Kemaskini Maklumat STR 2025 Anda – Pada tahun 2025, kerajaan Malaysia akan terus melaksanakan inisiatif Sumbangan Tunai Rahmah (STR) sebagai usaha untuk membantu rakyat Malaysia yang memerlukan.
Bagi pemohon yang LAYAK dan berstatus LULUS menerima Sumbangan Tunai Rahmah sebelum in, anda perlu mengemaskini maklumat tertentu sekiranya terdapat perubahan.
Untuk memastikan anda terus layak menerima bantuan ini, penerima STR yang mempunyai perubahan data atau belum pernah melakukan kemaskini secara tiga tahun berturut-turut, perlu membuat kemaskini STR 2025.
Berikut ada ringkasan mengenai cara kemaskini STR 2025 dan soalan lazim bagi menjawab pertanyaan pemohon.
Table of Contents
Cara Kemaskini STR 2025
Program Sumbangan Tunai Rahmah (STR) merupakan bantuan Kerajaan kepada golongan berpendapatan rendah serta sederhana yang benar-benar berkelayakan dan memerlukan bagi mendepani cabaran kos sara hidup.
Hikmah penyasaran semula subsidi membolehkan Kerajaan menambah baik dan meningkatkan pemberian tunai kepada rakyat melalui STR 2025 dalam memastikan isi rumah berpendapatan rendah terus diberi bantuan sewajarnya.
Bagi penerima yang layak menerima STR 2025 dan berstatus lulus, anda diminta untuk melakukan kemaskini akaun anda sekiranya terdapat sebarang perubahan data atau, anda belum pernah melakukan kemas kini selama 3 tahun berturut-turut.
Anda perlu mengemaskini maklumat asas seperti berikut:
- No. Telefon Rumah
- No. Telefon Bimbit
- Maklumat Alamat Surat Menyurat
- Alamat e-Mel
- Maklumat No Telefon Pasangan
- Maklumat Akaun Bank Pemohon / Pasangan
- Maklumat Waris
Anda boleh melakukan kemaskini maklumat permohonan STR melalui dua cara, iaitu:
- Secara dalam talian di Portal Rasmi STR LHDNM di pautan: https://bantuantunai.hasil.gov.my
- Penghantaran Borang Kemas Kini Maklumat Permohonan STR ke Pejabat LHDNM / Pejabat Satelit (PS) / Pusat Transformasi Bandar (UTC). Borang Kemaskini Maklumat Permohonan STR boleh didapati melalui Portal Rasmi STR atau di Pejabat LHDNM / Pejabat Satelit (PS) / Pusat Transformasi Bandar (UTC).
Anda adalah digalakkan untuk membuat kemaskini maklumat Permohonan STR secara dalam talian supaya lebih mudah, cepat dan selamat.
Panduan Kemaskini STR 2025 Secara Online
Rujuk panduan kemaskini STR 2025 secara dalam talian melalui portal rasmi STR di bawah:
1. Layari portal rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) di pautan berikut: https://bantuantunai.hasil.gov.my/
2. Masukkan nombor kad pengenalan dan klik butang Log Masuk. Sahkan kod keselamatan dan masukkan kata laluan anda. Jika masih belum mendaftar, pastikan anda mendaftar akaun baru terlebih dahulu.
3. Untuk sebarang perubahan maklumat asas, pilih menu “Perubahan Maklumat Asas”.
4. Kemaskini maklumat asas seperti berikut dengan maklumat terkini:
- No. Telefon Rumah
- No. Telefon Bimbit
- Maklumat Alamat Surat Menyurat
- Alamat e-Mel
- Maklumat No Telefon Pasangan
- Maklumat Waris
5. Kemudian, klik “Simpan”. Selesai.
CARA MOHON STR 2025
Sekiranya anda menepati beberapa ciri diatas, anda boleh kemukakan permohonan baru. Berikut adalah cara untuk mohon :
- Permohonan Secara Dalam Talian
- i. Portal Rasmi STR, https://bantuantunai.hasil.gov.my;
- Permohonan Melalui Borang Kertas
- Borang Permohonan STR (BK-01) boleh didapati secara percuma di Portal Rasmi STR ; atau
- Pejabat LHDNM / Pejabat Satelit (PS) / Pusat Transformasi Bandar (UTC) LHDNM
Permohonan Secara Manual di Pejabat Hasil
Selain secara online, anda juga boleh memohon STR 2025 secara manual di pejabat hasil berdekatan. Rujuk langkah-langkahnya di bawah ini:
- Dapatkan borang permohonan. Borang permohonan STR boleh didapati di portal rasmi Sumbangan Tunai Rahmah atau di pejabat LHDNM berdekatan.
