Skip to content

Kronologi Kes Zayn Rayyan Perkembangan Terkini

  • Berita

Kronologi Kes Zayn Rayyan Perkembangan Terkini

Negara telah digemparkan dengan kehilangan dan kematian adik Zayn Rayyan pada Disember tahun lalu. Sehingga hari ini, individu yang terlibat dan bersalah menyebabkan kematian Zayn masih belum dihukum.

Polis masih meneruskan penyiasatan untuk merungkai satu demi satu bukti bagi mendakwa individu yang bersalah tersebut.

Kronologi Kes Zayn Rayyan

Zayn Rayyan adalah seorang kanak-kanak autisme berusia enam tahun yang dilaporkan hilang dan dijumpai telah meninggal dunia pada 6 Disember 2023.

Kali terakhir ditemui dalam pakaian seragam sekolah bermain di kawasan Apartmen Idaman, Damansara Damai di Selangor.

Berikut adalah kronologi kes Zayn Rayyan secara lengkap dari awal kehilangan sehingga perkembangan terkini:

5 Disember, 12:30 tengah hari

  • Ibu kepada kanak-kanak lelaki Autisme berusia enam tahun, Zayn Rayyan Abdul Mattin berkongsi di Facebook mengeai kehilangan anaknya.

6 Disember, 11:16 pagi

  • Pencarian ibu mangsa gagal menemui anak sulung daripada dua beradik itu dan meminta penduduk setempat membantu mencari kanak-kanak malang berkenaan.

6 Disember, 4:12 petang

  • Beberapa kanak-kanak memberitahu bahawa mereka melihat mangsa masuk ke kawasan belukar berhampiran.
  • Mangsa turut dikatakan dilihat bermain di tingkat tiga blok kediamannya tetapi melarikan diri sebaik melihat kehadiran orang lain.

6 Disember, 4:27 petang

  • Operasi dengan kerjasama Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya Unit Anjing Pengesan (K9) dan bomba dijalankan di kesemua bangunan perumahan serta kawasan berhampiran namun belum ada petunjuk mengenai keberadaan mangsa.

6 Disember, 9:00 malam

  • Polis menggerakkan operasi pencarian rumah ke rumah yang membabitkan 40 anggota bersama 60 penduduk setempat. Operasi itu memeriksa 2,482 unit kediaman di 18 blok apartment terbabit.

6 Disember, 10:00 malam

  • Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd Fakhruddin Abd Hamid berkata, mayat kanak-kanak berusia enam tahun itu ditemui di kawasan sungai.

6 Disember, 11:46 malam

  • Lebih memilukan apabila bapa Zayn Rayyan dilihat sukar menerima berita penemuan menyedihkan itu dan pengsan beberapa kali.

7 Disember, 12:02 tengah malam

  • Faizol Najib Abdul Naim, 45, tidak menyangka akan menemui kanak-kanak istimewa itu dalam keadaan tidak bernyawa.

7 Disember, 1:04 pagi

  • Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd Fakhrudin Abd Majid mayat mangsa akan dibedah siasat.

7 Disember, 10.36 pagi

  • Polis akan merakam keterengan saksi, keluarga, dan jiran. Kes itu diklasifikasikan sebagai kematian mengejut.

7 Disember, 3:30 petang

  • Bedah siasat masih dijalankan oleh pihak Forensik di Hospital Sungai Buloh dan ibu Zayn Rayyan, Ismanira menyerahkan kepada pihak polis untuk menjalankan siasatan lanjut.

7 Disember, 5:00 petang

  • Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan mengesahkan Zayn Rayyan dibunuh dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

7 Disember, 6:00 petang

  • Jenazah Zayn Rayyan dibawa ke Tanah Perkuburan Islam Seksyen 9, Kota Damansara.

7 Disember, 7:00 petang

  • Jenazah Zayn Rayyan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 9, Kota Damansara.

8 Disember 2023

  • Polis melakukan mass screening (tapisan besar-besaran) melibatkan data cap jari orang yang mempunyai rekod jenayah termasuk kumpulan yang terlibat dalam kesalahan seksual.
  • Polis sahkan tiada kesan kecederaan lama menjurus penderaan.

9 Disember 2023

  • Polis menjalankan pemeriksaan rumah ke rumah penduduk untuk mengumpul maklumat di Apartmen Idaman, Damansara Damai.

