Kadar bayaran Zakat Fitrah bagi tahun 2023 untuk setiap negeri di Malaysia dikongsikan dalam artikel ini.
Menjelang setiap bulan Ramadhan, semua umat Islam yang cukup syarat wajib membayar Zakat Fitrah.
Zakat fitrah diwajibkan ke atas dirinya sendiri, setiap orang yang wajib diberi nafkah.
Mereka itu termasuklah daripada isterinya, usul dan furu’ (keturunannya) dari lelaki atau perempuan dengan syarat mereka ini tergolong dalam golongan fakir miskin.
Apakah Zakat Fitrah?
Zakat Fitrah adalah zakat yang diwajibkan ke atas setiap individu lelaki dan perempuan Muslim yang berkemampuan dengan syarat-syarat yang tertentu.
Kadar dan jenis zakat fitrah ialah segantang makanan asasi penduduk negeri tempat seseorang mukallaf itu bermukim.
Hal ini juga berdasarkan hadith daripada Abi Sa’id al-Khudri R.A katanya:
كُنَّا نُخْرِجُ فِي عَهْدِ رَسُولِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَوْمَ الْفِطْرِ صَاعًا مِنْ طَعَامٍ. وَقَالَ أَبُو سَعِيدٍ وَكَانَ طَعَامَنَا الشَّعِيرُ وَالزَّبِيبُ وَالأَقِطُ وَالتَّمْرُ
Maksudnya: “Pada zaman Rasulullah SAW kami mengeluarkan zakat fitrah pada hari raya sebanyak segantang makanan. Gandum, kismis, keju dan tamar ialah makanan kami.”
Riwayat al-Bukhari (1439)
Ukuran gantang yang digunakan oleh Rasulullah SAW menyamai 4 cupak. Kadar ini menyamai sukatan 3 liter, iaitu bersamaan kira-kira 2400 garam. Mengikut sukatan segantang dikira dengan gram ialah 2750 gram.
Sekiranya gandum ialah makanan asasi penduduk di negara kita, maka zakat fitrah yang wajib atas setiap individu adalah sebanyak 3 liter.
Syarat-syarat wajib bagi menunaikan zakat fitrah adalah:
- Al-Islam, diwajibkan juga kepada orang yang murtad selepas ia memeluk islam.
- Waktu, sesungguhnya telah ditetapkan waktu diwajibkannya. Iaitu ketika terbenamnya matahari pada hari yang terakhir bulan Ramadhan
- Berkemampuan untuk mengeluarkan zakat fitrah ketika waktu diwajibkan zakat. Sekiranya kemampuannya itu selepas waktunya maka tidak diwajibkan (Lihat: al-Muktamad fi al-Fiqh al-Syafi’e, 2/98)
Tempoh Bayaran Dibuat
Zakat Fitrah boleh dibayar pada bulan Ramadhan sehingga pagi 1 Syawal sebelum melaksanakan Solat Sunat Aidil Fitri.
Hukum mengeluarkan zakat fitrah pada awal bulan Ramadan atau pertengahannya ada beberapa pendapat:
- Harus sebelum raya, sehari atau dua hari. Tetapi lebih daripada itu tidak diharuskan mengikut pendapat Mazhab Malik dan Hanbali.
- Harus mengeluarkannya daripada pertengahan bulan Ramadan. ini satu pendapat dalam Mazhab Hanbali.
- Harus mengeluarkannya pada awal bulan. Ini adalah satu qaul dalam Mazhab Hanafi, Syafie, dan satu pendapat dalam Mazhab Hanbali.
- Harus mengeluarkannya secara mutlak walaupun sebelum Ramadan.
- Menurut Ibn Ruslan, hukum melambatkan bayaran zakat fitrah sehingga satu hari raya adalah haram. Pendapat ini disepakati oleh seluruh ulama. Mengikut jumhur ulama, melambatkan pembayaran zakat tersebut adalah berdosa dan wajib diqadha’. Ini kerana ia merupakan hak bagi harta dan ia tidak akan gugur dengan luput waktunya.
*Sumber: Mufti WP
Kadar Bayaran Zakat Fitrah 2023 Bagi Setiap Negeri di Malaysia
Kadar bayaran zakat fitrah 2023 bagi setiap negeri adalah seperti berikut.
Untuk tahun 2023 bersamaan 1444 Hijrah sepertimana yang telah ditetapkan oleh Majlis Agama Islam Negeri:
NOTA:
- Negeri Yang Mempunyai Lebih Daripada Satu Kadar Zakat : Setiap pembayar zakat boleh memilih kadar zakat yang sepadan dengan harga beras yang menjadi makanan mereka
- Contoh : Umat Islam di Negeri Melaka yang menjadikan makanan hariannya iaitu beras daripada jenis super tempatan perlu membayar sebanyak RM7. Manakala kadar RM14 pula bagi mereka yang menjadikan makanan hariannya daripada beras import termasuklah dari beras wangi, beras basmathi dan seumpamanya
Umat Islam dinasihatkan supaya memastikan mereka membayar zakat fitrah kepada amil yang mempunyai kad kuasa dan resit bayaran yang dikeluarkan oleh Majlis Agama Islam Negeri.
Anda boleh membuat pembayaran zakat melalui portal zakat negeri masing-masing. Pautannya seperti di bawah:
- Negeri Johor
- Negeri Kedah
- Pautan : JomFitrah (zakatfitrah.com.my)
- Negeri Melaka
- Negeri Kelantan
- Negeri Pahang
- Negeri Sembilan
- Pulau Pinang
- Negeri Perlis
- Pautan : MAIPs Online Zakat Payment
- Negeri Perak
- Negeri Sabah
- Pautan : Log Masuk Orang Awam (sabah.gov.my)
- Negeri Sarawak
- Negeri Selangor
- Pautan : ezakatPAY (zakatselangor.com.my)
- Negeri Terengganu
- Pautan : ePay@MAIDAM
- Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
- Pautan : Bayar Zakat Fitrah Secara Online
Kredit eCentral
PENAFIAN
Pihak Mynewskini bukanlah dari mana-mana agensi kerajaan dan tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan.
Pihak Mynewskini hanya berkongsi maklumat kepada pembaca dan pencari informasi yang berkaitan dengan bantuan yang diberi oleh pihak kerajaan.
Harap maklum. Terima Kasih.