Insentif Rebat Rahmah 2025 – Internet Percuma Hari Raya
Berita gembira! Kementerian Komunikasi telah mengumumkan pemberian insentif Rebat RAHMAH kepada rakyat Malaysia sempena Hari Raya Aidilfitri pertama, termasuk tambahan kuota internet minimum sebanyak 5GB.
Insentif Rebat Rahmah 2025
Kerajaan MADANI melalui Kementerian Komunikasi mengumumkan pemberian insentif rebat RAHMAH berbentuk tambahan kuota data minimum 5GB kepada semua pengguna perkhidmatan telekomunikasi warganegara Malaysia (prabayar dan pascabayar) pada Hari Raya Aidilfitri pertama.
Tambahan kuota data ini sah bagi tempoh minimum 24 jam, tertakluk kepada terma dan syarat penawaran syarikat penyedia perkhidmatan telekomunikasi yang terlibat iaitu CelcomDigi, Maxis, U Mobile, TM Tech, YTL Communications, Pavo Comms, Tune Talk, redONE, REDtone dan XOX Com.
Usaha Kementerian Komunikasi dengan kerjasama strategik syarikat penyedia perkhidmatan telekomunikasi ini sejajar dengan hasrat Kerajaan MADANI yang menitikberatkan nilai ihsan kepada rakyat di samping mengeratkan silaturahim menerusi komunikasi dalam talian sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Usaha Kerajaan dan semua syarikat penyedia perkhidmatan telekomunikasi yang terlibat ini selari dengan konsep RAHMAH dalam meringankan kos sara hidup serta sentiasa mengutamakan kebajikan rakyat.
Semoga kemeriahan hari raya tahun ini lebih terasa apabila kita dapat berhubung dengan keluarga, sanak saudara, dan rakan-rakan.
Sila rujuk kenyataan media rasmi melalui lampiran di bawah:

Maklumat lanjut mengenai insentif ini akan diumumkan oleh syarikat penyedia perkhidmatan telekomunikasi. Manakala, senarai soalan lazim (FAQ) boleh dirujuk di laman sesawang Kementerian Komunikasi menerusi pautan:
https://www.komunikasi.gov.my/en/awam/faq
Soalan Lazim (FAQ) Insentif Rebat Rahmah 2025
Soalan Lazim (FAQ) Insentif Rebat Rahmah 2025 – Kementerian Komunikasi
Apakah itu Insentif Rebat RAHMAH sempena Hari Raya Aidilfitri? Insentif Rebat RAHMAH ialah tawaran istimewa sempena Hari Raya Aidilfitri yang memberikan tambahan kuota data minimum 5GB kepada semua warganegara Malaysia yang menggunakan pelan pascabayar atau prabayar daripada syarikat penyedia perkhidmatan telekomunikasi (telco).
Tawaran ini tertakluk kepada terma dan syarat yang ditetapkan oleh syarikat telco yang terlibat iaitu CelcomDigi, Maxis, U Mobile, TM Tech, YTL Communications, Pavo Comms, Tune Talk, redONE, REDtone dan XOX Com.
Siapakah yang layak menerima Insentif Rebat RAHMAH sempena Hari Raya Aidilfitri ini? Semua warganegara Malaysia yang melanggan pelan pascabayar atau prabayar daripada syarikat telco yang terlibat layak menerima insentif ini.
Kuota data tambahan ini sah untuk tempoh sekurang-kurangnya 24 jam tertakluk kepada terma dan syarat penawaran syarikat telco yang terlibat.
Bagaimanakah jika saya mempunyai pelan prabayar dan pascabayar? Adakah saya layak untuk kedua-duanya?Setiap warganegara Malaysia layak menerima tawaran insentif secara sekali beri (one-off) bagi setiap akaun.
Bilakah Insentif Rebat RAHMAH sempena Hari Raya Aidilfitri boleh mula dinikmati? Insentif ini akan mula ditawarkan pada Hari Raya Pertama Aidilfitri. Kuota tambahan akan dikreditkan secara automatik ke dalam akaun pelanggan, tertakluk kepada terma dan syarat serta pelaksanaan setiap telco yang terlibat.
Pelanggan boleh berhubung dengan telco masing-masing untuk maklumat lanjut.
Bagaimanakah saya boleh mengetahui maklumat lanjut tentang Insentif Rebat RAHMAH sempena Hari Raya Aidilfitri ini?Pelanggan boleh menghubungi hotline telco yang terlibat iaitu CelcomDigi, Maxis, U Mobile, TM Tech, YTL Communications, Pavo Comms, Tune Talk, redONE dan REDtone, serta XOX Com atau hadir ke mana-mana cawangan telco yang berdekatan.
PENAFIAN
Pihak Mynewskini bukanlah dari mana-mana agensi kerajaan dan tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan.
Pihak Mynewskini hanya berkongsi maklumat kepada pembaca dan pencari informasi yang berkaitan dengan bantuan yang diberi oleh pihak kerajaan.
Harap maklum. Terima Kasih.