Jadual Tarikh Bayaran STR TAMBAHAN RM600 telah diumumkan, manakala bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 1 dan Fasa 2 telahpun dilaksanakan baru-baru ini.
Perdana Menteri ketika pembentangan Bajet 2023 mengumumkan bantuan bayaran tambahan sebanyak RM600 melalui program Sumbangan Tunah Rahmah (STR) tahun ini.
Tambahan RM600 ini khusus untuk golongan yang berada dalam kategori miskin tegar. Berikut dikongsikan maklumat mengenainya.
SUMBANGAN TUNAI RAHMAH 2023
STR adalah salah satu inisiatif di bawah konsep Payung Rahmah yang bertujuan untuk membantu golongan yang kurang berkemampuan dalam menghadapi cabaran kos sara hidup.
STR TAMBAHAN RM600
Berikut adalah kategori penerima yang layak :
- Kadar tambahan STR berjumlah RM600 dikhususkan kepada penerima isi rumah yang telah dikenal pasti berada dalam kategori miskin tegar. Kelayakan kadar tambahan ini terhad kepada :
- i. penerima isi rumah yang tersenarai sebagai Miskin Tegar dalam rekod data eKasih;
- ii. mestilah berpendapatan isi rumah tidak melebihi PGK Miskin Tegar RM1,169 berdasarkan semakan silang agensi pendapatan.
Kerajaan akan memberi sumbangan STR TAMBAHAN berjumlah RM600 kepada kategori isi rumah (miskin tegar) yang wujud pada data e-Kasih, Pejabat Persekutuan Negeri atau Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) Jabatan Perdana Menteri dalam bentuk BAKUL MAKANAN serta BAUCER MAKANAN ASAS bernilai RM100 bagi tempoh enam bulan.
JADUAL TARIKH BAYARAN STR TAMBAHAN
Kerajaan telah memaklumkan bahawa, bayaran STR TAMBAHAN RM600 tersebut akan dilaksanakan pada :
- JULAI (RM100)
- OGOS (RM100)
- SEPTEMBER (RM100)
- OKTOBER (RM100)
- NOVEMBER (RM100)
- DISEMBER (RM100)
JUMLAH BAYARAN STR 2023
Berikut adalah kadar dan jumlah keseluruhan bayaran STR 2023. Sila rujuk jadual dibawah :
SEMAKAN STR TAMBAHAN (E-KASIH)
Berikut adalah cara untuk membuat semakan samada anda layak ataupun tidak bagi menerima STR tambahan ini :
- Layari portal rasmi e-kasih : https://ekasih.icu.gov.my
- Masukkan nombor kad pengenalan
- Tekan butang carian
- Kepada mereka yang tersenarai di bawah data e-kasih akan dipaparkan maklumat seperti nama, nama KIR, status daftar, negeri dan daerah.
Maklumat Lanjut
Pemohon STR boleh merujuk Soalan Lazim (FAQ) di Portal Rasmi STR melalui pautan https://bantuantunai.hasil.gov.my bagi maklumat lanjut.
PENAFIAN
Pihak Mynewskini bukanlah dari mana-mana agensi kerajaan dan tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan.
Pihak Mynewskini hanya berkongsi maklumat kepada pembaca dan pencari informasi yang berkaitan dengan bantuan yang diberi oleh pihak kerajaan.
Harap maklum. Terima Kasih.