- Isi borang dengan lengkap. Pastikan semua maklumat diisi dengan tepat dan lengkap untuk mengelakkan sebarang masalah semasa pemprosesan.
- Sediakan dokumen sokongan yang mungkin diperlukan, seperti: Salinan MyKad pemohon, Salinan sijil perkahwinan/perceraian/kematian (jika berkenaan), Salinan MyKad/MyKid anak-anak (jika berkenaan), Bukti pendapatan terkini, dan sebagainya.
- Serahkan borang yang telah diisi berserta dokumen sokongan ke Pejabat LHDNM / Pejabat Satelit / Pusat Transformasi Bandar (UTC) LHDNM yang berdekatan anda.
- Jika memerlukan bantuan, anda boleh berhubung terus dengan Pegawai Khidmat Pelanggan di pejabat LHDNM.
Rayuan STR 2025
Bagi pemohon yang TIDAK LAYAK, anda boleh cuba untuk membuat rayuan. Rujuk cara-caranya di bawah:
- Layari laman rasmi Portal STR di pautan berikut: https://bantuantunai.hasil.gov.my/ menggunakan peranti yang disambungkan ke internet. Portal ini boleh diakses melalui komputer, telefon pintar, atau tablet.
- Log masuk ke akaun anda.
- Seterusnya, klik butang “Permohonan Semakan Semula (Rayuan)”
- Lengkapkan semula borang dengan maklumat yang diperlukan.
- Buat semakan, dan sahkan.
- Hantar. Selesai.
NOTA:
- Permohonan rayuan secara dalam talian boleh dibuat untuk semua pemohon yang berstatus “Tidak Lulus”, kecuali untuk kes Kod Duplikasi dan Kod 32 (Permohonan Dari Luar Negara Secara Dalam Talian)
- Walaupun tiada tempoh masa yang tepat dinyatakan, biasanya proses rayuan mengambil masa beberapa minggu untuk diproses. Pemohon dinasihatkan untuk menyemak status rayuan secara berkala melalui portal rasmi dan menghubungi talian hotline STR jika tiada maklum balas selepas tempoh yang munasabah.
- Jika rayuan diluluskan, pembayaran akan bermula dari fasa seterusnya.
Tempoh Kemaskini STR 2025
Kemas kini maklumat Permohonan STR boleh dilakukan bermula 19 Oktober 2024. Tarikh akhir kemaskini tidak ada dinyatakan, namun adalah baik jika anda melakukannya secepat mungkin atau sebelum 30 November 2024 bagi memastikan anda dapat menerima STR Fasa 1 untuk tahun 2025 tanpa sebarang masalah.
Syarat Kelayakan STR 2025
Rujuk syarat-syarat kelayakan STR mengikut kategori di bawah. Pastikan anda memeriksa syarat kelayakan dengan teliti sebelum memohon untuk mengelakkan permohonan anda ditolak.
Berikut syarat-syaratnya:
Isi Rumah
- Kahwin; atau
- Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak yang menepati syarat; dan
- Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.
Warga Emas Tiada Pasangan
- Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak
- mempunyai anak yang menepati syarat; dan
- Had umur adalah 60 tahun dan ke atas; dan
- Pendapatan Warga Emas Tiada Pasangan adalah RM5,000 dan ke bawah.
Bujang
- Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
- Had umur adalah 21-59 tahun; dan
- Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun dan ke atas; dan
- Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa; dan
- Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.
NOTA:
Individu bujang berumur 21 tahun dan ke atas termasuk OKU berumur 19 tahun dan ke atas yang masih belajar sepenuh masa di Institusi Pengajian Tinggi Awam / Swasta hanya dibenarkan untuk dimasukkan ke dalam maklumat anak / tanggungan permohonan isi rumah dan tidak dibenarkan membuat permohonan sebagai individu bujang.
Kadar Bayaran STR 2025
Bagi tahun 2025, kadar bayaran STR akan meningkat bagi setiap kategori. Ia merupakan peningkatan tertinggi bagi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) selama ini.
Peningkatan ini bakal memberi manfaat kepada 9 juta penerima atau bersamaan 60 peratus penduduk dewasa negara. Berikut ialah kadar peningkatan bayaran STR 2025:
- Kadar maksimum yang diterima isi rumah meningkat kepada RM4600 berbanding RM3700.
