Bagi rakyat Malaysia yang belum membuat penebusan kredit eMadani sila lakukan penggunaan kerana pada 29 Februari kredit akan akan luput dan tak dapat digunakan.
eMADANI RM100 ialah inisiatif daripada kerajaan untuk penerima yang layak dengan pendapatan tahunan di bawah RM100,000. Program ini dianggarkan memberi manfaat kepada kira-kira 10 juta rakyat Malaysia dalam bentuk kredit e-dompet RM100 yang boleh digunakan untuk pembelian dalam perniagaan bata dan mortar melalui penyedia perkhidmatan e-dompet yang mengambil bahagian.
KADAR BAYARAN EMADANI
Sekiranya individu tersebut berkelayakan, mereka akan menerima bayaran kredit e-wallet bernilai :
- RM100
Bayaran tersebut boleh didapatkan melalui beberapa aplikasi yang terpilih sahaja dan akan dikreditkan secara automatik.
TEBUS SEBELUM 29 FEBRUARI
Sebelum ini, ramai meluahkan rasa kecewa kerana kredit tersebut gagal untuk ditebus. Untuk makluman anda semua, rayuan boleh dikemukakan lagi. Tempoh daftar dan tempoh untuk menebus masih boleh dilakukan :
- TEMPOH AKHIR DAFTAR : 20 FEBRUARI 2023
- TARIKH AKHIR TEBUS : 29 FEBRUARI
SYARAT KELAYAKAN
Walaubagaimanapun, bukan semua rakyat Malaysia adalah layak, berikut adalah syarat kelayakan yang ditetapkan :
- Warganegara Malaysia
- Berumur 21 tahun ke atas
- Pendapatan tidak melebihi RM100,000 setahun
- Golongan B40 dan M40
- Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR)
CARA TEBUS MELALUI APLIKASI
- Setel
- Langkah 1: Lancarkan aplikasi Setel.
- Langkah 2: Klik pada icon ‘eMADANI’ pada halaman utama.
- Langkah 3: Kemudian, masukkan maklumat anda dan klik ‘Hantar’.
- Langkah 4: Anda akan menerima pemberitahuan apabilah penebusan RM100 eMADANI anda berjaya.
- Touch n Go
- Langkah 1: Pada aplikasi TNG eWallet, klik ikon eMADANI pada halaman utama.
- Langkah 2: Kemudian, masukkan maklumat anda dan klik ‘Hantar’.
- Langkah 3: Anda akan dimaklumkan sekiranya tuntuan TNG eWallet anda berjaya.
- ShopeePay
- Langkah 1: Ketik pada bar dompet halaman utama atau pergi ke halaman “Saya” dan ketik pada “ShopeePay”.
- Langkah 2: Ketik “Sediakan ShopeePay”
- Langkah 3: Simpan nama penuh & nombor kad pengenalan anda. Tandai kotak pilihan untuk bersetuju menerima terma & syarat.
- Langkah 4: Anda akan menerima mesej teks (SMS) dengan kata laluan sekali (OTP). Masukkan kod pengesahan 6 digit untuk meneruskan.
- Langkah 5: Cipta & sahkan PIN ShopeePay 6 digit yang anda inginkan.
- Langkah 6: Tahniah, anda telah berjaya mengaktifkan ShopeePay anda!
Seterusnya, berikut pula adalah langkah-langkah untuk membuat pengesahan (verify) akaun ShopeePay iaitu: - Langkah 1: Ketik pada bar dompet halaman utama atau pergi ke halaman “Saya” dan ketik pada “ShopeePay”.
- Langkah 2: Ketik pada “Sahkan Sekarang”.
- Langkah 3: Muat naik foto kad pengenalan anda & swafoto kad pengenalan anda. Tandakan pada Terma & Syarat & ketik pada “Sahkan”. Pengesahan kad pengenalan akan mengambil masa sehingga 24 jam untuk diproses.
- MAE
- Langkah 1: Lancarkan aplikasi MAE.
- Langkah 2: Klik pada ikon ‘eMADANI’ pada halaman utama.
- Langkah 3: Kemudian, masukkan maklumat anda dan klik ‘Hantar’.
- Langkah 4: Anda akan menerima pemberitahuan apabila penebusan RM100 eMADANI anda berjaya.
PERTANYAAN LANJUT
Sebarang pertanyaan lanjut berkenaan eMADANI, berikut merupakan butiran yang boleh dihubungi:
- MAE: 1300-88-6688 atau emel ke [email protected]
- Setel: Emel ke [email protected]
- ShopeePay: +603-2777 9222 atau
- Touch ‘n Go eWallet: +603-2714 8888
PENAFIAN
Pihak Mynewskini bukanlah dari mana-mana agensi kerajaan dan tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan.
Pihak Mynewskini hanya berkongsi maklumat kepada pembaca dan pencari informasi yang berkaitan dengan bantuan yang diberi oleh pihak kerajaan.
Harap maklum. Terima Kasih.