Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara) Datuk Dr Asyraf Wajdi berasa kesal dengan pihak pengusaha dewan selera Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) yang didakwa tidak mengikut menu makan malam yang ditetapkan.
Susulan itu juga, satu terjahan dilakukan setelah mendapat aduan dan laporan daripada ibu bapa mengenai kes keracunan makanan yang melibatkan seramai 31 orang pelajar pada 30 Ogos sehinggakan ada yang terpaksa dikejarkan ke hospital.
“Ketika terjahan dilakukan, saya dapati beberapa perkara yang tidak mengikut piawaian yang ditetapkan oleh MARA antaranya pekerja tidak mencukupi, tidak mengikut menu harian yang ditetapkan serta keadaan kebersihan dapur yang berada di tahap yang tidak memuaskan,” katanya.
Katanya juga, beliau dimaklumkan ini merupakan bukan kes pertama yang berlaku, malahan tahun lepas 50 orang terkesan dengan isu keracunan makanan.
“Mereka berkongsi kepada saya gambar-gambar ulat dalam nasi, sayur dan serangga di dalam hidangan yang amat mendukacitakan saya,” katanya.
Lantaran itu katanya, beliau tidak akan berkompromi dan tegas terhadap isu yang melibatkan kesihatan pelajar. Pengusaha dewan makan berkenaan diberikan tempoh ini sehingga hari ini (Jumaat)untuk menyelesaikan isu-isu ini atau tindakan selanjutnya akan dikenakan.
Menerusi hantaran di Facebook itu juga, beliau berkongsikan perbualan pengusaha dewan makan berkenaan.
Sumber Penulisan TheReporter
PENAFIAN
Pihak Mynewskini bukanlah dari mana-mana agensi kerajaan dan tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan.
Pihak Mynewskini hanya berkongsi maklumat kepada pembaca dan pencari informasi yang berkaitan dengan bantuan yang diberi oleh pihak kerajaan.
Harap maklum. Terima Kasih.