Hanya Guna 3 Bahan Ini Untuk Halau Tikus Dari Rumah

TIKUS merupakan salah satu haiwan perosak yang sering ditemui di kawasan rumah.

Kehadiran tikus di rumah bukan sahaja menjengkelkan, tetapi juga dikhuatiri boleh membawa pelbagai masalah kesihatan dan kerosakan harta-benda.

Bayangkan jika tidak diambil langkah pencegahan, haiwan tersebut akan terus bermaharajalela sehingga beranak-pinak.

Bagi yang sudah cuba bermacam-macam racun perosak dan petua tetapi langsung tidak membuahkan hasil, apa kata cuba pula tip yang dikongsikan oleh seorang pelayar TikTok ini, @charlesliew74.

Hanya tiga saja bahan yang diperlukan, pasticik ti tidak akan berani lagi menjejakkan kaki di rumah anda.

Bahan-bahan yang diperlukan:

  1. Lingkaran ubat nyamuk
  2. Bawang kecil
  3. Cuka

Cara-caranya:

  1. Ambil sekeping lingkaran ubat nyamuk, patah-patahkan dalam saiz yang kecil dan masukkan dalam satu bekas
  2. Titiskan cuka dalam bekas ubat nyamuk tadi
  3. Ambil seulas bawang merah dan hiris halus dan masukkan dalam bekas tadi
  4. Letakkan bekas berisi tiga bahan tadi di lokasi yang biasa dilalui tikus

Bau tajam yang terhasil dari campuran ubat nyamuk, cuka dan bawang merah akan membuatkan tikus menjauhi kawasan tersebut dan mencari tempat yang lebih selamat.

Dalam pada itu, ia boleh menjadi salah satu alternatif semula jadi untuk menghalau tikus tanpa perlu bergantung kepada bahan kimia berbahaya.

Tapi ingat, berhati-hati Ketika meletakkan bahan tersebut kerana dibimbangi akan mudah diambil oleh kanak-kanak. Selamat mencuba! – mStar

 

PENAFIAN

Pihak Mynewskini bukanlah dari mana-mana agensi kerajaan dan tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan.
Pihak Mynewskini hanya berkongsi maklumat kepada pembaca dan pencari informasi yang berkaitan dengan bantuan yang diberi oleh pihak kerajaan.
Harap maklum. Terima Kasih.

Exit mobile version