E-Tunai Belia Rahmah adalah Bantuan kredit e-dompet RM200 secara one-off bagi golongan belia berumur 18 hingga 20 tahun bertujuan untuk membudayakan pembayaran tanpa tunai.
Perkara ini dibentangkan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim selaku Perdana Menteri dan juga Menteri Kewangan, pada 24 Februari 2023 (Jumaat) lalu dalam sidang Dewan Rakyat.
E-Tunai Belia Rahmah
e-Tunai Belia Rahmah merupakan satu inisiatif kerajaan Malaysia Madani kepada golongan belia yang telah diumumkan di bawah Belanjawan 2023 oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Program ini bertujuan meringankan beban kewangan golongan belia selain membantu pemulihan perniagaan para pekedai fizikal serta menggalakkan transaksi tanpa tunai.
Sebelum ini bantuan ini dinamakan eBelia bagi tahun 2021 dan ePemula pada tahun 2022.
Syarat Kelayakan
Buat masa ini, kerajaan belum lagi mengumumkan syarat kelayakan terkini bagi tahun 2023.
Namun begitu, jika dirujuk kepada bantuan ePemula tahun 2022, syarat umum adalah seperti berikut;
- Warganegara Malaysia; dan
- Mencapai umur 18 ke 20 tahun pada tahun 2022 (lahir pada tahun 2002 sehingga 2004); ATAU
- Merupakan pelajar sepenuh masa di peringkat setara diploma atau SKM4 dan ke atas di institusi pengajian tinggi (“IPT”) berdaftar dengan salah satu kementerian berikut: Kementerian Pengajian Tinggi, Kementerian Pendidikan, Kementerian Pertanian dan Industri Makanan, Kementerian Pembangunan Luar Bandar, Kementerian Belia dan Sukan, Kementerian Sumber Manusia, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (“JAKIM”) dan Kementerian Pelancongan, Seni dan Kebudayaan (atau dirujuk sebagai “Kementerian Pengawal”), tanpa had umur.
Nota Kaki: Syarat-syarat terkini akan dimaklumkan dari semasa ke semasa selepas kerajaan kemaskini maklumat.
Penyedia Perkhidmatan
Di jangka beberapa penyedia perkhidmatan akan terlibat dalam program e-dompet e-Tunai Belia Rahmah iaitu;
- BigPay;
- GrabPay;
- ShopeePay;
- Touch ‘n Go eWallet;
- Lain-lain yang mungkin diumumkan kelak
Kadar Kredit e-Tunai Belia Rahmah
Jumlah kredit bantuan yang diumumkan adalah RM200. Jumlah ini lebih tinggi berbanding program ePemula tahun lepas iaitu RM150.
Soalan Lazim (FAQ)
Berapa Jumlah Kredit Yang diberikan?
RM200
Bilakah Permohonan Dibuka?
Belum diumumkan setakat 25 April 2023
PENAFIAN
Pihak Mynewskini bukanlah dari mana-mana agensi kerajaan dan tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan.
Pihak Mynewskini hanya berkongsi maklumat kepada pembaca dan pencari informasi yang berkaitan dengan bantuan yang diberi oleh pihak kerajaan.
Harap maklum. Terima Kasih.
Saya hanya E tunai belia RM200