IPOH – Kerajaan Perak mengumumkan pemberian Bantuan Khas Kewangan (BKK) Aidilfitri berjumlah RM1,500 kepada semua kakitangan awam di negeri itu.
BKK tersebut akan diterima seramai 13, 582 penjawat awam termasuk Orang Besar Jajahan, guru lantikan negeri dan pekerja sambilan harian dengan implikasi kewangan sebanyak RM10 juta.
Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, pemberian bantuan khas kewangan itu akan agihkan bermula pada 24 Mac depan untuk semua yang terlibat.

“Selalunya kita ambil kira negeri lain umum berapa. Kalau negeri lain umum RM1,000 kita tak boleh umum lebih dari RM1,000 biasanya. Tinjau-tinjau pendapat, kalau RM1,000 sama macam tahun lepas, tapi kalau RM2,000 banyak sangat.
“Kita ucap terima kasih kepada pegawai kewangan negeri dengan pasukannya dan timbalannya mereka pandai berjimat duit, bila sembang dengan Datuk SS (Setiausaha Kerajaan Negeri), SS kata bagilah sepatutnya, jadi yang sepatutnya kita berilah RM1,500,” katanya ketika berucap pada Majlis Berbuka Puasa bersama Penjawat Awam Perak di Laman Seri Ridzuan di sini pada Rabu.
Hadir sama, Speaker Dewan Undangan Negeri Perak, Datuk Mohammad Zahir Abdul Khalid; Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, Datuk Ahmad Suaidi Abdul Rahim dan beberapa Exco Kerajaan Negeri Perak.
Sementara itu, Saarani dalam ucapannya turut menzahirkan penghargaan kakitangan awam negeri yang berjaya meningkatkan pendapatan kerajaan seperti Pejabat Tanah dan Galian serta pejabat-pejabat daerah.
PENAFIAN
Pihak Mynewskini bukanlah dari mana-mana agensi kerajaan dan tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan.
Pihak Mynewskini hanya berkongsi maklumat kepada pembaca dan pencari informasi yang berkaitan dengan bantuan yang diberi oleh pihak kerajaan.
Harap maklum. Terima Kasih.