SIDS ini merujuk kepada Sudden Infant Death Syndrome, hal ini boleh berlaku kepada sesiapa sahaja dan punca penyebab utama adalah tempat dan cara tidur bayi yang tidak selamat.
Hampir lebih 3500 setahun kematian bayi di tempat tidur di Amerika yang disebabkan oleh SIDS.
Kebanyakan kematian SIDS bayi berlaku di kalangan bayi berumur kurang dari 6 bulan, terutamanya pada lingkungan 2 hingga 4 bulan.
Tiada statistik kukuh dicatatkan di Malaysia akan tetapi kes kematian dalam setahun tetap ada, oleh yang demikian langkah berjaga-jaga haruslah diterapkan oleh ibu bapa.
SIDS didapati cenderung untuk berlaku dengan bayi yang:
- Tidur posisi meniarap.
- Tidur atas permukaan lembut atau dengan bantal, selimut atau mainan di atas katil.
- Tidur di atas katil atau sofa bersama orang dewasa atau dengan kanak-kanak lain.
- Memakai pakaian terlalu banyak lapis ketika tidur.
- Bersama ibu bapa yang merokok.
Antara ringkasan tips pencegahan SIDS di tempat tidur adalah:
- Gunakan tilam yang rata dengan cadar yang ketat.
- Tidak perlu bantal, selimut atau alat mainan di tempat tidur.
- Jangan ada pencemaran asap rokok atau vape.
- Pastikan persekitaran suhu tidak terlalu panas.
- Bayi seharusnya tidak tidur di atas buaian atau kerusi kenderaan.
- Pastikan bayi tidak memakai penutup kepala atau topi.
- Pastikan bayi tidur dalam keadaan terlentang.
- Pastikan bayi menggunakan pakaian yang nipis dan ringan.
- Tidak digalakkan tidur bersama bayi di atas katil, tilam atau sofa.
Pada setiap waktu sekiranya boleh, terutamanya apabila bayi tidak terpusing lagi, elakkan bayi dari tidur tertiarap.
Sekiranya bayi sudah terpusing, ibu bapa perlu lebih peka untuk ubahkan posisi bayi. Akan tetapi sekiranya bayi selesa dengan posisi tersebut, maka digalakkan untuk teruskan dengan posisi meniarap, namun ibu bapa sentiasa peka dan jaga persekitaran tempat tidur selamat.
Ibu bapa digalakkan untuk tidur di bilik yang sama dengan bayi. Tidur di bilik yang sama mengurangkan 50% risiko SIDS, ia dapat membolehkan penyusuan ke atas bayi dan pemantauan yang lebih senang.
Ibu bapa seharusnya tidak tidur bersama bayi di tilam yang sama. Begitu juga dengan kanak-kanak yang lain. Bayi mesti mempunyai tempat tidur yang sendiri, seperti kot, katil bayi, basinet atau pun tilam sendiri.
Tilam sambungan ke katil ataupun tilam atas katil ibu bapa tidak boleh digunakan untuk bayi. Ini kerana risiko bayi lemas disebabkan oleh tangan ataupun badan ibu bapa sendiri.
Gunakan tilam yang kejap dan tidak terlalu lembut. Ini kerana tilam yang lembut mudah menutupi hidung bayi secara tidak langsung akan menyukarkan bayi bernafas jika bayi tidur menelentang.
Pastikan tilam sesuai dengan saiz ruangan kot, katil, rata, kejap dan menutupi semua ruangan yang kosong.
Ibu bapa harus pastikan dalam kot hanya terdapat tilam tanpa bantal dan selimut serta alat mainan. Diingatkan bahawa bayi tidur tidak memerlukan bantal.
Jika ada bahan-bahan lain disekeliling, ia meningkatkan risiko bayi lemas terutamanya selimut, bantal dan pad tepi.
Pastikan suhu di dalam bilik tidur bayi sesuai tidak terlalu panas. Hindarkan bayi tidur tepat menghala ke arah cahaya matahari dan pastikan bilik mempunyai ruang aliran udara yang baik.
Sekiranya menggunakan ‘aircond’, kekalkan suhu pada sekitar 24 hingga 26 darjah celcius. Dan pastikan bayi tidak tidur dengan selimut dan hanya dengan baju yang tidak longgar dan selapis kain bendung sahaja.
Lebih baik tidak menggunakan buaian untuk bayi tidur. Ini kerana buaian berisiko untuk bayi mengalami kecederaan dan pendarahan otak kerana berisiko untuk terjatuh dari buaian.
Ibu bapa pastikan persekitaran bersih dari asap rokok atau vape. Ini kerana asap rokok meningkatkan risiko bayi mengalami jangkitan paru-paru. Dan elakkan orang yang tidak sihat dari berdekatan dengan bayi.
Info tambahan, bayi yang menggunakan puting untuk tidur (pacifier) boleh mengurangkan risiko SIDS. Namun jangan paksa bayi sekiranya tidak suka puting pacifier. Mulakan puting bayi selepas bayi sudah pandai penyusuan ibu, disarankan selepas 1 bulan.
Di nasihatkan agar ibu bapa jangan mengambil mudah, dapatkan nasihat daripada hospital, klinik pakar bayi atau orang yang lebih mahir dan berpengalaman sekiranya anda tidak pasti tentang keselamatan dan keselesaan bayi.
Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua ibu bapa samada sudah mempunyai anak atau belum.
Sumber informasi ini adalah daripada gambar rajah yang diambil dari Instagram publichealthmalaysia dan Facebook page Dr Lim Baby and Child Specialist.
PENAFIAN
Pihak Mynewskini bukanlah dari mana-mana agensi kerajaan dan tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan.
Pihak Mynewskini hanya berkongsi maklumat kepada pembaca dan pencari informasi yang berkaitan dengan bantuan yang diberi oleh pihak kerajaan.
Harap maklum. Terima Kasih.