Harga Emas 916 Semasa – Terdapat banyak gred emas dalam pasaran dan antara yang popular adalah emas 916.
Jika dibandingkan dengan emas 999, sudah tentulah emas 916 lebih murah kerana kandungan emasnya lebih rendah.
Emas 916 sangat popular dalam pembuatan barangan kemas dan sekiranya anda ingi membeli barangan perhiasan kesukaan pada harga lebih murah, pastikan anda sentiasa menyemak harga emas 916 smasa dan lakukan pembelian apabila harga emas sedang rendah.
Kenali emas 916
Apabila ingin membeli emas, istilah ’emas 916′ adalah yang biasa didengari. Jadi, apakah itu emas 916?
Ia tidak lain hanyalah peratusan emas yang terdapat dalam aloi yang digunakan untuk membuat barang kemas atau syiling emas.
Nombor 916 menunjukkan terdapat 91.6% emas tulen dalam aloi.
Emas 916 mempunyai nisbah 91.6 gram emas tulen 24 karat dalam 100 gram aloi (peratusan 22/24 ialah 91.6%) dan oleh itu emas 916 turut dipanggil 22 karat.
Dalam pembuatan barang kemas emas, emas 22K dianggap sebagai perkadaran yang ideal kerana emas adalah logam lembut dengan kebolehtempaan dan ketahanan yang rendah.
Emas paling tulen ialah 24K tetapi ia terlalu lembut untuk dibuat barang kemas.
Manakala, apabila emas dibeli sebagai pelaburan, kualiti yang diutamakan ialah 24K.
Walaupun begitu, logam tulen masih akan mengandungi sejumlah kecil kekotoran malah ketulenan tertinggi emas hanya boleh menjadi 999.9 bahagian daripada seribu.
Fungsi dan kegunaan
Emas 916, juga dikenali sebagai emas 22 karat, adalah aloi yang terdiri daripada 91.6% emas tulen dan 8.4% logam lain seperti tembaga dan perak..
Walau bagaimanapun, campuran ini memberikan warna kuning hangat dan menjadikannya tahan lama untuk membuat barang kemas.
Secara ringkas, ia adalah sejenis emas yang kuat dan popular untuk membuat perhiasan yang canntik
Orang ramai menyukai emas 916 bukan sahaja kerana penampilannya yang berkilat tetapi juga kerana ia mempunyai kepentingan budaya dalam tradisi dan perayaan.
Lebih-lebih lagi, ia seperti jenis emas yang cantik dan lasak yang istimewa, menjadikannya sempurna untuk mencipta barang kemas yang boleh diperturunkan daripada generasi ke generasi.
Untuk memastikan anda dapat membeli barangan perhiasan kesukaan pada harga lebih murah, pastikan anda sentiasa menyemak harga emas 916 smasa dan lakukan pembelian apabila harga emas sedang rendah.
Semakan harga emas 916 terkini
Harga emas 916 untuk hari ini (8 Julai 2024) adalah RM 375 segram.
Harga emas tertinggi tahun ini direkodkan pada 16 Apr 2024 manakala harga emas terendah pula direkodkan pada 4 Jan 2024.
Sumber: https://www.publicgold.my/harga-emas-hari-ini/
PENAFIAN
Pihak Mynewskini bukanlah dari mana-mana agensi kerajaan dan tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan.
Pihak Mynewskini hanya berkongsi maklumat kepada pembaca dan pencari informasi yang berkaitan dengan bantuan yang diberi oleh pihak kerajaan.
Harap maklum. Terima Kasih.