BUKAN mudah memegang status janda dan bergelar ibu tunggal kerana dugaan yang datang sukar dijangka.
Walaupun berpindah ke lokasi lain untuk menjalani kehidupan baharu bersama tiga anaknya, seorang wanita tetap diuji apabila diganggu lelaki ‘hidung belang’.
Segalanya bermula selepas dia berpindah ke tempat baharu selepas bercerai, termasuk mendaftarkan anak-anak ke sekolah berdekatan.
Sejak itu, dia mendakwa guru besar di sekolah anak-anaknya mula berkelakuan menjengkelkan sehingga membuatkan dirinya berasa tidak selesa.
“Join grup WhatsApp sekolah yang ada kesemua ibu bapa dan cikgu. Cikgu besar (CB) suka PM tepi (mesej secara peribadi) forward poster-poster agama.
“Tapi timing out, hantar pukul 10 malam mesti pasal Al Mulk dan jam 5 pagi pasal Tahajud. Hampir setiap hari, saya jadi annoyed, saya block,” dakwanya menerusi satu luahan di Facebook.
Dia turut mengimbas satu kejadian ketika hadir ke sekolah untuk mengemas kini rekod anak-anaknya.
“Saya nak serah sijil cerai untuk kemas kini rekod sekolah anak-anak kat kaunter pejabat sekolah. Kerani suruh saya jumpa CB dalam ofis dia.
“CB cakap lepas ni boleh kahwin dengan dia. Saya tak respons, anggap dia bergurau, tapi saya tak boleh terima gurauan bodoh macam tu.
“Jijik! Saya terus cakap rushing nak pergi kerja,” katanya yang membuat keputusan untuk menyekat semua akses yang membolehkan guru besar berkenaan mendekatinya, termasuk di laman sosial.
Tanpa mendedahkan lokasi sekolah anak-anaknya, sikap dingin wanita itu yang tidak melayan guru besar tersebut rupanya ‘makan diri’.
Dakwanya, guru besar tersebut seperti cuba menimbulkan pelbagai isu sehingga melibatkan anak-anaknya.
“Sekarang nampak macam CB cuba cari pasal melalui anak-anak saya. Tak bagi anak saya tunggu adik dia kat sekolah sementara jam 5 petang.
“Anak saya, si abang tiada kelas agama di sebelah petang sebab dah darjah enam. Adik dia ada kelas agama. Dia paksa anak saya balik, katanya ada peraturan baharu.
“Sedangkan saya tak boleh nak pergi ambil anak saya awal sebab kerja. Biasa dia balik sekali dengan adik jam 5 petang. Sekarang kena transit pula,” tambahnya.
Senang je nak detect jenis penunggang agama. Dia akan gunakan ayat-ayat agama, ayat-ayat puitis.
WARGA MAYA
Menyentuh mengenai persekolahan dua anaknya, ibu tunggal itu memaklumkan salah seorang daripada mereka merupakan murid pintar di kelas yang dikendalikan guru besar berkenaan.
“Anak saya top scorer kat kelas dia, bukan budak nakal,” jelasnya.
Menurut wanita itu lagi, dia tiada masalah untuk bersemuka dengan guru besar itu berhubung isu berbangkit tetapi mengambil pendirian untuk tidak mengeruhkan keadaan.
“CB tu berperwatakan alim, bersongkok setiap masa, jadi imam tapi gatal!” luahnya lagi.
Menerusi ruangan komen, rata-rata warga maya terkejut dengan pendedahan ibu tunggal berkenaan berhubung sikap guru besar di sekolah anak-anaknya.
“Senang je nak detect jenis penunggang agama. Dia akan gunakan ayat-ayat agama, ayat-ayat puitis. Ayat perangkap, hati-hati.
“Kalau macam ni punya gatal. Entah-entah, cikgu-cikgu kat situ pun mangsa. Mereka pun meluat agaknya tapi tak boleh buat apa.
“Memalukan profesion guru,” demikian antara komen warga maya yang turut menasihati wanita berkenaan agar membuat aduan berhubung salah laku guru besar itu sebagaimana yang didakwa.
Sumber mStar
PENAFIAN
Pihak Mynewskini bukanlah dari mana-mana agensi kerajaan dan tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan.
Pihak Mynewskini hanya berkongsi maklumat kepada pembaca dan pencari informasi yang berkaitan dengan bantuan yang diberi oleh pihak kerajaan.
Harap maklum. Terima Kasih.