Gaji Minimum Dinaikkan RM1700 – Belanjawan 2025. Perkara tersebut diumumkan dalam pembentangan Belanjawan 2025. Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang pengumuman tersebut.
Gaji Minimum 2025 Dinaikkan Kepada RM1700
Kerajaan bersetuju menaikkan kadar gaji minimum daripada RM1,500 sebulan kepada RM1,700 sebulan yang akan berkuat kuasa mulai 1 Februari 2025.
Selain itu, kerajaan juga memutuskan penangguhan kuat kuasa gaji minimum RM1,700 membabitkan majikan yang mempunyai kurang daripada lima pekerja bagi tempoh 6 bulan iaitu berkuat kuasa pada 1 Ogos 2025.
Perincian tentang maklumat ini akan diumumkan pada masa terdekat.
Sementara itu, beberapa bantuan tunai juga turut diumumkan oleh Perdana Menteri meliputi bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR), Sumbangan Asas Rahmah (SARA) dan bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
Bantuan STR, SARA & JKM
Untuk tahun 2025 kerajaan akan memberi peningkatan tertinggi bagi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) iaitu kepada RM13 bilion ketimbang RM10 bilion. Peningkatan ini terus memberi manfaat kepada 9 juta penerima atau bersamaan 60 peratus penduduk dewasa negara.
Ikuti perkembangan terkini dan maklumat sahih Kementerian Kewangan melalui laman web rasmi https://belanjawan.mof.gov.my/
PENAFIAN
Pihak Mynewskini bukanlah dari mana-mana agensi kerajaan dan tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan.
Pihak Mynewskini hanya berkongsi maklumat kepada pembaca dan pencari informasi yang berkaitan dengan bantuan yang diberi oleh pihak kerajaan.
Harap maklum. Terima Kasih.