Mungkin segelintir daripada anda sudah tahu bahawa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dalam fasa peralihan untuk menggantikan kamera AES kepada kamera AwAS yang lebih canggih dengan fungsi yang lebih baik.
Penggantian kamera Automated Awareness Safety System (AwAS) ini dilakukan secara berperingkat dan bertujuan untuk meningkatkan keselamatan jalan raya di Malaysia.
Kamera gaya ringkas warna hitam seperti tiang ini mampu meninjau perubahan persekitaran serta mempunyai fungsi-fungsi tambahan yang lebih menarik.
Kamera Automated Awareness Safety System (AwAS) merupakan penjenamaan semula yang menggabungkan Automated Enforcement System (AES) dan Sistem Kesalahan Jalan Raya (KEJARA).
AwAS ialah satu sistem pengesanan dan merakam secara automatik kesalahan lalu lintas menggunakan alat pengesan yang dipasang di atas jalan dan perakam imej kesalahan menggunakan kamera (gambar dan video).
Kamera AwAS yang baru ini dibekalkan oleh syarikat Ekin dan telah memenangi Anugerah Inovasi Jerman 2022.
Berbeza dengan kamera AES yang lama, kamera ini dilengkapi dengan kemampuan pengawasan 360 darjah.
Ini bermakna ia boleh memantau kenderaan dari semua arah, memberikan pengawasan yang lebih menyeluruh.
Sistem kamera baru ini juga menggunakan teknologi terkini yang menggunakan teknologi Automated Number Plate Recognition (ANPR) bagi memastikan kamera ini beroperasi dengan lebih baik.
Selain penguatkuasaan had laju, kamera ini juga mempunyai fungsi tambahan seperti penguatkuasaan lampu isyarat dan pengesanan pusingan U yang tidak sah.
Ini menjadikannya alat yang lebih serba boleh dalam memastikan pemanduan yang selamat dan berdisiplin.
Ia malah boleh memaklumkan sistem pusat jika berlaku perubahan luar biasa seperti peningkatan suhu dan kelembapan
Salah satu ciri yang paling menarik tentang kamera ini adalah reka bentuknya yang menyamar seperti tiang hitam biasa.
Ini menjadikannya sukar untuk dikenali sebagai kamera pengawasan, sekaligus mengurangkan kemungkinan pemandu cuba mengelak daripada dikenakan tindakan undang-undang.
LOKASI KAMERA AwAS DI LEBUHRAYA UTARA-SELATAN (PLUS)
Arah Utara
Arah Selatan
Sumber: 𝐃𝐎𝐒𝐌/𝐒𝐎𝐂𝐌𝐄𝐃/𝐑𝐀𝐘𝐀/𝟐𝟎𝟐𝟓/𝟒: 𝐋𝐨𝐤𝐚𝐬𝐢 𝐊𝐚𝐦𝐞𝐫𝐚 𝐀𝐰𝐀𝐒 𝐝𝐢 𝐋𝐞𝐛𝐮𝐡𝐫𝐚𝐲𝐚 𝐔𝐭𝐚𝐫𝐚-𝐒𝐞𝐥𝐚𝐭𝐚𝐧 (𝐏𝐋𝐔𝐒)
Pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) juga telah mengeluarkan secara rasmi senarai lokasi kamera AwAS yang boleh dilihat daripada lampiran dibawah:
Sumber: Laman web rasmi Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ)
Pada Jun tahun lepas, kerajaan Malaysia menyatakan hasratnya untuk memasang lebih banyak kamera kerana ia didapati sangat berkesan, dengan lebih 99% pematuhan direkodkan, menurut Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS).
Senarai di atas mungkin berubah dan dikemaskini oleh pihak JPJ daripada semasa ke semasa.
Untuk senarai terbaru, sila rujuk laman web rasmi JPJ di pautan https://www.jpj.gov.my/web/main-site/undang-undang/-/knowledge_base/undang-undang/lokasi-penguatkuasaan-kamera-awas
PENAFIAN
Pihak Mynewskini bukanlah dari mana-mana agensi kerajaan dan tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan.
Pihak Mynewskini hanya berkongsi maklumat kepada pembaca dan pencari informasi yang berkaitan dengan bantuan yang diberi oleh pihak kerajaan.
Harap maklum. Terima Kasih.