Bencana banjir sering terjadi sejak dua tahun ini, beberapa tempat dilanda bencana ini seperti Kuala Lumpur, Selangor, Kota Kinabalu Sabah, Kota Marudu Sabah dan terkini di Kelantan dan Terengganu.
Terdapat banyak penyakit yang boleh dialami oleh penduduk sekiranya keselamatan dan kesihatan tidak dijaga rapi ketika menghadapi bencana tersebut.
Antara penyakit berjangkit yang mudah merebak semasa bencana ini samada semasa atau selepas adalah, penyakit mata (konjunkivitis), pernafasan akut, cirit birit, taun, demam kepialu, jangkitan kulit dan sebagainya.
Manakala 4 penyakit berjangkit yang mudah tersebar adalah:
- Penyakit bawaan air dan makanan,
- Ini adalah sering berlaku semasa dan selepas kejadian banjir dimana penyakit Demam Kepialu (Typhoid), Taun/Kolera, Hepatitis A, Disentri dan keracunan makanan.
- Gejala penyakit ini seperti cirit-birit, muntah, demam, sakit perut, dan sakit kepala. Cara jangkitan penyakit ini adalah melalui meminum air atau memakan makanan yang telah dicemari oleh kuman-kuman penyakit tersebut.
- Penyakit Leptospirosis
- tanda-tanda penyakit Leptospirosis ialah demam, sakit kepala, loya, muntah, sakit otot, kemerahan pada mata, ruam, sakit pada abdomen, jaundis dan air kencing berwarna kehitaman.
- Penyakit ini berjangkit kepada manusia yang terdedah atau bersentuhan secara langsung dengan air atau air banjir yang telah tercemar dengan air kencing haiwan yang telah terjangkiti dengan bakteria ini.
- Penyakit Leptospirosis adalah disebabkan oleh bakteria Leptospira yang terdapat di dalam air kencing haiwan mamalia berkaki empat seperti tikus, kucing, anjing, lembu dan sebagainya.
- Penyakit Konjunktivitis (Sakit Mata)
- Penyakit ini mudah merebak dengan cepat dari seorang pesakit kepada orang lain melalui perkongsian alat-alat peribadi seperti tuala, bantal dan sapu tangan serta bergaul rapat dengan orang yang mengalami sakit mata.
- Antara gejala sakit mata ialah mata merah, berair dan pedih; discaj tahi mata yang berlebihan, mata terasa gatal dan mata sensitif terhadap cahaya.
- Penyakit yang disebabkan oleh kuman (bakteria atau virus) atau alahan ini merupakan radang pada bahagian putih mata.
- Demam Denggi
- Selepas banjir surut, banyak kawasan-kawasan yang berpotensi sebagai tempat pembiakan nyamuk aedes.
Penyakit berjangkit boleh dihindari dengan mengelakkan dari bermain atau meredah air banjir, tidak menggunakan air banjir untuk membersihkan diri, peralatan atau makanan, haruslah beringat bahawa air banjir tercemar dengan limpahan najis dari tangki septik, najis haiwan dan bangkai haiwan.
Sumber dari Page Facebook Kementerian Kesihatan Malaysia berkongsi maklumat kepada orang awam mengatakan 9 langkah elakkan penyakit berjangkit berkaitan banjir.
9 Langkah elakkan penyakit berkaitan banjir:
- Elakkan dari bermain atau meredah air banjir.
- Pakai pelindung diri semasa operasi memindahlan mangsa banjir.
- Segera bersihkan badan yang terkena air banjir dengan air bersih.
- Cuci tangan dengan betul dan sentiasa jaga kebersihan diri.
- Jangan guna air banjir untuk membersihkan diri, peralatan atau makanan.
- Sentiasa guna air bersih atau air berbotol untuk minum, cuci makanan, peralatan dan diri.
- Sentiasa bersihkan pusat pemindahan supaya tidak dihurungi lalat dan tikus.
- Pakai pelindung diri semasa mencuci dan membersihkan persekitaran selepas banjir.
- Dapatkan rawatan segera sekiranya demam dalam 30 hari kerja pembersihan.
Semoga info maklumat ini bermanfaat untuk semua pembaca.
PENAFIAN
Pihak Mynewskini bukanlah dari mana-mana agensi kerajaan dan tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan.
Pihak Mynewskini hanya berkongsi maklumat kepada pembaca dan pencari informasi yang berkaitan dengan bantuan yang diberi oleh pihak kerajaan.
Harap maklum. Terima Kasih.