eMadani RM100 Kredit e-Tunai Boleh Ditebus Hari Ini. Pendaftaran dan tuntutan kredit eMADANI, iaitu tawaran e-kredit tunai RM100 secara sekali bayar akan dibuka mulai pagi 4 Disember 2023 ini hingga 20 Feb depan.
eMadani RM100
eMADANI RM100 ialah inisiatif daripada kerajaan untuk penerima yang layak dengan pendapatan tahunan di bawah RM100,000. Program ini dianggarkan memberi manfaat kepada kira-kira 10 juta rakyat Malaysia dalam bentuk kredit e-dompet RM100 yang boleh digunakan untuk pembelian dalam perniagaan bata dan mortar melalui penyedia perkhidmatan e-dompet yang mengambil bahagian.
TARIKH DAFTAR & TEBUS
Pendaftaran dan tarikh untuk menebus kredit eMadani bermula :
- 4 DISEMBER 2023 sehingga 20 FEBRUARI 2024
SYARAT KELAYAKAN eMadani
Syarat-syarat kelayakan adalah seperti berikut:
- Warganegara Malaysia
- Berumur 21 tahun ke atas (1 Januari 2023)
- Pendapatan tidak melebihi RM100,000 setahun
- Golongan B40 dan M40
- Penerima STR 2023
CARA TEBUS
Sebarang permohonan dan tuntutan boleh dilakukan bermula pagi hari ini. Bagi anda yang ingin membuat penebusan eMadani ini, ianya boleh dilakukan dengan memuat turun aplikasi seperti dibawah :
- Touch ‘N’ Go
- MAE
- Setel
- ShopeePay
Bantuan e-tunai tersebut boleh ditebus melalui aplikasi tersebut.
CARA TEBUS APLIKASI
- Setel
- Langkah 1: Lancarkan aplikasi Setel.
- Langkah 2: Klik pada icon ‘eMADANI’ pada halaman utama.
- Langkah 3: Kemudian, masukkan maklumat anda dan klik ‘Hantar’.
- Langkah 4: Anda akan menerima pemberitahuan apabilah penebusan RM100 eMADANI anda berjaya.
- Touch n Go
- Langkah 1: Pada aplikasi TNG eWallet, klik ikon eMADANI pada halaman utama.
- Langkah 2: Kemudian, masukkan maklumat anda dan klik ‘Hantar’.
- Langkah 3: Anda akan dimaklumkan sekiranya tuntuan TNG eWallet anda berjaya.
- ShopeePay
- Langkah 1: Ketik pada bar dompet halaman utama atau pergi ke halaman “Saya” dan ketik pada “ShopeePay”.
- Langkah 2: Ketik “Sediakan ShopeePay”
- Langkah 3: Simpan nama penuh & nombor kad pengenalan anda. Tandai kotak pilihan untuk bersetuju menerima terma & syarat.
- Langkah 4: Anda akan menerima mesej teks (SMS) dengan kata laluan sekali (OTP). Masukkan kod pengesahan 6 digit untuk meneruskan.
- Langkah 5: Cipta & sahkan PIN ShopeePay 6 digit yang anda inginkan.
- Langkah 6: Tahniah, anda telah berjaya mengaktifkan ShopeePay anda!
Seterusnya, berikut pula adalah langkah-langkah untuk membuat pengesahan (verify) akaun ShopeePay iaitu: - Langkah 1: Ketik pada bar dompet halaman utama atau pergi ke halaman “Saya” dan ketik pada “ShopeePay”.
- Langkah 2: Ketik pada “Sahkan Sekarang”.
- Langkah 3: Muat naik foto kad pengenalan anda & swafoto kad pengenalan anda. Tandakan pada Terma & Syarat & ketik pada “Sahkan”. Pengesahan kad pengenalan akan mengambil masa sehingga 24 jam untuk diproses.
- MAE
- Langkah 1: Lancarkan aplikasi MAE.
- Langkah 2: Klik pada ikon ‘eMADANI’ pada halaman utama.
- Langkah 3: Kemudian, masukkan maklumat anda dan klik ‘Hantar’.
- Langkah 4: Anda akan menerima pemberitahuan apabila penebusan RM100 eMADANI anda berjaya.
Pertanyaan Lanjut
Sebarang pertanyaan lanjut berkenaan eMADANI, berikut merupakan butiran yang boleh dihubungi:
- MAE: 1300-88-6688 atau emel ke [email protected]
- Setel: Emel ke [email protected]
- ShopeePay: +603-2777 9222 atau
- Touch ‘n Go eWallet: +603-2714 8888
Klik untuk Soalan-Soalan Lazim RM100 eMADANI yang penuh klik pautan link : BM
PENAFIAN
Pihak Mynewskini bukanlah dari mana-mana agensi kerajaan dan tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan.
Pihak Mynewskini hanya berkongsi maklumat kepada pembaca dan pencari informasi yang berkaitan dengan bantuan yang diberi oleh pihak kerajaan.
Harap maklum. Terima Kasih.