Kadar Bayaran SARA 2024 – Sumbangan Asas Rahmah (SARA) ialah bantuan subsidi bersasar kepada rakyat yang terkesan dengan peningkatan kos sara hidup.
Bantuan ini akan diberikan secara berfasa dan minimum jumlah bayaran tambahan diterima adalah RM100 sehingga maksimum RM1,200 mengikut kategori kelayakan.
Melalui inisiatif Sumbangan Asas Rahmah ini, penerima Sumbangan Tunai Rahmah yang layak akan menerima bantuan secara tanpa tunai secara automatik dikreditkan ke MyKad masing-masing.
Bantuan ini diperluaskan kepada 700,000 penerima Skim Tunai Rahmah (STR), yang akan menerima RM100 setiap bulan selama setahun.
Kategori Yang Layak Menerima SARA 2024
Inisiatif Sumbangan Tunai Rahmah (STR) tambahan sebanyak RM1200 telah diperkenalkan untuk membantu isi rumah yang dalam kategori miskin tegar.
Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) adalah bantuan tambahan yang diberikan kepada penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang layak dan tersenarai sebagai isi rumah miskin dan miskin tegar di bawah data e-Kasih dan Jabatan Kebajikan Masyarakat.
Kadar bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) berbeza mengikut kategori kelayakan. Dengan jumlah minimum RM150 sehingga maksimum RM1,200.
Syarat Kelayakan
Berikut adalah syarat kelayakan bantuan Sumbangan Asas Rahmah:
- Warganegara Malaysia
- Tersenarai sebagai isi rumah miskin dan miskin tegar di bawah data e-Kasih dan JKM
- Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2024 bagi kategori isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tiada Pasangan.
Kategori & Jumlah Bantuan Asas Rahmah
Program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) yang dilancarkan pada bulan Januari, dengan pengenalan dua kategori baru untuk membantu keluarga miskin dan miskin tegar.
Keluarga yang layak, melalui data e-Kasih dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), akan menerima sumbangan bulanan RM100 selama 12 bulan.
Terdapat dua kategori baharu Sumbangan Asas Rahmah pada tahun ini, yang diperkenalkan iaitu isi rumah miskin dan miskin tegar di bawah data e-Kasib dan JKM, dan sebagai contoh, kategori ini layak menerima RM100 sebulan selama 12 bulan di bawah Program SARA mulai Januari serta juga layak mendapat STR hingga RM2500 (bergantung kepada bilangan anak).
Jadual Bayaran Sumbangan Asas Rahmah 2024
Jadual bayaran Sumbangan Asas Rahmah bagi tahun 2024 adalah seperti imej berikut.
Bagi penerima di Sabah / Sarawak, anda akan menerima bayaran RM600 / 2 kali bayaran pada 19 Februari 2024 (Isnin) dan 12 Ogos 2024 (Isnin) melalui pengkreditan ke akaun bank secara tunai di cawangan Bank Simpanan Nasional seluruh negara.
Semakan Status Sumbangan Asas Rahmah
- Portal MySTR
- Layari portal rasmi MySTR > Masukan No. Kad Pengenalan > Klik Log Masuk > Sahkan Kunci Keselamatan > MAsukkan Kata Laluan yang telah didaftarkan > Klik Bahagian Semakan Permohonan > Lihat Bahagian Status Sumbangan Asas Rahmah (SARA)
- Portal MyKasih
- Masukan No. Kad Pengenalan > Klik Semakan Status
- Mendapat Sistem Pesanan Ringkas (SMS) bahawa layak mendapat bantuan SARA
- Surat Pemakluman bahawa penerima layak mendapat bantuan SARA
- Boleh menghubungi Mykasih, HASIL atau MoF
Maklumat Lanjut
Pemohon STR boleh merujuk Soalan Lazim (FAQ) di Portal Rasmi STR melalui pautan https://bantuantunai.hasil.gov.my bagi maklumat lanjut.
PENAFIAN
Pihak Mynewskini bukanlah dari mana-mana agensi kerajaan dan tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan.
Pihak Mynewskini hanya berkongsi maklumat kepada pembaca dan pencari informasi yang berkaitan dengan bantuan yang diberi oleh pihak kerajaan.
Harap maklum. Terima Kasih.