Skip to content

Harga Telur Terkini 2024

  • Berita

Dalam sebuah kenyataan media baru-baru ini, harga telur ayam Gred A, B dan C akan diturunkan sebanyak 3 sen sebiji mulai 17 Jun 2024.

KUALA LUMPUR: Perkembangan semasa menunjukkan berlaku penurunan kos input pengeluaran telur ayam khususnya bahan asas kepada makanan ayam.

Selaras, usaha mengembalikan hasil penjimatan penyasaran subsidi kepada rakyat, Kerajaan memutuskan supaya harga runcit bagi telur gred A, B dan C di seluruh negara diturunkan 3 sen sebiji.

Kini, harga runcit bagi telur ayam gred A, B dan C masing-masing kepada 42 sen, 40 sen, dan 38 sen sebiji berkuatkuasa mulai Isnin, 17 Jun 2024.

Penampungan subsidi keperluan makanan rakyat sebanyak 10 sen bagi sebiji telur ayam ini melibatkan perbelanjaan RM100 juta, manakala pada tahun 2023 peruntukan subsidi telur ayam adalah sebanyak RM927 juta.

Manakala harga runcit bagi telur Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan juga akan diselaraskan mengikut Bahagian dan Zon yang diwartakan.

Ingin saya tegaskan, masalah atau isu terkait kos kehidupan akan terus ditangani Kerajaan secara lebih proaktif dan berkesan berusaha sebaiknya dalam memampan dampak yang buruk ke atas kehidupan harian rakyat.

ANWAR IBRAHIM

17 JUN 2024

Sumber: Jabatan Penerangan Malaysia

Berikut dikongsikan harga maksimum ayam dan telur ayam berkuatkuasa pada 17 Jun 2024

PENENTUAN HARGA TELUR AYAM BERKUAT KUASA PADA 17 JUN 2024.

I) AYAM

Berpandukan kepada maklumat dari Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA), harga ayam proses standard adalah RM10.20 sekilogram bagi Semenanjung Malaysia.

Manakala harga ayam proses super adalah RM12.25 sekilogram bagi Semenanjung Malaysia.

*Anda boleh buat semakan harga terkini di sini : https://www.fama.gov.my/harga-pasaran-terkini

II) TELUR AYAM GRED A, GRED B DAN GRED C

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Kerajaan memutuskan supaya harga runcit bagi telur gred A, B dan C di seluruh negara diturunkan 3 sen sebiji.

Kini, harga runcit bagi telur ayam gred A pada (42 sen/biji); gred B (40 sen/biji) dan gred C (38 sen/biji) berkuatkuasa mulai Isnin, 17 Jun 2024.

Harga Di Sarawak / Sabah

Bagi Langkawi, Sabah, Sarawak dan Labuan, Harga Maksimum Ayam dan Telur adalah berbeza mengikut zon dan daerah.

Perbezaan Ayam Standard & Ayam Super

Ayam Standard : Ayam yang telah diproses, ditimbang dan dijual DENGAN kepala, kaki dan organ dalaman (pedal, hati dan hempedu)

Ayam Super: Ayam yang telah diproses, ditimbang dan dijual tanpa kepala, kaki dan organ dalaman (pedal, hato dan hempedu).

Cara Buat Aduan Harga Barang

Jika anda merasa bahawa barang yang anda beli atau servis yang anda terima dikenakan harga yang tidak berpatutan, lakukan aduan dengan segera. Selaku pengguna, anda juga mempunyai hak untuk harga barang yang berpatutan.

Anti pencatutan ialah aktiviti yang dikawal dibawah Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2010.

Ia merupakan undang-undang untuk melindungi pengguna dari pencatutan yang melampau, iaitu tindakan peniaga menaikkan harga secara melampau dengan tujuan untuk menjana keuntungan, terutamanya ketika dalam situasi yang memberi kelebihan kepada peniaga.

Sebagai contoh, menaikkan harga ayam ketika musim perayaan seperti Hari Raya atau Tahun Baru Cina, ataupun menaikkan harga topeng ketika musim jerebu.

Selain itu, dibawah Akta Kawalan Bekalan 1961, bebarapa barangan telah disenaraikan sebagai barangan kawalan.

Ambil perhatian terhadap barangan dalam senarai ini supaya anda tidak ditipu dengan caj harga yang lebih mahal.

Barangan makanan seperti ayam, telur, dan gula merupakan antara barangan yang sering diletakkan dibawah senarai ini, terutamanya ketika musim perayaan untuk melindungi pengguna daripada peniaga yang ingin memgambil kesempatan menaikkan harga pada waktu perayaan.

Harga siling yang ditetapkan akan diumumkan sebelum musim perayaan, jadi pastikan anda sentiasa mengikuti perkembangan dan berita mengenai harga tersebut.

Peniaga tidak dibenarkan untuk meletakkan harga yang lebih tinggi dari harga siling.

Jika pengguna tidak berpuas hati dengan harga atau kualiti barangan atau perkhidmatan yang ditawarkan, pengguna boleh merujuk kepada KPDNHEP melalui:

  1. Talian bebas tol (1-800-886-800)
  2. Sistem e-Aduan: http://e-aduan.kpdnhep.gov.my
  3. Whatsapp 

PENAFIAN

Pihak Mynewskini bukanlah dari mana-mana agensi kerajaan dan tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan.
Pihak Mynewskini hanya berkongsi maklumat kepada pembaca dan pencari informasi yang berkaitan dengan bantuan yang diberi oleh pihak kerajaan.
Harap maklum. Terima Kasih.

Exit mobile version