i-Saraan KWSP
i-Saraan KWSP telah diperkenalkan oleh Caruman Sukarela dengan Insentif Persaraan yang dikenali bagi membolehkan ahli yang bekerja sendiri dan tiada pendapatan tetap untuk membuat caruman sukarela untuk tujuan persaraan.
Mungkin ramai lebih mengetahui tentang i-Suri, namun i-Suri terhad dengan syarat-syarat tertentu; seperti suri rumah atau ibu tunggal berdaftar dengan e-kasih.
Manakala i-Saraan pula terbuka kepada lelaki mahupun perempuan yang bekerja sendiri dengan pendapatan tidak tetap, ataupun suri rumah yang tidak layak mohon i-Suri.
Bertujuan menggalakkan golongan yang bekerja sendiri dan tiada pendapatan tetap untuk mencarum secara sukarela mengikut kemampuan.
Antara tujuan pengenalan i-Saraan KWSP:
- Menyediakan saluran untuk golongan yang bekerja sendiri dan mereka yang tiada pendapatan tetap menabung bagi tujuan persaraan.
- Meningkatkan jumlah orang yang bekerja sendiri menabung dengan KWSP
- Menzahirkan keprihatinan Kerajaan kepada orang yang bekerja sendiri melalui pemberian insentif untuk menabung bagi persaraan mereka.
- Mengurangkan jumlah warga tua yang bergantung kepada peruntukan program Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
Selain manfaat sumbangan dari kerajaan, terdapat juga manfaat-manfaat lain yang kita akan perolehi dari i-Saraan KWSP.
Faedah i-Saraan KWSP
Antara faedah i-Saraan KWSP adalah:
- Menyediakan saluran persaraan untuk golongan yang bekerja sendiri dan mereka yang tiada pendapatan tetap
- Menerima insentif khas sebanyak 15% tertakluk kepada jumlah maksimum RM250 setahun bagi ahli yang berumur kurang 55 tahun. Insentif khas ini diberikan dari tahun 2018 sehingga 2022.
- Mencarum mengikut masa dan kemampuan kewangan anda serta anda masih boleh membuat pengeluaran
- Menikmati dividen tahunan di atas simpanan persaraan anda
- Bantuan Kematian: RM2,500 * tertakluk kepada terma dan syarat KWSP
Siapa Yang Boleh Memohon iSaraan KWSP
Sesiapa sahaja layak untuk mendaftar sekiranya anda memenuhi syarat berikut:
- Warganegara Malaysia
- Berumur 55 tahun ke bawah
- Orang yang bekerja sendiri *(Orang yang melakukan sesuatu pekerjaan yang mendatangkan hasil dan bukannya seorang pekerja)
- Ahli KWSP
- Telah membuat pilihan i-Saraan
*Contoh Orang Yang Bekerja Sendiri
- Petani/ nelayan/ pemandu teksi
- Peniaga kecil/ penjaja/ peniaga pasar malam/ peniaga uptown
- Pengasuh bayi
- Ejen menerima komisen (cth: ejen insurans, ejen hartanah)
- Freelancer (cth: menerima bayaran selepas memberi perkhidmatan sebagai deejay, penyanyi, pelakon, jurulatih kesihatan, perunding)
- Pemilik perniagaan (pemilik tunggal/rakan kongsi) yang membeli dan menjual barangan/perkhidmatan
- Pemilik perniagaan dalam talian (online business)
- Pemilik praktis sendiri (cth: akauntan, doktor, peguam)
- Suri rumah
- Pekerja Berpencen
Cara Daftar & Saluran Pembayaran
Tiada caruman minimum yang ditetapkan bagi setiap bulan.
Rujuk cara pendaftaran seperti berikut:
LANGKAH 1 : BUKA LAMAN WEB KWSP (i-Akaun) ATAU APLIKASI i-Akaun KWSP
Laman web i-Akaun: https://www.kwsp.gov.my/ms/ilogin/login-member
Google Playstore: https://play.google.com/store/apps/details?id=com.epf.main&hl=en&gl=US
Apple App Store : https://apps.apple.com/my/app/i-akaun/id915682756
ATAU
Sekiranya anda / suri rumah telah berdaftar sebagai ahli KWSP, boleh klik pautan: https://online.kwsp.gov.my/isaraanReg/?lang=ms untuk pendaftaran i-Saraan.
LANGKAH 2: TEKAN MENU ‘REGISTER I-SARAAN’
LANGKAH 3: ISIKAN BUTIRAN ANDA & SAHKAN PENDAFTARAN
LANGKAH 4 : BUAT CARUMAN
Akhir sekali, anda bolehlah buat caruman secara online atau manual mengikut amaun yang diinginkan.
Caruman boleh dibuat melalui saluran berikut:
1. Perbankan Elektronik
- Maybank
- Public Bank
- RHB Bank
- Bank Muamalat
- CIMB Bank
2. Kaunter Ejen Bank (Tunai Cek)
- BSN
- Maybank
- Public Bank
- RHB Bank
3. Ejen Bank Berdaftar
4. Kaunter KWSP
Tunai (maksimum RM500) / cek di semua kaunter KWSP Ibu Negeri termasuk KWSP Muar
Jumlah Caruman Minimum / Maksimum
Tiada had bayaran minimum, manakala had maksimum adalah RM60,000 setahun untuk semua Caruman Sukarela
(Caruman Pilihan Sendiri, i-Saraan, i-Suri, Caruman Simpanan Tambahan – berkuat kuasa Januari 2013)
Bagaimana Sumbangan Kerajaan Akan Dikreditkan?
KWSP akan membuat tuntutan sumbangan Kerajaan secara berkala berdasarkan caruman bagi separuh tahun tempoh pertama (Januari hingga Jun) dan separuh tahun tempoh kedua (Julai hingga Disember) setiap tahun.
Wang sumbangan akan dikreditkan ke akaun ahli selepas KWSP menerimanya daripada Kerajaan.
Sumbangan ini akan dikreditkan ke dalam Akaun 1 ahli (Akaun Persaraan).
Apa Yang Diperlukan Untuk Pendaftaran iSaraan KWSP
- MyKad
- Borang i-Saraan – KWSP 16G (M) (Pendaftaran kali pertama sahaja)
- Borang i-Saraan – KWSP 6A (2) (Semasa bayaran)
- Bayaran dalam tunai dan cek atau melalui perbankan internet (Penggunaan borang tidak diperlukan)
Maklumat Lanjut
Sebarang pertanyaan mengenai iSaraan KWSP boleh disalurkan melalui:
Talian Khidmat Pelanggan KWSP: 03-896226000
Layari https://www.kwsp.gov.my/ms/member/contribution/i-saraan
PENAFIAN
Pihak Mynewskini bukanlah dari mana-mana agensi kerajaan dan tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan.
Pihak Mynewskini hanya berkongsi maklumat kepada pembaca dan pencari informasi yang berkaitan dengan bantuan yang diberi oleh pihak kerajaan.
Harap maklum. Terima Kasih.