Kategori Penerima STR Fasa 4 2024 – Sumbangan Tunai Rahmah (STR) adalah satu langkah proaktif kerajaan Malaysia dalam membantu rakyat yang terkesan oleh kos sara hidup yang tinggi.
Bantuan tunai ini bakal memanfaatkan seramai 9 juta penerima pada tahun hadapan. Ianya merangkumi beberapa kategori penerima iaitu, kategori isi rumah, bujang dan warga emas yang tiada pasangan. Walaubagaimanpun, ianya bergantung kepada beberapa syarat kelayakan.
Antara beberapa maklumat adalah seperti yangg dikongsikan di bawah.
Kategori Penerima STR
Untuk mendapatkan STR, pemohon perlu memenuhi syarat kelayakan tertentu yang ditetapkan oleh kerajaan. Kelayakan ini dibahagikan kepada beberapa kategori:
Isi Rumah:
- Pasangan berkahwin atau ibu/bapa tunggal/balu/janda/duda dengan anak.
- Pendapatan isi rumah mestilah RM5,000 dan ke bawah.
Warga Emas Tiada Pasangan:
- Individu bujang atau ibu/bapa tunggal/balu/janda/duda yang berumur 60 tahun ke atas.
- Pendapatan juga harus RM5,000 dan ke bawah.
Bujang:
- Bujang atau individu dalam kategori di atas yang berumur antara 21 hingga 59 tahun.
- Pendapatan bujang mestilah RM2,500 dan ke bawah. Namun, bagi pelajar IPTA/IPTS berumur di bawah 21 tahun, mereka perlu dimasukkan sebagai tanggungan dalam permohonan isi rumah.
Berikut dikongsikan jumlah baki bayaran STR tahun 2024 mengikut setiap kategori:
Jumlah Pembayaran STR 2024
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan terdapat kenaikan pada kadar bayaran STR tahun hadapan. Ianya dilakukan setelah pihak sedar rakyat Malaysia ketika ini menghadapi masalah dengan keadaan kewangan mereka.
Selain itu, beliau berkata bahawa bayaran fasa pertama akan dinaikkan sebanyak RM500 berbanding STR 2023 hanya RM350 sahaja. Berikut adalah kadar bayaran yang akan diterima pada Sumbangan Tunai Rahmah 2024 nanti mengikut setiap kategori penerima :
Kadar Pembayaran STR
Pembayaran STR akan dibuat dalam empat fasa, dengan fasa akhir dijadualkan pada 7 November 2024. Kadar pembayaran STR Fasa 4 adalah seperti berikut:
- Isi Rumah Pendapatan RM2,500 & ke bawah:
- Bilangan anak 0: RM200
- Bilangan anak 1-2: RM350
- Bilangan anak 3-4: RM500
- Bilangan anak 5 & ke atas: RM700
- Isi Rumah Pendapatan RM2,501 – RM5,000:
- Bilangan anak 0: RM150
- Bilangan anak 1-2: RM200
- Bilangan anak 3-4: RM250
- Bilangan anak 5 & ke atas: RM350
- Warga Emas Sebatang Kara (60 tahun ke atas): RM100
- Bujang (21 – 59 tahun): RM150
Pembayaran akan dikreditkan ke akaun penerima berdasarkan maklumat yang diberikan semasa permohonan.
Bagi mereka yang tidak mempunyai akaun bank, tuntutan tunai boleh dilakukan di cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) yang terdekat.
Tarikh Bayaran STR Fasa 4 2024
Tarikh bayaran STR bagi fasa 1, 2, 3 dan 4 bagi tahun 2024 adalah :
- Fasa 1 : 29 Januari 2024
- Fasa 2 : 3 April 2024
- Fasa 3 : 29 Ogos 2024
- Fasa 4 : 7 November 2024
Cara Semakan Status Kelulusan
Untuk memudahkan pemohon, proses semakan status kelulusan STR boleh dilakukan secara dalam talian melalui Portal Rasmi STR. Pemohon perlu mengikuti langkah-langkah berikut:
- Log masuk ke MySTR.
- Masukkan Nombor MyKad pemohon.
- Pengesahan kata kunci keselamatan.
- Masukkan kata laluan.
- Klik “Semakan Status”.
Setelah mengikuti langkah-langkah di atas, maklumat yang berkaitan dengan status permohonan dan pembayaran akan dipaparkan.
Status “Permohonan Diterima” menunjukkan bahawa permohonan telah diterima dan sedang dalam proses verifikasi, manakala status “Dalam Proses” menunjukkan permohonan sedang diperiksa kelayakannya.
Maklumat Tambahan
Dengan pelaksanaan bantuan ini, diharapkan golongan B40 dan M40 dapat menikmati sedikit kelegaan dalam mengharungi cabaran ekonomi semasa.
Oleh itu, penting bagi setiap individu yang memenuhi syarat untuk memanfaatkan peluang ini dan membuat permohonan agar mereka tidak terlepas dari mendapatkan bantuan yang sewajarnya.
Untuk maklumat lebih lanjut, pemohon boleh melayari Portal Rasmi STR.
Atau anda boleh layari Portal Rasmi : https://bantuantunai.hasil.gov.my/
Terdapat pelbagai lagi bantuan yang dikongsikan oleh pihak Mynewskini daripada pihak kerajaan. Ketahui jenis bantuan lain, sila rujuk SINI
PENAFIAN
Pihak Mynewskini bukanlah dari mana-mana agensi kerajaan dan tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan.
Pihak Mynewskini hanya berkongsi maklumat kepada pembaca dan pencari informasi yang berkaitan dengan bantuan yang diberi oleh pihak kerajaan.
Harap maklum. Terima Kasih.