”
Berdasarkan penemuan ini, para penyelidik menasihati orang ramai untuk menyelesaikan perbezaan pandangan mereka dengan bercakap di antara satu sama lain secara peribadi dan bukannya melalui papan kekunci (keyboard warrior).
Ia mudah untuk menimbulkan kemarahan melalui media sosial, pertemuan secara bersemuka (berhadapan) boleh menyelesaikan perselisihan faham dan juga mewujudkan kompromi, kata mereka.
Oleh itu, apabila jari anda terasa gatal untuk menyertai perdebatan dalam laman Facebook, pertimbangkan niat itu untuk bertemu dengan orang yang anda ingin berdebat dengan membawa makan berjumpa atau membuat panggilan telefon dengan orang itu. Percayalah, ini boleh menyelamatkan reputasi anda dan hubungan anda dengan orang itu.
PENAFIAN
Pihak Mynewskini bukanlah dari mana-mana agensi kerajaan dan tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan.
Pihak Mynewskini hanya berkongsi maklumat kepada pembaca dan pencari informasi yang berkaitan dengan bantuan yang diberi oleh pihak kerajaan.
Harap maklum. Terima Kasih.