FlySiswa Tebus Bantuan Tiket Penerbangan Sebelum 31 Dis 2023, inisiatif ini bertujuan untuk membantu meringankan beban mahasiswa yang kurang berkemampuan.
Bantuan ini diumumkan dengan pelaksanaan inisiatif bantuan subsidi pembelian tiket penerbangan untuk pelajar universiti awam bagi laluan domestik antara Semenanjung Malaysia, Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan.
Maklumat dan perlaksanaan ini telah diumumkan pada 12 Julai 2023, Kementerian Pengangkutan memaklumkan bahawa pelaksanaan inisiatif ini bermula pada 15 Ogos 2023 (Selasa).
FlySiswa Bantuan Subsidi Tiket Penerbangan
Bantuan Subsidi Tiket Penerbangan atau dikenali sebagai FLYSiswa merupakan inisiatif daripada Kerajaan Perpaduan untuk mengeratkan hubungan antara Semenanjung dan Sabah, Sarawak serta Wilayah Persekutuan Labuan di samping menangani kos sara hidup selaras dengan aspirasi Malaysia Madani.
Pelaksanaan bantuan ini adalah untuk mempermudahkan serta mengurangkan beban kewangan pelajar yang ingin pulang ke kampung halaman semasa cuti semester pengajian.
Jumlah Bantuan Subsidi Tiket Penerbangan
Jumlah bantuan yang diberikan melalui Bantuan Subsidi Tiket Penerbangan adalah sebanyak RM300.
Bantuan ini dijangkan akan memanfaatkan lebih 56,000 pelajar daripada universiti awam dengan implikasi kos keseluruhan yang dianggarkan berjumlah 16.8 juta.
Tempoh Pelaksanaan
Inisiatif ini dilaksanakan bermula pada 15 Ogos 2023 (Selasa).
Tarikh akhir penebusan adalah pada 31 Disember 2023.
Namun, pembelian tiket penerbangan untuk perjalanan selepas tarikh akhir penebusan subsidi tiket adalah dibenarkan.
Antara terma dan syarat bagi bantuan subsidi tiket penerbangan ini adalah seperti berikut:
- Pelajar yang layak untuk menerima subsidi ini adalah semua pelajar warganegara Malaysia yang sedang mengikuti pengajian di universiti awam pada tahun 2023 dalam kategori berikut;
- berasal dari Sabah, Sarawak atau Wilayah Persekutuan Labuan (berdasarkan alamat tetap) yang sedang menuntut di Semenanjung Malaysia;
- berasal dari Semenanjung Malaysia (berdasarkan alamat tetap) yang sedang menuntut di Sabah, Sarawak atau Wilayah Persekutuan Labuan;
- berasal dari Sabah (berdasarkan alamat tetap) yang sedang menuntut di Sarawak atau Wilayah Persekutuan Labuan;
- berasal dari Sarawak (berdasarkan alamat tetap) yang sedang menuntut di Sabah atau Wilayah Persekutuan Labuan; atau
- berasal dari Wilayah Persekutuan Labuan (berdasarkan alamat tetap) yang sedang menuntut di Sabah atau Sarawak.
- Hanya sah untuk pembelian tiket penerbangan sehala atau dua hala bagi laluan penerbangan kelas ekonomi antara tempat asal (Semenanjung Malaysia/ Sabah/ Sarawak/ Labuan) dan tempat pelajar sedang menuntut (Semenanjung Malaysia/ Sabah/ Sarawak/ Labuan);
- Hanya boleh digunakan untuk pembelian tiket penerbangan Malaysia Aviation Group (Malaysia Airlines/ MASwings/ FireFly), AirAsia, Batik Air dan MYAirline;
- Permohonan baucar hanya dibenarkan sekali sahaja daripada mana-mana satu (1) syarikat penerbangan; dan
- Tarikh akhir penebusan baucar untuk pembelian tiket penerbangan adalah pada 31 Disember 2023. Namun, pembelian tiket penerbangan untuk perjalanan selepas tarikh akhir penebusan baucar adalah dibenarkan.
Panduan Tebus Baucer
Panduan yang akan digunakan untuk menebus baucer tiket ini adalah untuk penebusan daripada Syarikat Penerbangan Malaysia Airlines sahaja. Untuk penerbangan lain, anda boleh ke laman web syarikat penerbangan masing-masing untuk maklumat lanjut.
1. Langkah Pertama : Anda perlu membuat semakan kelayakan dengan mengunjungi laman web https://subsidiudara.mot.gov.my. Masukkan nombor myKad dan pilih nama universiti masing-masing.
2. Langkah Kedua : Setelah itu, anda perlu untuk mendaftar sebagai pengguna MHexplorer dan mengaktifkan akaun melalui pautan emel yang akan dihantar ke emel yang telah didaftarkan. Sila lengkapkan maklumat yang diperlukan
3. Langkah Ketiga : Jika anda layak untuk subsidi ini, anda akan menerima kod baucer melalui emel pada 3 hingga 5 hari bekerja
4. Langkah Keempat : Log Masuk pada laman web MHexplorer dan pilih Butang Tempahan Flysiswa sebelum membuat carian untuk penerbangan.
5. Langkah Kelima : Gunakan nombor baucer yang telah dihantarkan pada emel ketika ingin membuat pembayaran tiket. Anda akan mendapat potongan melalui subsidi baucer tiket yang disediakan
Cara Membuat Semakan & Penebusan
Semakan dan penebusan bantuan subsidi tiket penerbangan boleh dibuat melalui laman web Kementerian Pengangkutan berikut:
Cara Pembelian Tiket & Penggunaan Baucar
Setelah membuat semakan, pelajar yang layak boleh membuat permohonan bantuan subsidi pembelian tiket penerbangan daripada mana-mana satu (1) syarikat penerbangan berikut;
- Malaysia Airlines (termasuk MASwings & FireFly) : https://www.malaysiaairlines.com/my/en/cug/flysiswa.html
- Air Asia : https://www.airasia.com/aa/flysiswa/
- Batik Air : https://batikair.com/en/
- MYAirline : https://www.myairline.my/page/fly-siswa
Inisiatif ini dilaksanakan melalui kaedah pemberian credit shell di mana syarikat penerbangan akan mengeluarkan baucar digital bernilai RM300 kepada setiap pelajar yang layak untuk ditebus bagi maksud pembelian tiket penerbangan bagi laluan-laluan domestik antara Semenanjung, Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan.
Sekiranya harga tiket yang dibeli adalah kurang daripada RM300, baki baucar digital akan kekal dalam credit shell dan boleh digunakan untuk pembelian tiket seterusnya.
PENAFIAN
Pihak Mynewskini bukanlah dari mana-mana agensi kerajaan dan tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan.
Pihak Mynewskini hanya berkongsi maklumat kepada pembaca dan pencari informasi yang berkaitan dengan bantuan yang diberi oleh pihak kerajaan.
Harap maklum. Terima Kasih.