Skip to content

Insentif Khas RM480 Untuk Suri Rumah

Insentif Khas RM480 Untuk Suri Rumah, insentif ini khas kepada pencarum KWSP melalui i-Suri di bawah Kementerian Pembangunan Wanita.

Ini bertujuan bagi memastikan kesejahteraan golongan suri rumah serta mengiktiraf sumbangan mereka kepada ahli keluarga dan pembangunan negara. Terdapat banyak faedah dalam i-suri KWSP.

CARA DAFTAR I-SURI KWSP

Pendaftaran boleh dilakukan dengan pergi ke cawangan KWSP berdekatan dengan tempat anda dengan membawa bersama borang permohonan yang dimuat turun menerusi pautan seperti berikut:

Insentif Khas RM480 i-SURI

Insentif i-SURI adalah program yang berbentuk usaha sama yang melibatkan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM) dan Kementerian Kewangan (MOF).

Insentif i-Suri KWSP, suri rumah juga mampu dan boleh menikmati dividen tahunan sebanyak RM480, layak untuk bantuan hilang upaya, bantuan kematian, pengeluaran simpanan dan pelepasan cukai (tertakluk kepada syarat-syarat yang telah ditetapkan).

Insentif i-Suri ini ternyata memberi banyak kelebihan kepada golongan surirumah di mana ia memberi jaminan masa depan kerana diberikan dalam bentuk skim KWSP.

Insentif khas RM480 i-Suri

SIAPA YANG BOLEH MENCARUM?

  • Diri sendiri (isteri)
  • Suami kepada pasangan yang layak

Tambahan: Bagi suri rumah, anda hanya dibenarkan memilih satu insentif sahaja pada satu masa, sekiranya anda sudah mendaftar dengan Insentif Persaraan ( i-Saraan), anda perlu membatalkannya dahulu sebelum membuat permohonan baru bagi i-suri.

FAEDAH I-SURI KWSP

Berikut dikongsikan faedah i-Suri KWSP:

  • Mendapat insentif kerajaan sebanyak minimum RM40 sebulan tertakluk kepada jumlah maksimum RM480 setahun.
  • Menerima dividen tahunan KWSP
  • Bantuan Kematian: RM2500

SYARAT KELAYAKAN PENDAFTARAN I-SURI KWSP

  • Warganegara Malaysia
  • Golongan suri rumah yang berdaftar dalam Pangkalan Data Kemiskinan Nasional (eKasih) setakat 30 November 2019.
  • Mencarum sekurang-kurangnya RM5 sebulan atau RM60 setahun ke dalam akaun KWSP
  • Isteri kepada Ketua Isi RUmah (KIR/Wanita (KIR)
  • Belum mencapai umur 60 tahun.

Cara Bayaran Caruman

Berikut dikongsikan cara untuk membuat pembayaran:

  • Tunai atau cek di kaunter peresitan KWSP.
  • Tunai atau cek di kaunter panel bank KWSP (MBB,PBB,RHB dan BSN)
  • Pindahan wang melalui perbankan internet oleh bank yang dilantik MBB atau PBB

Tambahan: KWSP akan membuat tuntutan sumbangan kerajaan secara berkala berdasarkan caruman bagi separuh tahun tempoh pertama (Januari sehingga Jun) dan separuh tahun tempoh kedua (Julai hingga Disember) setiap tahun. Wang sumbangan akan dikreditkan ke akaun ahli selepas KWSP menerimanya daripada kerajaan. Sumbangan ini akan dikreditkan ke dalam Akaun 1 ahli ( Akaun Persaraan dan Akaun 2.

Maklumat Lanjut / Pertanyaan

Untuk sebarang pertanyaaan mengenai Caruman Sukarela i-SURI KWSP, sila layari www.kwsp.gov.my atau hubungi Pusat Pengurusan Perhubungan di talian 03-8922 6000.

PENAFIAN

Pihak Mynewskini bukanlah dari mana-mana agensi kerajaan dan tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan.
Pihak Mynewskini hanya berkongsi maklumat kepada pembaca dan pencari informasi yang berkaitan dengan bantuan yang diberi oleh pihak kerajaan.
Harap maklum. Terima Kasih.