Insentif Mahasiswa Johor – Yayasan Pelajaran Johor (YPJ) mengalu-alukan permohonan bagi Insentif Mahasiswa Johor bernilai RM200, khas untuk mahasiswa anak Johor yang sedang melanjutkan pengajian di institusi dalam negara.
Insentif ini diberikan sebagai bentuk sokongan awal pembelajaran dan disalurkan terus ke eWallet Touch ‘n Go, yang kini diintegrasikan bersama Kad Siswa Johor (Kad Visa) — mudah, pantas dan tanpa tunai.
Insentif Mahasiswa Johor
Insentif Mahasiswa Anak Johor (IMAJ) adalah sebuah inisiatif Kerajaan Negeri Johor melalui Yayasan Pelajaran Johor (YPJ) untuk menyalurkan Bantuan Tunai secara One-Off sebanyak RM200.00 kepada setiap Mahasiswa Anak Johor seluruh Malaysia.
Selaras dengan Objektif YPJ yang bertujuan untuk kekal aktif menaja dan memberi bantuan kewangan serta peluang melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi dalam kalangan anak negeri Johor.

Syarat Permohonan Insentif Mahasiswa Johor 2025
- Lahir ATAU menetap di Negeri Johor, dan sekiranya menetap, perlu menetap sekurang-kurangnya lima (5) tahun
- Pelajar IPTA Sepenuh Masa (Universiti, Politeknik, Kolej/Institusi) peringkat Sijil, Diploma atau Ijazah Sarjana Muda
- Pelajar IPTS Sepenuh Masa (di bawah Kumpulan Pendidikan YPJ) peringkat Sijil atau Diploma
- Pelajar Program Matrikulasi Sepenuh Masa
- Rujukan Intitusi Awam / Kerajaan:
https://www2.mqa.gov.my/mqr/akrbyipta.cfm# - Rujukan Kolej Matrikulasi:
https://www.moe.gov.my/senarai-matrikulasi
- Rujukan Intitusi Awam / Kerajaan:
- Terbuka – tiada had tahun pengajian
- Tiada had pendapatan isi rumah
Jumlah Bantuan Insentif Mahasiswa Johor 2025
Bantuan ini adalah secara one-off sebanyak RM200 tanpa mengira pendapatan keluarga dan terbuka kepada pelajar di semua semester.
Cara Memohon
Permohonan dibuka secara dalam talian di laman sesawang Bantuan Pelajaran YPJ https://bantuan-ypj.com/portal/ bagi maklumat lanjut berhubung insentif yang ditawarkan.
Tempoh Permohonan
Tempoh Permohonan:
21 April hingga 5 Mei 2025
Maklumat Lanjut Insentif Mahasiswa Johor 2025
Untuk maklumat lanjut permohonan, sila imbas kod QR pada poster atau layari https://bantuan-ypj.com/portal/
TIADA BORANG DISEDIAKAN DI KAUNTER YPJ
PENAFIAN
Pihak Mynewskini bukanlah dari mana-mana agensi kerajaan dan tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan.
Pihak Mynewskini hanya berkongsi maklumat kepada pembaca dan pencari informasi yang berkaitan dengan bantuan yang diberi oleh pihak kerajaan.
Harap maklum. Terima Kasih.