Pemandu treler membawa muatan kontena yang menyebabkan kematian seorang pemandu wanita dalam kemalangan di Jalan Kebun Sireh, Bukit Tengah dengan selamba telah menunjukkan tanda ‘peace’ kepada wartawan yang sedang merakamkan wajahnya.
MERTAJAM – Pemandu treler membawa muatan kontena yang menyebabkan kematian seorang wanita dalam kemalangan di Jalan Kebun Sireh, Bukit Tengah dengan selamba telah menunjukkan tanda ‘peace’ kepada wartawan yang sedang merakamkan wajahnya.
Lelaki itu bertindak demikian ketika tiba di Kompleks Mahkamah Majistret Bukit Mertajam untuk mendapatkan perintah reman ke atasnya pada jam 8.20 pagi, Khamis.
Dia kemudiannya dikenakan reman selama empat hari bermula Khamis sehingga 17 November ini.
Perintah reman itu dikeluarkan Majistret Mohd Harith Mohd Mazlan di Mahkamah Majistret Bukit Mertajam di sini.
Penahanan reman itu dibuat bagi membolehkan polis menjalankan siasatan terhadap lelaki berusia 51 tahun itu.
Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan seorang wanita maut manakala seorang lelaki cedera apabila dihempap kontena yang dibawa sebuah treler dalam kejadian di Jalan Bukit Tengah, di sini pada jam 9.30 pagi Rabu.
Kejadian itu melibatkan empat buah kenderaan lain iaitu Perodua Bezza, Toyota Altis, Honda Jazz dan lori 3 tan.
Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Bandar Perda, Pegawai Bomba Kanan II Mohd Nor Azamuddin Abdullah berkata, mangsa Lee Zi Rou, 21 yang memandu kereta Perodua Bezza maut di lokasi kejadian kerana tersepit dalam kenderaannya.
Selain itu katanya, pemandu kereta Honda Jazz, Tan Chou Theng, 25 cedera selepas didapati tersepit di bahagian pemandu.
Susulan daripada itu, polis menahan pemandu treler kontena tersebut untuk membantu siasatan.
Ujian saringan awal dadah dan alkohol yang dijalankan terhadap pemandu itu menunjukkan negatif.
Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Sumber Artikel Sinar Harian
PENAFIAN
Pihak Mynewskini bukanlah dari mana-mana agensi kerajaan dan tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan.
Pihak Mynewskini hanya berkongsi maklumat kepada pembaca dan pencari informasi yang berkaitan dengan bantuan yang diberi oleh pihak kerajaan.
Harap maklum. Terima Kasih.