Skip to content

eMadani RM100 Tebus Sebelum Luput Pada 29 Februari

Emadani RM100

eMadani RM100 tebus sebelum automatik luput pada 29 Februari ini. Bagi rakyat Malaysia yang belum membuat penebusan kredit eMadani sila lakukan penebusan sebelum 20 Februari ini kerana pada 29 Februari kredit akan akan luput dan tak dapat digunakan.

Program ini bertujuan memberikan tawaran kredit bernilai RM100 kepada lebih 10 juta rakyat Malaysia melalui penyedia perkhidmatan e-dompet terpilih, membolehkan mereka membuat pembelian fizikal secara lebih mudah.

Disamping itu, penyedia perkhidmatan e-dompet turut menawarkan insentif tambahan seperti baucar, pulangan tunai (cashback), diskaun, mata ganjaran (reward points), dan ‘coins’.

eMadani RM100

eMADANI RM100 ialah inisiatif daripada kerajaan untuk penerima yang layak dengan pendapatan tahunan di bawah RM100,000. Program ini dianggarkan memberi manfaat kepada kira-kira 10 juta rakyat Malaysia dalam bentuk kredit e-dompet RM100 yang boleh digunakan untuk pembelian dalam perniagaan bata dan mortar melalui penyedia perkhidmatan e-dompet yang mengambil bahagian.

TARIKH DAFTAR & TEBUS

Pendaftaran dan tarikh untuk menebus kredit eMadani bermula :

  • 4 DISEMBER 2023 sehingga 20 FEBRUARI 2024

Permohonan kredit eMADANI hanya dibuka sekali bagi setiap pemohon yang layak, bermula pada 4 Disember 2023 hingga 20 Februari 2024. Kredit yang tidak digunakan akan luput secara automatik pada 29 Februari 2024. Insentif yang ditawarkan oleh penyedia perkhidmatan e-dompet bergantung kepada polisi masing-masing.

SYARAT KELAYAKAN eMadani

Syarat-syarat kelayakan adalah seperti berikut:

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur 21 tahun ke atas (1 Januari 2023)
  • Pendapatan tidak melebihi RM100,000 setahun
  • Golongan B40 dan M40
  • Penerima STR 2023

MANFAAT PENERIMAAN

Manfaat yang dapat diperolehi daripada penerimaan ini termasuklah :

  1. Peningkatan Akses ke Produk dan Perkhidmatan: Kredit eMADANI membolehkan penerima untuk membuat pembelian fisikal melalui penyedia perkhidmatan e-dompet, membuka peluang akses kepada pelbagai produk dan perkhidmatan.
  2. Insentif Tambahan: Penyedia perkhidmatan e-dompet menyediakan insentif tambahan seperti baucar, pulangan tunai (cashback), diskaun, mata ganjaran (reward points), dan ‘coins’, memberikan nilai tambah kepada pengguna.
  3. Meningkatkan Penggunaan Tanpa Tunai: Program ini memberikan dorongan kepada penggunaan transaksi tanpa tunai, mencipta persekitaran ekonomi yang lebih efisyen dan berdaya saing.
  4. Meringankan Beban Kewangan: Kredit eMADANI membantu meringankan beban kewangan golongan yang memenuhi syarat, memberikan ruang ekstra dalam belanjawan mereka.

CARA TEBUS

Sebarang permohonan dan tuntutan boleh dilakukan bermula pagi hari ini. Bagi anda yang ingin membuat penebusan eMadani ini, ianya boleh dilakukan dengan memuat turun aplikasi seperti dibawah :

  • Touch ‘N’ Go
  • MAE
  • Setel
  • ShopeePay

Bantuan e-tunai tersebut boleh ditebus melalui aplikasi tersebut.

CARA TEBUS APLIKASI

  • Setel
    • Langkah 1: Lancarkan aplikasi Setel.
    • Langkah 2: Klik pada icon ‘eMADANI’ pada halaman utama.
    • Langkah 3: Kemudian, masukkan maklumat anda dan klik ‘Hantar’.
    • Langkah 4: Anda akan menerima pemberitahuan apabilah penebusan RM100 eMADANI anda berjaya.
  • Touch n Go
    • Langkah 1: Pada aplikasi TNG eWallet, klik ikon eMADANI pada halaman utama.
    • Langkah 2: Kemudian, masukkan maklumat anda dan klik ‘Hantar’.
    • Langkah 3: Anda akan dimaklumkan sekiranya tuntuan TNG eWallet anda berjaya.
  • ShopeePay
    • Langkah 1: Ketik pada bar dompet halaman utama atau pergi ke halaman “Saya” dan ketik pada “ShopeePay”.
    • Langkah 2: Ketik “Sediakan ShopeePay”
    • Langkah 3: Simpan nama penuh & nombor kad pengenalan anda. Tandai kotak pilihan untuk bersetuju menerima terma & syarat.
    • Langkah 4: Anda akan menerima mesej teks (SMS) dengan kata laluan sekali (OTP). Masukkan kod pengesahan 6 digit untuk meneruskan.
    • Langkah 5: Cipta & sahkan PIN ShopeePay 6 digit yang anda inginkan.
    • Langkah 6: Tahniah, anda telah berjaya mengaktifkan ShopeePay anda!
      Seterusnya, berikut pula adalah langkah-langkah untuk membuat pengesahan (verify) akaun ShopeePay iaitu:
    • Langkah 1: Ketik pada bar dompet halaman utama atau pergi ke halaman “Saya” dan ketik pada “ShopeePay”.
    • Langkah 2: Ketik pada “Sahkan Sekarang”.
    • Langkah 3: Muat naik foto kad pengenalan anda & swafoto kad pengenalan anda. Tandakan pada Terma & Syarat & ketik pada “Sahkan”. Pengesahan kad pengenalan akan mengambil masa sehingga 24 jam untuk diproses.
  • MAE
    • Langkah 1: Lancarkan aplikasi MAE.
    • Langkah 2: Klik pada ikon ‘eMADANI’ pada halaman utama.
    • Langkah 3: Kemudian, masukkan maklumat anda dan klik ‘Hantar’.
    • Langkah 4: Anda akan menerima pemberitahuan apabila penebusan RM100 eMADANI anda berjaya.

Pertanyaan Lanjut

Sebarang pertanyaan lanjut berkenaan eMADANI, berikut merupakan butiran yang boleh dihubungi:

PENAFIAN

Pihak Mynewskini bukanlah dari mana-mana agensi kerajaan dan tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan.
Pihak Mynewskini hanya berkongsi maklumat kepada pembaca dan pencari informasi yang berkaitan dengan bantuan yang diberi oleh pihak kerajaan.
Harap maklum. Terima Kasih.