- Kadar baharu bagi kategori bujang juga meningkat kepada RM600
Rujuk gambar rajah di bawah untuk kadar bayaran STR 2025 mengikut kategori:
SEMAKAN STR 2025
Berikut adalah cara untuk membuat semakan kelayakan :
Hi 2025 boleh dibuat melalui pautan berikut: https://bantuantunai.hasil.gov.my/
Anda boleh rujuk panduan semakan STR 2025 seperti berikut:
- Klik log masuk STR 2024
- Masukkan nombor Mykad pemohon
- Pengesahan kata kunci keselamatan
- Maklumat yang akan dipaparkan :
- Nama pemohon
- No Mykad pemohon
- Status permohonan
- Maklumat pembayaran (jika layak)
- Klik menu Semakan Pembayaran
- Masukkan kata laluan
Soalan Lazim (FAQ) – Kemaskini STR 2025
S: Permohonan STR saya berstatus lulus dan ingin mengemaskini maklumat waris. Apakah tindakan yang perlu saya lakukan?
J: Sekiranya permohonan berstatus lulus dan ingin mengemaskini maklumat waris (maklumat asas) anda perlu Log Masuk MySTR dan klik menu Perubahan Maklumat Asas.
S: Saya adalah pemohon dan tidak mendaftarkan maklumat akaun bank pemohon dan pasangan semasa tempoh pendaftaran STR, adakah saya boleh menambah maklumat akaun bank semasa tempoh kemaskini maklumat dibuka?
Ya. Anda boleh menambah maklumat akaun bank pemohon atau pasangan sekiranya tiada maklumat akaun bank pemohon atau pasangan pada borang permohonan STR 2025. Pengemaskinian maklumat akaun bank juga dibenarkan sekiranya bayaran STR fasa terkini bukan melalui kaedah pengkreditan ke akaun bank pemohon / pasangan tersebut.
S: Saya adalah penerima bayaran STR secara pengkreditan ke akaun bank dan status pembayaran adalah Berjaya Kredit, adakah saya boleh mengemaskini maklumat akaun bank saya?
J: Tidak. Kemas kini maklumat akaun bank penerima tidak dibenarkan sekiranya status bayaran fasa sebelumnya adalah Berjaya Kredit.
S: Kaedah pembayaran STR saya adalah secara kredit ke akaun bank pasangan semasa fasa pembayaran sebelumnya. Sekiranya status akaun bank tersebut adalah tidak aktif sebelum pembayaran fasa seterusnya bermula, adakah saya boleh membuat kemas kini maklumat akaun bank pasangan saya?
J: Kemas kini maklumat akaun bank pasangan hanya dibenarkan sekiranya status bayaran STR semasa fasa pembayaran sebelumnya adalah: Gagal Kredit atau Tunai.
S: Permohonan STR 2025 saya berstatus Lulus dan saya telah membuat Permohonan Rayuan Tambahan STR 2025 dengan menukar status kepada Kahwin. Bagaimanakah cara untuk saya mengemas kini maklumat akaun bank atau maklumat waris dalam Permohonan STR saya?
J: Bagi Permohonan STR 2025 berstatus Lulus dan telah mengemukakan Permohonan Rayuan Tambahan, maklumat Permohonan STR pemohon tidak boleh dikemas kini pada menu Kemas Kini Maklumat Permohonan.
S: Saya merupakan waris baharu yang ingin mengemas kini maklumat waris disebabkan waris yang berdaftarkan pada borang STR telah uzur / sakit / berada di dalam penjara. Bagaimanakah saya boleh mengemas kini maklumat waris bagi pihak pemohon yang telah meninggal dunia?
J: Pengemaskinian maklumat waris bagi pemohon yang telah meninggal dunia perlu dilakukan di Pejabat LHDNM berdekatan. Waris baharu perlu melengkapkan Borang Kemas Kini Maklumat Permohonan dan sertakan dokumen seperti di bawah:
- Kad pengenalan (asal) waris
- Sijil Kematian (asal / salinan) Pemohon
- Dokumen pembuktian pertalian antara penerima dan waris
S: Sekiranya pemohon telah meninggal dunia dan tidak mendaftarkan waris, siapakah yang layak didaftarkan sebagai waris?
J: Waris yang layak didaftarkan terhad kepada maklumat Pasangan / Anak yang wujud dalam Permohonan STR 2025 sahaja. Bagi permohonan STR 2025 yang tidak mempunyai maklumat pasangan, anak dan waris dalam rekod permohonan semasa, pendaftaran maklumat waris adalah tidak dibenarkan.
Maklumat Lanjut
Untuk mengetahui maklumat terkini mengenai STR 2025, anda boleh ikuti dan layari:
- Facebook rasmi Kementerian Kewangan Malaysia (MOF)
- Perincian Belanjawan 2025
- Laman web rasmi STR : https://bantuantunai.hasil.gov.my/
PENAFIAN
Pihak Mynewskini bukanlah dari mana-mana agensi kerajaan dan tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan.
Pihak Mynewskini hanya berkongsi maklumat kepada pembaca dan pencari informasi yang berkaitan dengan bantuan yang diberi oleh pihak kerajaan.
Harap maklum. Terima Kasih.