Bantuan i-Fitri Perantau 2023 merupakan bantuan kewangan yang disalurkan menjelang Hari Raya Aidil Fitri 2023 nanti. Bantuan ini dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri Terengganu.
Permohonan boleh dilakukan atas talian dengan melayari sistem ibantuan yang disediakan oleh kerajaan negeri.
Bantuan i-Fitri Perantau 2023
i-Perantau adalah bantuan khas Kerajaan Negeri Terengganu untuk anak Perantau yang layak sempena Hari Raya Aidilfitri.
Permohonan Bantuan i-Fitri Perantau dibuka bermula 6-20 April 2023.
JUMLAH BANTUAN i-FITRI PERANTAU 2023
- RM300 – Pendapatan Isi Rumah Tidak Melebihi RM2,500
SYARAT-SYARAT KELAYAKAN
SYARAT UTAMA
- Rakyat Terengganu dan MENETAP di luar negeri Terengganu (Perantau)
- Pemohon adalah pengundi berdaftar di negeri Terengganu (Pemohon: KIR / Pasangan)
- Permohonan dibuat secara online melalui sistem iBantuan.
SYARAT KELAYAKAN
- Pendapatan bulanan isi rumah TIDAK MELEBIHI RM2500 (termasuk gaji dan semua elaun).
- Penjawat awam / lantikan kerajaan yang menerima elaun tetap bulanan adalah TIDAK LAYAK memohon.
- Peniaga berlesen adalah TIDAK LAYAK memohon KECUALI pendapatan isi rumah tidak melebihi RM2500 sebulan (disahkan oleh penghulu / pegawai kerajaan berkelayakan di tempat tinggal semasa).
- Pemohon yang TIDAK mempunyai SLIP GAJI perlu kemukakan Surat Akuan Pendapatan (disahkan oleh Penghulu Mukim / Pengerusi JPKK / Pegawai kerajaan yang berkelayakan).
- Pemohon perlu mencetak borang permohonan sebagai simpanan dan bukti permohonan selesai.
- Permohonan boleh DITOLAK sekiranya maklumat tidak benar atau tidak lengkap.
DOKUMEN LAMPIRAN
Pemohon perlu memuatnaik dokumen berikut ke sistem iBantuan:
- Salinan kad pengenalan / sijil kelahjiran pemohon dan tanggungan
- Salinan slip gaji / slip pencen terkini / surat akuan pendapatan yang disahkan
- Salinan surat akuan bermastautin / bil elektrik / bil air
*Muatnaik (upload) dalam bentuk gambar berformat JPG, JPEG, PNG dan GIF.
CARA PERMOHONAN
Cara permohonan bantuan i-Fitri adalah secara atas talian.
Permohonan online boleh dibuat melalui pautan https://ibantuan.terengganu.gov.my mulai 6 April 2023 bantuan i-Fitri Perantau telah dibuka.
Proses permohonan online Bantuan i-Fitri Perantau 2023 melalui sistem iBantuan yang disediakan.
- Masuk ke dalam laman https://ibantuan.terengganu.gov.my/#/login dan mulakan permohonan
- Log masuk ke dalam sistem iBantuan
- Daftar butiran peribadi
- Tandakan ✓ pada paparan iklan dan klik butang seterusnya
- Klik mohon bantuan i-Fitri Perantau
- Semak dokumen, muatnaik dokumen yang diperlukan.
- Semak atau kemaskini dokumen pengenalan pemohon dan pasangan
- Simpan dan cetak. Pastikan paparan maklumat betul dan ditanda ✓ di kotak pengesahan. Kemudian simpan dan cetak
- Selesai permohonan atas talian
TARIKH PERMOHONAN
BANTUAN I-FITRI PERANTAU
- Tarikh permohonan dibuka : 6 April 2023
- Tarikh akhir permohonan: 15 April 2023
Maklumat Lanjut
Untuk maklumat lanjut tentang Bantuan i-Fitri ini, sila rujuk Rangkuman Ucapan Belanjawan Terengganu 2023 di SINI.
HOTLINE NEGERI :
- 011- 5368 1120
- 011- 1526 5561
PENAFIAN
Pihak Mynewskini bukanlah dari mana-mana agensi kerajaan dan tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan.
Pihak Mynewskini hanya berkongsi maklumat kepada pembaca dan pencari informasi yang berkaitan dengan bantuan yang diberi oleh pihak kerajaan.
Harap maklum. Terima Kasih.