Skip to content

GISBH Kronologi & Perkembangan Terkini

GISBH : Kronologi & Perkembangan Kes Eksploitasi Agama & kanak-kanak Global Ikhwan (GISB Holdings)

Baru-baru ini kecoh mengenai serbuan pihak polis di premis GISB @ GISBH yang dikatakan mengeksloitasi agama dan kanak-kanak.

Operasi yang dipanggil Operasi Op Global itu turut dibantu 287 individu iaitu rakan strategik daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Jabatan Kimia Malaysia bagi membanteras kegiatan jenayah itu.

GISB @ GISBH adalah singkatan kepada nama syarikat Global Ikhwan Sdn. Bhd dan Global Ikhwan Services and Business Holdings.

Ia merupakan syarikat Bumiputera Islam yang diasaskan sejak dari tahun 2000 lagi oleh Allahyarham Ustaz Ashaari Muhammad (bekas pemimpin Al-Arqam yang telah diharamkan kerajaan).

Kini, Datuk Haji Nasiruddin Mohd Ali merupakan Pengerusi Eksekutif & Ketua Pegawai Eksekutif di GISB Holdings.

Antara anak syarikat GISBH ialah Ikhwan TV, Rangkaian, Bakeri GISB, Restoran dan Ketering; Industri GISB, Harta dan Pembangunan GISB; Perundangan & Perkhidmatan GISB; dan GISB Medicare.

Menurut laman web rasmi mereka, rangkaian perniagaan GISBH sekarang berada di 16 buah negara dan mempunyai premis perniagaan sebanyak 412 buah.

Produk & Perkhidmatan GISB @ GISBH

GISBH menyediakan produk dan perkhidmatan keperluan masyarakat Islam khususnya yang halal lagi suci.

Antaranya seperti pelbagai jenis roti dan bun, produk bakeri, mee kuning, kuey teow, bihun, produk sejuk beku, sos dan kicap, air minuman, jus, air buahan, minyak masak dan sebagainya.

Latar Belakang Operasi Op Global

Pada Rabu lalu (11 September 2024), pihak polis menjalankan serbuan kepada 18 premis premis di Selangor melibatkan 7 daerah manakala 2 lagi premis dikesan di Negeri Sembilan berkaitan dengan siasatan eksloitasi agama dan kanak-kanak.

Seramai 171 orang  terdiri tenaga pengajar, penjaga asrama dan pengerusi pusat pengajian telah ditahan. Individu ditahan terdiri 66 lelaki dan 105 perempuan berusia 17 hingga 64 tahun.

Manakala 402 kanak-kanak dan remaja berusia antara 1 dan 17 tahun diselamatkan dalam serbuan tersebut disyaki menjadi mangsa eksplotasi, pengabaian dan penganiayaan di premis dipercayai milik sebuah kumpulan berkenaan. Sejumlah 201 daripadanya adalah kanak-kanak lelaki dan 201 pula kanak-kanak perempuan.

Setakat ini, pihak polis telah membuka lapan kertas siasatan mengikut Akta Kanak-Kanak 2001 [Akta 611]; Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 [792]; Akta Antipemerdangan Orang dan Antipenyeludupan Migram 2007 [Akta 670] Kanun Keseksaan [Akta 574] dan undang-undang lain yang sedang berkuat kuasa.

MODUS OPERANDI

Mengikut kenyataan dari Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain, modus operandi yang dilakukan GISB @ GISBH, mangsa-mangsa diajar, dididik meliwat dan seterusnya mangsa diliwat oleh penjaga dan (mangsa juga) dipaksa untuk meliwat penghuni kanak-kanak yang lain.

Selain itu, mangsa-mangsa yang tidak sihat juga tidak dibenarkan untuk mendapat rawatan di klinik sehingga keadaannya kritikal. Apa yang lebih menjijikkan ada petugas-petugas yang menyentuh tubuh badan mangsa yang sakit dengan alasan kononnya untuk mengamalkan perubatan bagi merawat sakit.

Mangsa kanak-kanak juga digunakan dengan meminta simpati orang ramai untuk memberi sumbangan. Mereka ini juga ada yang dicederakan dengan menggunakan objek panas atas alasan mereka degil dan tidak mendengar arahan.

Bahkan dari siasatan, ada 3 hingga 5 orang kanak-kanak berusia lima tahun dicederakan lengannya dengan sudu panas kerana mereka melakukan kesalahan.

Bentuk Penderaan Dalam Rumah Kebajikan

Pelbagai bentuk penderaan fizikal telah dilakukan sejak 10 tahun yang lalu di dalam rumah kebajikaan naungan syarikat berkenaan. Dikatakan empat laporan polis dibuat oleh ahli keluarga penghuni rumah kebajikan tersebut.

