Kelebihan Garam Epsom – Garam epsom merupakan sejenis garam yang dihasilkan melalui sebatian kimia, yang terdiri daripada Magnisium Chloride.
Namun begitu, garam ini tidak sesuai untuk diletakkan dalam makanan seperti garam biasa.
Garam Epsom
Garam epsom dinamakan sempena sebuah pekan di London, England. Nama ini diberikan kerana di pekan tersebutlah garam ini ditemui pada 400 tahun yang lalu.
Walaupun garam ini berbentuk seperti garam masakan biasa, garam epsom ini bukanlah sejenis garam tetapi sebatian mineral tulen magnesium dan sulfat yang wujud secara semula jadi. Disebabkan itu juga, garam ini tidak sesuai digunakan dalam masakan.
Namun begitu, garam jenis ini sangat baik untuk kesihatan tubuh dan kulit anda. Pengambilan garam ini boleh dilakukan dengan cara merendamkan badan dalam air yang sudah dibancuh bersama garam tadi.
Cara Penggunaan
Seperti yang dinyatakan di bahagian sebelum ini, garam epsom ini sangat sesuai digunakan dalam air mandian atau rendaman badan. Hal ini demikian kerana, larutan magnesium dan sulfat dalam air lebih mudah untuk diserap ke dalam badan melalui kulit.
Berikut merupakan cara penggunaan garam ini:
- Tuangkan 300 gram (1.25 cawan) garam ke dalam tab mandi atau baldi bersih.
- Kemudian isikan air panas bagi melarutkan garam.
- Setelah garam terlarut, laraskan suhu air mengikut tahap kesesuaian anda.
- Kemudian rendamkan diri anda atau anggota badan yang diingin ke dalam air tersebut.
- Lakukan selama 15 hingga 20 minit sudah memadai.
Kelebihan & Manfaatnya
Garam Epsom ini mempunyai banyak kelebihan terutamanya pada tubuh dan kulit manusia. Antara kelebihan tersebut ialah:
- Dapat melegakan tekanan (Stress).
- Garam ini membantu dalam menstabilkan mood individu, melegakan tekanan, kemurungan dan kebimbangan.
- Dapat melegakan sakit otot.
- Magnesium dalam garam ini membantu dalam melegakan sakit kepala atau migrain
- Garam ini juga mampu merehatakan otot pada bahagian bahu, leher, dan belakang badan.
- Membantu mengurangkan keradangan.
- Membantu dalam mengurangkan keradangan dan risiko penyakit kardiovaskular.
- Mampu meningkatkan penghadaman atau pergerakan usus dalam badan anda.
Kesan sampingan
Walaupun pengambilan garam epsom ini bagus untuk tubuh kita,ia tidak sesuai untuk digunakan oleh orang yang mempunyai kulit sensitif. Hal ini demikian kerana, garam ini mungkin menyebabkan anda boleh mengalami ruam kulit atau dermatitis kontak.
Individu-individu berikut juga harus berhati-hati dalam pengambilan garam epsom dalam pemakanan kerana mereka mungkin mengalami kesan sampingan yang tidak diingini dan berpotensi berbahaya:
- Ibu mengandung
- Pesakit buah pinggang
- Pesakit jantung
- Kanak-kanak
Jika individu di atas memakan garam ini, mereka mungkin mengalami kesan sampingan berikut:
- pening atau pengsan
- sakit perut
- cirit-birit
- perubahan dalam tabiat pundi kencing
- degupan jantung tidak teratur
- kesukaran bernafas
- kelemahan otot
- keletihan yang melampau
Garam Epsom Pada Tumbuhan
Selain digunakan pada tubuh badan kita, garam epsom ini juga boleh digunakan ke atas tanaman. Dengan menggunakan garam ke atas tanah anda, tumbuhan atau tanama nada akan dapat menyerap dan menerima nutrien yang mencukupi.
Berikut merupakan cara menggunakan garam ini pada tumbuh-tumbuhan kita:
- Lakukan ujian tanah bagi menentukan sama ada tanah anda kekurangan magnesium atau tidak.
- Jika TIDAK, anda tidak perlu menggunakan garam ini pada tumbuhan anda.
- Jika IYA, anda perlu meletakkan bancuhan garam ini.
- Bancuhan garam ini adalah sangat mudah. Anda hanya perlu mencampurkan dua sudu garam epsom dengan 1 liter air.
- Setelah bancuh, siramkan air bancuhan garam pada tumbuhan atau tanah anda.
Sumber:
- Portal Cleveland Clinic
- Laman HealthLine
PENAFIAN
Pihak Mynewskini bukanlah dari mana-mana agensi kerajaan dan tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan.
Pihak Mynewskini hanya berkongsi maklumat kepada pembaca dan pencari informasi yang berkaitan dengan bantuan yang diberi oleh pihak kerajaan.
Harap maklum. Terima Kasih.