‘Ikan kiamat’ terdampar di pantai dibimbangi petanda bencana, pernah berlaku di Jepun pada 2011

SEEKOR ikan laut dalam yang jarang ditemui dilaporkan terdampar di pantai.

Menurut Institut Oseanografi Scripps di Universiti California, San Diego, seorang pelajar melihat ikan oar itu di pantai Encinitas, selatan California minggu lalu.

Ikan itu berukuran kira-kira 2.74 meter hingga 3.05 meter

Ikan panjang berbentuk pita itu biasanya hidup di zon mesopelagik, kawasan perairan dalam yang tidak dapat ditembusi cahaya.

Ia sering digelar sebagai “ikan kiamat” kerana reputasinya dalam mitos sebagai petanda gempa bumi atau bencana alam.

Sejak 1901, hanya 20 kes ikan oar terdampar direkodkan di California.

Saintis tidak mengetahui punca sebenar ikan itu terdampar, namun berkemungkinan disebabkan oleh kecederaan, penyakit, atau kekeliruan arah.

Pada 2013, apabila dua ekor ikan oar terdampar di pantai California, saintis berpendapat ia mungkin mati akibat aktiviti seismik di bawah dasar laut yang berlaku beberapa sebelum gempa bumi.

Kemungkinan lain ialah pelepasan sejumlah besar gas karbon monoksida sebelum gempa bumi, yang juga boleh memberi kesan kepada ikan oar dan makhluk laut dalam lain.

Untuk rekod, sebanyak 20 ekor ikan oar ditemukan terdampar di pantai Jepun beberapa bulan sebelum gempa bumi melanda negara itu pada 2011. – Agensi

 

PENAFIAN

Pihak Mynewskini bukanlah dari mana-mana agensi kerajaan dan tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan.
Pihak Mynewskini hanya berkongsi maklumat kepada pembaca dan pencari informasi yang berkaitan dengan bantuan yang diberi oleh pihak kerajaan.
Harap maklum. Terima Kasih.

Exit mobile version