Hari ini, pada pagi tahun baharu 2023, gedung tekstil terkemuka iaitu Jakel cawangan Shah Alam mengalami kebakaran yang hampir memusnahkan sebahagian kedai tersebut.
Difahamkan kebakaran itu memusnahkan bahagian dalam bangunan lot kedai tiga tingkat yang terletak di Seksyen 7, Shah Alam.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Datuk Norazam Khamis, berkata pihaknya terdahulu menerima panggilan kecemasan mengenai insiden berkenaan pada jam 7.08 pagi.
Susulan itu katanya, sepasukan pegawai dan anggota serta aset daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Shah Alam; BBP Kota Anggerik; BBP Subang; BBP Kota Raja; BBP Damansara; BBP Sungai Pinang dan BBP Puchong digegaskan ke lokasi kejadian.
“Sebaik tiba di lokasi, didapati satu kebakaran membabitkan satu lot kedai tiga tingkat yang sedang terbakar 80 peratus. Bahagian dalam bangunan musnah terbakar.
“Bagaimanapun api telah berjaya dikawal dan dipadamkan dalam tempoh lebih kurang sejam.
“Ketika ini pasukan JBPM sedang melaksanakan pemadaman bara bara api dan timbunan kain,” katanya hari ini.
Beliau berkata, pasukan bomba kini dalam tindakan pemadaman bara api di bawah timbunan kain.
Katanya, tiada mangsa dilaporkan terbabit setakat ini dan punca sebenar kebakaran masih dalam siasatan.
Sumber berita: AstroAwani, Berita Harian
PENAFIAN
Pihak Mynewskini bukanlah dari mana-mana agensi kerajaan dan tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan.
Pihak Mynewskini hanya berkongsi maklumat kepada pembaca dan pencari informasi yang berkaitan dengan bantuan yang diberi oleh pihak kerajaan.
Harap maklum. Terima Kasih.