Skip to content

SARA 2024 : Jadual Bayaran Sumbangan Asas Rahmah

Jadual Bayaran Sumbangan Asas Rahmah – Kerajaan telah menambah baik program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) sebagai bantuan subsidi bersasar kepada rakyat yang terkesan dengan peningkatan kos sara hidup.

Bantuan ini akan diberikan secara berfasa dan minimum jumlah bayaran tambahan diterima adalah RM100 sehingga maksimum RM1,200 mengikut kategori kelayakan.

Melalui inisiatif Sumbangan Asas Rahmah ini, penerima Sumbangan Tunai Rahmah yang layak akan menerima bantuan secara tanpa tunai sebanyak RM100 selama 12 bulan secara automatik dikreditkan ke MyKad masing-masing.

Kadar bantuan Sumbangan Asas Rahmah juga telah dinaikkan kepada RM1200 berbanding tahun ini RM600.

Sumbangan Asas Rahmah

Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) adalah bantuan tambahan yang diberikan kepada penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang layak dan tersenarai sebagai isi rumah miskin dan miskin tegar di bawah data e-Kasih dan Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Kadar bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) berbeza mengikut kategori kelayakan. Minimum RM150 sehingga maksimum RM1,200.

Syarat Kelayakan

Berikut adalah syarat kelayakan bantuan Sumbangan Asas Rahmah:

  • Warganegara Malaysia
  • Tersenarai sebagai isi rumah miskin dan miskin tegar di bawah data e-Kasih dan JKM
  • Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2024 bagi kategori isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tiada Pasangan.

Jadual Bayaran Sumbangan Asas Rahmah 2024

Jadual bayaran Sumbangan Asas Rahmah bagi tahun 2024 adalah seperti imej berikut.

Sumber imej LHDN

Bagi penerima di Sabah / Sarawak, anda akan menerima bayaran RM600 / 2 kali bayaran pada 19 Februari 2024 (Isnin) dan 12 Ogos 2024 (Isnin) melalui pengkreditan ke akaun bank secara tunai di cawangan Bank Simpanan Nasional seluruh negara.

Kategori & Jumlah Bantuan Sumbangan Asas Rahmah

Terdapat dua kategori baharu Sumbangan Asas Rahmah pada tahun ini, yang diperkenalkan iaitu isi rumah miskin dan miskin tegar di bawah data e-Kasib dan JKM, dan sebagai contoh, kategori ini layak menerima RM100 sebulan selama 12 bulan di bawah Program SARA mulai Januari serta juga layak mendapat STR hingga RM2500 (bergantung kepada bilangan anak).

Penebusan Bantuan Sumbangan Asas Rahmah

Bagi mereka yang permohonan STR diluluskan dan melepasi syarat-syarat kelayakan Sumbangan Asas Rahmah, mereka akan menerima bantuan SARA bermula pada 22 Januari 2024 setiap bulan sehingga Disember 2024.

Penerima yang layak kemudiannya akan diberikan penebusan bantuan berkenaan di kedai runcit terdekat untuk membeli keperluan dapur asas.

Pada ketika ini, terdapat lebih 600 rakan runcit di seluruh negara termasuk Mydin, Giant, Econsave, The Store, Pacific, Milimewa, 99 Speedmart, Lotus Stores (Tesco), serta pasar raya dan pasar mini bebas.

Semakan Status Sumbangan Asas Rahmah

Bagi mengetahui sama ada anda layak menerima bantuan asas barang dapur melalui Sumbangan Asas Rahmah Fasa 2 (SARa), terdapat 5 kaedah yang boleh dilakukan iaitu;

  1. Semakan melalui Portal MySTR
  2. Semakan terus melalui portal rasmi MyKasih
  3. Surat Pemakluman
  4. Sistem Pesanan Ringkas (sms blast)
  5. Menghubungi MyKasih, HASIL atau MOF

Semakan Melalui Portal MySTR

Anda boleh membuat semakan melalui portal MySTR melui pautan berikut;

  • Layari https://bantuantunai.hasil.gov.my
  • Klik Log Masuk MySTR
  • Masukkan Nombor MyKad Pemohon
  • Pengesahan Kata Kunci Keselamatan
  • Masukkan Kata Laluan
  • Klik SEMAKAN PERMOHONAN

Semakan Melalui Portal MyKasih

Semakan secara online juga boleh dibuat melalui portal MyKasih seperti berikut;

  • Langkah 1 – layari https://www.mykasih.com.my/
  • Langkah 2 – masukkan nombor MyKad
  • Langkah 3 – Klik SEMAK STATUS

Penerima yang layak, akan menerima status yang mengandungi maklumat berikut;

  • Status – Layak
  • Jumlah baki terkini
  • Nama
  • Nombor MyKad
  • Program bermula
  • Program berakhir

Maklumat Lanjut

Pemohon STR boleh merujuk Soalan Lazim (FAQ) di Portal Rasmi STR melalui pautan https://bantuantunai.hasil.gov.my bagi maklumat lanjut.

PENAFIAN

Pihak Mynewskini bukanlah dari mana-mana agensi kerajaan dan tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan.
Pihak Mynewskini hanya berkongsi maklumat kepada pembaca dan pencari informasi yang berkaitan dengan bantuan yang diberi oleh pihak kerajaan.
Harap maklum. Terima Kasih.

Exit mobile version