Kad Perak Sejahtera adalah satu program kerajaan negeri Perak di Malaysia yang bertujuan untuk membantu rakyat yang terkesan akibat pandemik COVID-19.
Kad Perak Sejahtera merujuk kepada kad bantuan yang diberikan kepada penerima bantuan sebagai tanda penghargaan kerajaan negeri Perak terhadap mereka yang memerlukan bantuan kewangan dalam situasi yang mencabar ini.
Kad Perak Sejahtera
Kad Perak Sejahtera atau dahulunya dikenali sebagai Kad Perak Prihatin merupakan salah satu inisiatif kerajaan negeri Perak dalam membantu rakyat mereka daripada golongan B40.
Kad ini telah mengalami penjenamaan semula kepada Program Bantuan Kad Perak Sejahtera pada tahun ini.
Program ini dijalankan bagi meringankan kos sara hidup melalui bantuan kewangan daripada Perak Sejahtera, di mana mereka akan mendapat akses kepada pembelian barangan asas (makanan) dan penjagaan kesihatan.
Melalui program ini, penerima bantuan yang layak, boleh melakukan pembelian barangan asas dan penjagaan kesihatan di klinik panel dan pasar raya berdaftar dengan hanya menggunakan kad yang telah disediakan.
Program ini telah dilaksanakan bermula daripada tahun 2019 di mana seramai 17,000 penerima telah menerima manfaat daripada pelaksanaan program ini.
Bagi terus membela dan memastikan kebbajikan rakyat di negeri Perak terus dipertingkatkan Kerajaan Negeri Perak telah meneruskan pelaksanaan program ini yang memanfaatkan 20,000 orang penerima pada tahun 2020 dan 2021.
Manfaat Program
Program Kad Perak ini mempunyai banyak manfaat yang mampu membantu dalam meringankan beban perbelanjaan golongan B40 di negeri tersebut.
Menerusi program ini, para penerima Program Kad Perak Sejahtera, akan memperoleh kemudahan kewangan sebanyak RM 90.00 sebulan bagi pembelian barangan keperluan asas yang tersenarai seperti dalam gambar di bawah sahaja:
Bagi penerima Program Perak Sejahtera ini, pembelian barangan keperluan asas tersebut hanya boleh dilakukan di kedai dan pasar raya yang hanya terdapat dalam senarai terpilih.
Selain manfaat makanan, penerima bantuan melalui program ini juga akan menerima manfaat kesihatan iaitu sebanyak RM75.00 untuk setiap kali rawatan, dan had pembiayaan kesihatan ini untuk satu tahun adalah RM150.00.
Seperti manfaat makanan, manfaat kesihatan juga boleh digunakan hanya di klinik-klinik terpilih.
Di pautan yang disediakan ini terdapat senarai klinik panel yang menerima Kad Perak Sejahtera ini: https://secure.perakprihatin.com/site/provider-locator
Syarat Kelayakan
Untuk menjadi penerima Program Perak Sejahtera ini anda perlulah melihat sama ada anda layak atau tidak untuk menerima bantuan tersebut terlebih dahulu.
Syarat kelayakan menerima bantuan ini adalah:
- Warganegara Malaysia
- Lahir di Perak atau menetap di Negeri Perak melebihi 10 tahun.
- Pemilih Berdaftar di Negeri Perak
- Pendapatan isi rumah bawah RM 2,000 sebulan
Selain itu, untuk semak kelayakan, anda juga boleh pergi ke pautan ini https://member.perakprihatin.com/site/login dan masukkan no. kad pengenalan anda.
Cara Mendaftar Program Kad Perak Sejahtera
Untuk mendaftar bagi program ini anda boleh mengambil borang di jabatan berikut:
- Pejabat Ahli Dewan Negeri / Penyelaras Dewan Negeri
- Pejabat Ahli Parlimen / Penyelaras Parlimen
- Pejabat Ketua-Ketua Kampung Tradisi, Kampung Baru, Kampung Bagan, Ketua Komuniti India, Pejabat Ahli Majlis
- Pusat Wanita Berdaya
Atau boleh memuat turun borang dari laman web www.perakprihatinmakanan.com.my
Cara Pengaktifan Kad
Setelah mendaftar dan memperoleh kad tersebut, anda perlu melakukan pengaktifan kad sebelum anda boleh menggunakannya.
Pengaktifan kad ini boleh dilakukan di pautan berikut: https://www.perakprihatin.com/pengaktifan-kad
Anda boleh memilih untuk mengaktifkan kad secara atas talian atau melalui pusat panggilan.
Untuk mengaktifkan kan menerusi atas talian anda boleh pergi ke pautan ini https://kiplepay.com/cards/card-activation/pp dan mengisi maklumat yang diminta sebelum menekan butang “Hantar”
Cara Penggunaan Kad Perak Sejahtera
Cara penggunaan kad ini bagi manfaat makanan dan manfaat kesihatan boleh dilihat dalam infografik ringkas yang telah disediakan:
Maklumat Tambahan
Sebarang pertanyaan mengenai status permohonan bantuan atau maklumat tambahan berkenaan Kad Perak Sejahtera boleh diperoleh dengan menghubungi:
Pusat panggilan perkhidmatan: 1800 22 6600
Sekretariat Pembangunan Wanita dan Masyarakat Negeri Perak (Wanita Perak):
- Talian: 05-526 9829
- Emel: [email protected]
Kredit sumber: Semakanonline.com
PENAFIAN
Pihak Mynewskini bukanlah dari mana-mana agensi kerajaan dan tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan.
Pihak Mynewskini hanya berkongsi maklumat kepada pembaca dan pencari informasi yang berkaitan dengan bantuan yang diberi oleh pihak kerajaan.
Harap maklum. Terima Kasih.