Ihsan-i adalah kemudahan pembiayaan peribadi yang disediakan oleh MBSB Bank bertujuan untuk membantu ahli KWSP yang berusia 40 hingga 55 tahun, yang memiliki i-Akaun KWSP dan mempunyai sekurang-kurangnya RM3,000 di dalam Akaun 2 untuk mendapatkan pembiayaan
patuh Syariah ini dengan kadar kompetitif.
Perkara ini, selaras dengan inisiatif kerajaan yang membenarkan individu-indvidu yang layak untuk melakukan pinjaman peribadi dengan mencagarkan wang KWSP mereka.
Ihsan-i MBSB Untuk Pinjaman KWSP
Ihsan-i adalah pembiayaan peribadi yang mematuhi syariah yang ekslusif untuk ahli KWSP dengan i-Akaun.
Ihsan-i juga bertujuan membantu ahli KWSP yang berusia 40 hingga 55 tahun, yang memiliki i-Akaun KWSP dan mempunyai sekurang-kurangnya RM3,000 di dalam Akaun 2 untuk mendapatkan pembiayaan patuh Syariah ini dengan kadar kompetitif.
Konsep Shariah
Tawarruq
Kelayakan
- Semua ahli KWSP berumur 40 sehingga 54 tahun.
- Mesti mempunyai baki simpanan minimum RM3,000 dalam Akaun 2.
- Pemegang i-Akaun berdaftar dengan KWSP.
Jumlah Pembiayaan
Minima: RM3,000
Maksima: RM50,000
Tenure / Tempoh
Minima: 2 tahun
Maksima: 10 tahun
Kadar Keuntungan
Kadar pembiayaan yang kompetitif pada SBR + 1.75% setahun dengan kadar siling 15% setahun.
Ciri-ciri / Faedah
- Kelulusan pantas melalui permohonan dalam talian
- Tiada caj penyelesaian awal
Kaedah Pembayaran
Pembayaran pembiayaan boleh dibuat di mana-mana cawangan MBSB Bank di seluruh negara atau sebagai alternatif melalui pembayaran elektronik melalui Giro Interbank / Pemindahan Segera atau Arahan Tetap / Debit Auto.
Tarikh Permohonan
Ahli KWSP yang layak boleh mengemukakan permohonan Ihsan- i di antara 7 April 2023 (9 pagi)
hingga 14 April 2024.
Anda boleh mula layari Ihsan-i bagi membuat permohonan pinjaman anda.
Nota: Semua permohonan mesti diterima oleh pihak MBSB Bank pada atau sebelum 14 April 2024.
Syarat Kelayakan Ihsan-i MBSB
Tiga syarat utama yang perlu dipenuhi oleh individu yang ingin memohon ihsan-i adalah:
- Semua ahli KWSP berumur 40 sehingga 54 tahun.
- Mesti mempunyai baki simpanan minimum RM3,000 dalam Akaun 2.
- Pemegang i-Akaun berdaftar dengan KWSP.
Cara Permohonan Ihsan-i MBSB
Dibawah merupakan cara-cara permohonan ihsan-i MBSB Bank boleh dilakukan:
Kadar Kelayakan
Jumlah yang dibenarkan di bawah kemudahan sokongan adalah antara minimum RM3,000 hingga maksimum RM50,000 tertakluk kepada jumlah simpanan yang terdapat dalam Akaun 2 Ahli KWSP apabila permohonan dikemukakan.
Amaun kelayakan awal permohonan melalui Pengeluaran Bersyarat Umur 50 Tahun atau 55 Tahun adalah berdasarkan amaun simpanan dalam Akaun 2 yang ditolak dengan sebarang amaun pengeluaran yang belum diluluskan seperti pengeluaran pendidikan, kesihatan dan sebagainya.
Ilustrasi kelayakan pengeluaran dan jadual pembayaran adalah seperti di bawah:
Maklumat Lanjut
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan dan maklumat tentang pinjaman KWSP MBSB Ihsan-i seperti, jumlah pembiayaan, tempoh dan jumlah bayaran semula setiap bulan anda boleh layari web MBSB.
Untuk mendapatkan maklumat dari cawangan terdekat, sila buat carian lokasi di pautan ini: https://www.mbsbbank.com/bm/find-branch
PENAFIAN
Pihak Mynewskini bukanlah dari mana-mana agensi kerajaan dan tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan.
Pihak Mynewskini hanya berkongsi maklumat kepada pembaca dan pencari informasi yang berkaitan dengan bantuan yang diberi oleh pihak kerajaan.
Harap maklum. Terima Kasih.