Berikut antara bentuk penderaan dilakukan rumah kebajikan tersebut seperti diceritakan sumber:

  • Tangan dibakar, disuruh mencabut rumput sehingga penuh plastik hitam.
  • Kanak-kanak lelaki diliwat dan kemudian dipaksa meliwat rakan mereka.
  • Anak-anak dipisahkan daripada ibu bapa, hanya dibenarkan berjumpa dua kali seminggu.
  • Pasangan suami isteri perlu ikut jadual ditetapkan jika ingin bersama.
  • Mereka yang ingin berkahwin tidak boleh pilih, pasangan ditetapkan oleh pengurusan tertinggi syarikat.
  • Selepas berkahwin, tidak dibenarkan tinggal bersama dan diasingkan.

Perkembangan Terkini [20 September 2024] – CEO Direman

Beberapa pemimpin kanan termasuk Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) GISBH, Datuk Nasiruddin Mohd Ali, isteri (anak Abuya), dan dua lagi anaknya telah ditahan oleh pihak polis pada awal pagi semalam dalam Op Global bagi membantu siasatan.

Pihak polis juga menahan sebanyak 19 orang terdiri daripada 12 lelaki dan 7 perempuan yang berumur dalam lingkungan 25 hingga 65 tahun. Individu lain yang turut ditahan adalah 4 anak kepada bekas pemimpin Al-Arqam, Ashaari Mohammad.

Tempoh reman bermula pada hari ini sehingga Rabu depan (25 September). Kesemua mereka akan dibawa dan ditahan di lokap berpusat Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam.

Sumber: Harian Metro

Penangkapan Anak CEO GISBH Di Bukit Kayu Hitam

Pada 19 September lalu jam 6 petang, pihak polis menahan 5 lelaki yang disyaki mempunyai kaitan dengan GISBH dan merampas dua kenderaan rekreasi (“motorhome”) yang mempunyai lambang syarikat itu di Bukit Kayu Hitam menghala ke Thailand.

Perkembangan Siasatan Fasa 2

Dalam masa yang sama, Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin bin Husain juga memaklumkan bahawa sebanyak 740 rakaman percakapan telah dilaksanakan berhubung siasatan ke atas GISBH menerusi Op Global pada fasa pertama dan kedua.

Daripada jumlah yang direkodkan, 30 adalah rakaman percakapan pengadu, saksi (216), mangsa (392) dan suspek (102).

Jumlah kumulatif kertas siasatan yang telah dibuka bagi Fasa 1 dan 2 adalah sebanyak 33 kertas siasatan.

Siasatan kini berada di fasa kedua bermula pada 11 September selepas fasa pertama dimulakan 2 September lalu.

Kata beliau lagi, sebanyak 10 kertas siasatan dibuka pada Fasa 1 iaitu masing-masing enam di Selangor dan Negeri Sembilan (4), manakala Fasa 2 melibatkan 23 kertas siasatan iaitu 16 di Selangor, Negeri Sembilan (2), Perlis (1) dan Kuala Lumpur (1).

Intipati Penting Sidang Media Ketua Polis Negara – 17 September 2024

  • PDRM membekukan 96 akaun bank membabitkan Global Ikhwan Service and Business Holding (GISBH) dianggarkan bernilai lebih RM581,000, mengikut Seksyen 44(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA).
  • Seramai 392 kanak-kanak yang diselamatkan dalam serbuan menerusi Op Global pada 11 September lalu selesai menjalani proses saringan kesihatan.
  • Hasil pemeriksaan, wujudnya elemen jenayah seperti penderaan fizikal dan emosi, pengantunan kanak-kanak, buruh kanak-kanak, pengabaian serta kekurangan zat makanan.
  • Sebahagian kanak-kanak ini sudah di bin kan dengan Abdullah disebabkan perkahwinan awal tidak didaftarkan.
  • Seramai 149 kanak-kanak berusia antara setahun sehingga 10 tahun diberi perintah jagaan sementara mengikut Seksyen 25(2) Akta Kanak-Kanak 2001 di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di empat lokasi selamat. Baki 243 mangsa masih ditempatkan di Pulapol akan dipindahkan ke pusat jagaan sementara secara berperingkat.

Kenyataan Akhbar GISBH [11 September 2024]

Pada 11 September 2024, Syarikat Global Ikhwan Service and Business Holding (GISBH) telah mengeluarkan sebuah kenyataan rasmi terhadap tuduhan-tuduhan terbabit.

Dalam kenyataan tersebut, mereka menyifatkan tuduhan didikan meliwat dan diliwat melibatkan kanak-kanak di rumah amal kendalian mereka sebagai satu tuduhan yang berat dan boleh menimbulkan prasangka serta fitnah.

Sumber:

  1. Laman web GISB Holdings, Berjiwa dan Membahagiakan. gisbh.com
  2. Facebook GISB HOLDINGS SDN BHD
  3. Facebook PUKAS Malaysia
  4. Facebook Polis Diraja Malaysia ( Royal Malaysia Police )

PENAFIAN

Pihak Mynewskini bukanlah dari mana-mana agensi kerajaan dan tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan.
Pihak Mynewskini hanya berkongsi maklumat kepada pembaca dan pencari informasi yang berkaitan dengan bantuan yang diberi oleh pihak kerajaan.
Harap maklum. Terima Kasih.

Exit mobile version