Bermula 1 April 2022 nanti, fasa endemik akan dilaksanakan di seluruh negara, dengan itu terdapat beberapa isu mengenai aplikasi MySejahtera yang diketengahkan.
Antaranya ialah status vaksinasi untuk penerima vaksin primer Sinovac yang berumur 18 tahun ke atas dan warga emas berumur 60 tahun ke atas yang menerima semua jenis vaksin, akan bertukar daripada “Lengkap Vaksinasi” ke “Tidak Lengkap Vaksinasi” di aplikasi MySejahtera sekiranya tidak mengambil dos penggalak.
Kementerian Kesihatan Malaysia sarankan agar individu yang mengalami isu ini untuk lapor kepada interaktif helpdesk di aplikasi tersebut melalui Pilihan K sekiranya sijil digital vaksinasi anda masih tidak terpapar di MySejahtera anda.
Anda boleh rujuk infografik yang dipaparkan di bawah:
Manakala, terdapat kemas kini daripada aplikasi ini mengenai ‘verified’.
Bagi pemilik akaun yang telah disahkan (verified) dimana fungsinya adalah memastikan ciri yang ada di MySejahtera dapat digunakan sepenuhnya.
Bagi mereka yang tidak dapat melihat sijil vaksinasi mereka di MySejahtera kerana belum mengesahkan akaun mereka.
Klik “Sahkan Segera” sekiranya anda belum mengesahkan MySejahtera anda lagi.
Tanda “Sah” akan dipaparkan pada akaun aplikasi MySejahtera bagi mereka yang telah mengesahkan maklumat identiti diri dan tarikh lahir dalam MySJ.
Manakala, bagi pengguna dan akaun yang masih belum dapat lencana “verified” tersebut, di sarankan untuk klik butang verifikasi untuk mengesahkan maklumat diri anda.
Bagaimana untuk sahkan akaun MySejahtera anda?
Bagi mereka atau pengguna aplikasi MySejahtera, mesti masih ramai yang belum tahu dan belum membuat pengesahan maklumat dalam aplikasi tersebut.
Berikut adalah langkah-langkah mudah dan tutorial cara untuk sahkan akaun MySejahtera anda.
Sebelum kemas kini profil, disarankan untuk kemas kini ‘update’ aplikasi MySejahtera kepada versi terkini melalui galeri aplikasi telefon anda untuk terus menggunakan ciri terbaru yang telah di kemas kini oleh aplikasi rasmi MySejahtera.
Sila rujuk infografik berikut.
Langkah-langkah mudah tersebut adalah:
- Langkah 1: Klik butang ‘Sahkan Segera’.
- Langkah 2: Pastikan maklumat diri anda yang tertera adalah betul dan kemudian klik ‘Sahkan’.
- Langkah 3: Klik ‘OK’ sekiranya anda pasti maklumat diri yang tertera adalah betul.
- Langkah 4: Setelah anda kemas kini profil, tanda ‘Sah’ akan terpapar di profil anda.
Sila kemas kini versi aplikasi MySejahtera kepada yang terbaru versi 1.1.8 bagi memastikan semua fungsi terbaru yang terdapat dalam aplikasi tersebut boleh digunakan.
Anda boleh kemas kini melalui Google Play Store, Huawei App Gallery, dan Appstore bagi IOS Apple.
Bagaimana cara untuk pindah data MySejahtera di nombor telefon lama ke nombor telefon baru
Bagi pengguna akaun yang ingin memindahkan data ke telefon baru, pasti ada yang keliru dan tak tahu caranya.
Berikut adalah cara untuk memindahkan data MySejahtera ke nombor telefon baru. Namun, aplikasi MySejahtera hendaklah di kemas kini kepada versi terkini, boleh dibuat melalui play store galeri aplikasi telefon anda untuk menggunakan ciri terbaru MySJ.
Pengguna yang ingin memindahkan data ke telefon lain boleh rujuk ringkasan tutorial di bawah.
Ikuti langkah dibawah untuk memastikan anda boleh memindahkan data daripada telefon lama kepada telefon baharu dengan mudah:
- Langkah pertama, di telefon baru sila muat turun dan kemas kini aplikasi MySejahtera kepada versi terkini.
- Langkah kedua, sila pastikan akaun anda di telefon baru telah disahkan.
- Kini data Mysejahtera anda dipaparkan di telefon baharu.
Sekiranya anda tidak dapat sahkan akaun seperti langkah tertera di atas, maka ikut langkah berikut:
- Klik “Bantuan” pada notifikasi yang di paparkan di telefon baru anda.
- Klik “Pilihan 1” berkenaan akaun MySJ anda di telefon lama.
- Jawab semua soalan dan klik “Hantar”.
- Kemudian, sila sahkan akaun anda di telefon baru.
Setelah sah, data MySejahtera di telefon lama akan ada di telefon yang baru.
Bagaimana sekiranya terlupa kata laluan MySejahtera?
Sekiranya anda terlupa kata laluan MySejahtera, boleh ikuti langkah-langkah berikut:
- Anda perlukan ID Mysejahtera anda, samada nombor telefon atau alamat e-mel yang didaftarkan sebelum ini.
- Log keluar akaun MySejahtera anda. Untuk keluar dari akaun MySejahtera anda, tekan garis tiga di atas sebelah kanan laman profil anda.
- Kemudian tekan log keluar.
- Sekali lagi, tekan log keluar.
- Kemudian, tekan lupa kata laluan.
- Masukkan ID MySejahtera anda. Alamat emel atau pun nombor telefon. Bagi nombor telefon, mulakan dengan kod negara iaitu 6.
- Tandakan kotak “I’m not a robot”.
- Jawab soalan bergambar. Ikut arahan soalan dan tandakan kotak yang berkenaan atau tekan ‘Skip’ bagu yang tidak berkenaan.
- Tekan Verify.
- Tekan hantar.
- Notis penghantaran berjaya akan keluar. Anda akan terima notifikasi di nombor telefon atau pun alamat emel yang di daftarkan.
- Semak SMS atau emel anda dan klik pautan link yang telah di berikan. Bagi emel semak juga bahagian inbox junk.
- Masukkan kata laluan baru anda. Masukkan kali kedua untuk pengesahan.
- Tekan ‘Reset Password’.
- Notis kata laluan baru akan diberikan.
- Selesai, anda boleh masuk log in ke dalam aplikasi MySejahtera dengan kata laluan yang baru.
Bagi mengetahui cara-cara mendapatkan sijil HSO dan RO anda boleh rujuk pautan di sini.
Semoga informasi ini bermanfaat bagi pengguna-pengguna aplikasi MySejahtera.
Untuk pengetahuan, pihak kami tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan mahu pun bukan kerajaan atau agensi NGO. Pihak kami hanya berkongsi maklumat yang boleh berikam manfaat kepada pembaca.
PENAFIAN
Pihak Mynewskini bukanlah dari mana-mana agensi kerajaan dan tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan.
Pihak Mynewskini hanya berkongsi maklumat kepada pembaca dan pencari informasi yang berkaitan dengan bantuan yang diberi oleh pihak kerajaan.
Harap maklum. Terima Kasih.