E-Wallet RM300 Kredit Percuma Untuk Warga Selangor – Bantuan kredit percuma ini akan diberikan kepada warga Selangor yang memenuhi syarat, dan yang menariknya, kredit ini akan diberikan setiap bulan.
Bantuan ini hanya diberikan kepada penduduk negeri Selangor yang mempunyai pendapatan bulanan kurang daripada RM3000. Untuk maklumat lebih lanjut, sila rujuk perkongsian di bawah.
E-Wallet RM300 BINGKAS
Kerajaan negeri Selangor telah menyetujui untuk melanjutkan bantuan kredit ini, dengan anggaran 30 ribu penduduk di negeri tersebut akan mendapat manfaat dari program Bantuan Kehidupan Sejahtera yang lebih dikenali sebagai BINGKAS.
Ianya adalah bertujuan bagi mengiktiraf peranan penting ketua keluarga yang tidak pernah mengenal penat lelah dalam mengurus hal ehwal keluarga mereka. Namun, ianya akan melalui beberapa syarat kelayakan agar bantuan ini disalurkan kepada golongan yang benar-benar memerlukan.
KADAR BAYARAN
Sekiranya ketua isi rumah tersebut layak, mereka akan menerima bayaran secara bulanan sebanyak RM300 yang akan dikreditkan kedalam E-WALLET secara automatik.
Info tambahan : Bantuan E-Wallet RM300 ini bukanlah berbentuk wang tunai, dan ianya digunakan hanya untuk menebus keperluan asas seperti barangan dapur dan keperluan persekolahan.
MANFAAT BINGKAS
Pelbagai manfaat yang akan diperolehi sekiranya individu tersebut layak. Antaranya adalah :
- Had pembelian RM300
- Baki tidak dibawa ke bulan seterusnya.
- Tambah nilai secara automatik pada setiap bulan.
- Boleh membeli barang keperluan asas dan perihal pendidikan (keperluan sekolah seperti buku).
SYARAT PERMOHONAN
Individu tersebut mestilah memenuhi kriteria kelayakan bagi menerima E-Wallet RM300 :
- Warganegara Malaysia.
- Lahir di Selangor atau menetap di Selangor melebihi 10 tahun.
- Pemilih berdaftar di Selangor
- Tanggungan berumur 18 tahun ke bawah.
- Pendapatan isi rumah dibawah RM3000/Sebulan
Selain itu, sila pastikan anda melengkapi beberapa dokumen sokongan berikut :
- Salinan Kad Pengenalan (Pemohon dan/atau Pasangan)
- Salinan Kad Pengenalan, MyKid atau Surat Kelahiran / Sijil Anak Angkat / Kad OKU / Pengesahan Belajar daripada IPTA atau IPTS (Anak-anak / Tanggungan)
- Salinan Sijil Kematian / Perceraian / Laporan Polis (untuk bapa/ibu tunggal)
- Salinan Slip Gaji / Pencen Terkini (untuk penjawat awam / pesara)
- Salinan Penyata EA atau KWSP (untuk pekerja swasta)
- Pengesahan Penyata Pendapatan daripada Ketua Komuniti seperti ADUN / Penghulu / Ahli Majlis / Ketua Kampung (bagi yang bekerja sendiri / tidak bekerja).
- Pengesahan Penyata Pendapatan daripada Ketua Komuniti seperti ADUN / Penghulu / Ahli Majlis / Ketua Kampung (bagi yang bekerja sendiri / tidak bekerja).
CARA MOHON KREDIT E-WALLET RM300
Berikut adalah beberapa langkah mudah untuk memohon kredit e-wallet RM300 BINGKAS ini :
- Perlu memuat naik applikasi SELangkah dan WavPay E-Wallet di telefon pintar anda untuk proses pembayaran manfaat.
- Untuk maklumat lanjut, Sila layari laman sesawang BINGKAS untuk mengemaskini nombor telefon anda dan membuat permohonan.
PENAFIAN
Pihak Mynewskini bukanlah dari mana-mana agensi kerajaan dan tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan.
Pihak Mynewskini hanya berkongsi maklumat kepada pembaca dan pencari informasi yang berkaitan dengan bantuan yang diberi oleh pihak kerajaan.
Harap maklum. Terima Kasih.