Ewon pengerusi PH Sabah baharu

PETALING JAYA: Presiden Upko Ewon Benedick dipilih sebagai pengerusi Pakatan Harapan (PH) Sabah yang baharu menggantikan Ketua Cabang PKR Kota Kinabalu Christina Liew.

Menteri pembangunan usahawan dan koperasi itu mendapat undian tertinggi untuk jawatan itu dalam pemilihan PH Sabah yang berlangsung hari ini, lapor Berita Harian.

“Saya kini memegang tugas dan cabaran berat untuk memimpin PH Sabah bagi penggal seterusnya terkait dengan banyak perkara dalam membawa pembangunan untuk rakyat Sabah, terkait dengan hak kita dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dan memastikan perdana menteri dan kerajaan perpaduan pusat terus stabil memimpin Malaysia,” katanya yang dipetik sebagai berkata.

Ahli Parlimen Penampang juga berkata beliau akan memanggil mesyuarat pertama PH Sabah di bawah pimpinannya dalam masa terdekat terutama untuk membincangkan persediaan menghadapi PRN.

Presiden Upko Ewon Benedick (tengah) bersama beberapa pemimpin PH di sidang media selepas pemilihan PH Sabah di Kota Kinabalu hari ini. (Gambar Facebook)

Katanya, walaupun di bawah kepemimpinan baharu, PH Sabah kini dalam gagasan lebih besar di bawah Perdana Menteri Anwar Ibrahim tidak kira dipimpin oleh PKR, DAP, Upko atau Amanah.

“Pengerusi PH itu hanya nombor dua. Jadi, semoga kita dapat bekerjasama di bawah pengerusi baharu sama seperti kerjasama dengan pengerusi sebelum ini,” katanya.

Sementara itu, Christina yang juga menteri pelancongan, kebudayaan dan alam sekitar Sabah, berkata kekalahannya tidak memberi kesan kepada fokus menghadapi PRN dan PH Sabah kekal bekerjasama rapat. – Sumber FMT

 

PENAFIAN

Pihak Mynewskini bukanlah dari mana-mana agensi kerajaan dan tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan.
Pihak Mynewskini hanya berkongsi maklumat kepada pembaca dan pencari informasi yang berkaitan dengan bantuan yang diberi oleh pihak kerajaan.
Harap maklum. Terima Kasih.

Exit mobile version