Skip to content

Laporan bedah siasat sahkan Nuraina Humaira mati dibunuh & dirogol

  • Berita

Seorang kanak-kanak perempuan Orang Asli, Nuraina Humaira Rosli, 10, yang dilaporkan hilang sejak Jumaat lalu, ditemui mati di kawasan berpaya di perkampungan Orang Asli Kampung Bersah, Pos Kuala Mu.

Ketua Polis Daerah Sungai Siput, Superintendan Mohd Khaizam Ahmad Shahabudin, mengesahkan bahawa kes it kini diklasifikasikan sebagai kes bunuh di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Keputusan bedah siasat yang dijalankan pada jam 4 petang Ahad mendapati, terdapat kecederaan akibat tekanan di bahagian leher serta kesan koyakan di kemaluan mangsa.

Ekoran itu, seorang lelaki berusia 27 tahun yang mempunyai pertalian darah dengan mangsa telah ditahan sekitar jam 5.30 petang untuk membantu siasatan.

Menurut maklumat yang diperolehi, mangsa mempunyai masalah pendengaran dan pada hari kejadian dia telah pergi ke kedai untuk membeli ayam goreng selepas solat Jumaat. Namun, ayam tersebut telah habis.

Mangsa kemudian pulang ke rumah dan diberi wang oleh ibunya untuk membeli ayam di kedai lain. Tetapi ayam goreng juga sudah habis dan mangsa terus pulang ke rumah.

Bapa saudaranya yang sedang melakukan kerja ketika itu, meminta mangsa menunggunya menyelesaikan urusannya sebelum dibawa ke kedai lain. Sementara menunggu, mangsa bermain di taman permainan berhampiran sebelum dilaporkan hilang.

Penduduk kampung yang menyedari kehilangan mangsa telah melakukan pencarian sebelum membuat laporan polis pada jam 1.30 pagi apabila usaha mereka gagal.

Sumber: Berita Harian (Muhammad Zulsyamini Sufian Suri)

PENAFIAN

Pihak Mynewskini bukanlah dari mana-mana agensi kerajaan dan tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan.
Pihak Mynewskini hanya berkongsi maklumat kepada pembaca dan pencari informasi yang berkaitan dengan bantuan yang diberi oleh pihak kerajaan.
Harap maklum. Terima Kasih.