10 Disember 2023

  • Zahari Mohd Reba, Datuk Zayn Rayyan menolak kemungkinan bahawa cucunya dibunuh atas sebab dendam kerana anak dan menantunya baru sahaja berpindah di apartmen berkenaan sekitar tiga tahun lalu.
  • Anjing K9, Gucci dan Ricks melakukan pemeriksaan sebuah stor menjadi tumpuan hari keempat operasi pencarian bahan bukti kes.
  • Tiga anggota Unit Forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) keluar dari apartmen blok R dengan membawa beberapa bungkusan.
  • Polis mengambil DNA kepada 228 individu yang melibatkan 2,484 unit rumah (18 blok) dan premis perniagaan untuk membantu siasatan.

11 Disember 2023

  • Polis menerima beberapa rakaman dashcam dari pemilik kenderaan yang berada di apartmen.

12 Disember 2023

  • Polis menjumpai pergerakan dari pemeriksaan awalan rakaman dashcam penduduk.
  • Polis mendapatkan bantuan dari Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) bagi membantu menyedut keluar takungan air di lokasi penemuan mayat.

13 Disember 2023

  • Polis menemukan sehelai stokin dalam takungan air berhampiran lokasi mayat mayat Zayn Rayyan dijumpai.
  • Tiga individu ditahan dipercayai positif dadah di apartment tersebut tetapi tidak berkait kes bunuh itu.

14 Disember 2023

  • Polis kesan saksi dakwa terlihat Zayn Rayyan di tingkat dua dan tiga Blok R kira-kira 5 petang, hari mangsa dilaporkan hilang (5 Disember)

23 Disember 2023

  • Polis meminta bantuan Polis Antarabangsa (Interpol) dalam pencarian bukti kes pembunuhan Zayn Rayyan, yang memasuki Fasa 3.

28 Disember 2023

  • Polis mengeluarkan kenyataan tidak menutup siasatan kes bunuh Zayn Rayyan meskipun tiada petunjuk baharu diperoleh.

7 Januari 2024

  • Polis mengesahkan menerima menerima maklumat Interpol namun secara am.

6 Februari 2024

  • Datuk Seri A. Thaiveegan, Timbalan Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) Selangor menawarkan ganjaran RM20,000 kepada individu yang membantu penahanan suspek.

23 Februari 2024

  • Polis memaklumkan masih tiada pihak tampil memberi maklumat berhubung kes tersebut walaupun telah ditawarkan ganjaran.

21 Mac 2024

  • Polis menafikan bahawa mereka lambat bertindak dalam siasatan berhubungan pembunuhan Zayn.
  • Penyiasatan terhadap kes pembuhan tersebut masih gigih diteruskan sejak hari pertama Zayn Rayyan dilaporkan hilang.

8 Mei 2024

  • Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Mohd Shuhaily Mohd Zain menegaskan pihaknya masih mengharapkan petunjuk baharu.

31 Mei 2024

  • Pasangan suami isteri (ibu bapa Zayn Rayyan) ditahan sekitar Puncak Alam bagi membantu siasatan polis.

1 Jun 2024

  • Mahkamah Majistret Petaling Jaya membenarkan pasangan suami isteri berusia 29 tahun direman selama tujuh hari mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

7 Jun 2024

  • Tempoh reman ibu bapa Zayn Rayyan disambung enam hari lagi.

Pada 10 Jun 2024 yang lalu, ibu kepada kanak-kanak autisme Zayn Rayyan Abdul Matiin iaitu Ismanira Abdul Manaf, 29, telah dibawa ke kediaman lama mereka di Blok R Apartment Idaman, Damansara Damai, Selangor.

Ibu mangsa diarahkan untuk melakonkan semula aksi kejadian menggunakan patung kanak-kanak yang dibawa oleh pihak polis.

Suspek dibawa masuk ke kediaman dan lokasi mayat kanak-kanak berkenaan ditemukan yang terletak kira-kira 200 meter dari blok kediaman tersebut.

Sama-sama kita doakan agar kes pembunuhan adik Zayn Rayyan segera diselesaikan dan mangsa mendapat keadilan yang sepatutnya.

Sumber eCentral

PENAFIAN

Pihak Mynewskini bukanlah dari mana-mana agensi kerajaan dan tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan.
Pihak Mynewskini hanya berkongsi maklumat kepada pembaca dan pencari informasi yang berkaitan dengan bantuan yang diberi oleh pihak kerajaan.
Harap maklum. Terima Kasih.

Exit mobile version