Doa berbuka puasa dan ketika hampir berbuka puasa. Secara umumnya, rata-rata umat Islam sudah mengetahui lafaz niat puasa yang biasa dibaca.
Berikut dikongsikan doa berbuka puasa dan doa-doa yang boleh dibacakan menjelang waktu berbuka puasa.
Bacaan doa berbuka turut dipermudahkan dengan ejaan rumi.
Doa Berbuka Puasa Sendirian
Doa berbuka secara bersendirian adalah seperti berikut:
Allahumma Lakasumtu Wabika Aamantu Wa’alaa Rizqika Afthortu Birohmatika Yaa Arhamar Roohimiin
Maksudnya:
Ya Allah kerana Mu aku berpuasa, Dengan Mu aku beriman, kepada Mu aku berserah dan dengan rezeki Mu aku berbuka (puasa) dengan Rahmat Mu, Ya Allah Tuhan Maha Pengasih.
Doa Berbuka Puasa Untuk Beramai-ramai
Doa buka puasa beramai-ramai adalah sama sahaja dengan doa bersendirian, cuma diubah “tu” kepada “na” untuk membawa maksud “aku” kepada “kami”
Allahumma Lakasumna Wabika Aamanna Wa’alaa Rizqika Afthorna Birohmatika Yaa Arhamar Roohimiin
Maksudnya:
Ya Allah kerana Mu kami berpuasa, Dengan Mu kami beriman, kepada Mu kami berserah dan dengan rezeki Mu kami berbuka (puasa) dengan Rahmat Mu, Ya Allah Tuhan Maha Pengasih.
Kelebihan Doa Sebelum Berbuka Puasa
Berdoa ketika menunggu waktu berbuka puasa adalah mustajab.
Nabi Muhammad SAW bersabda yang bermaksud:
Ada tiga doa yang tidak tertolak. Doanya orang yang berpuasa ketika berbuka, doanya pemimpin yang adil dan doanya orang yang dizalimi.” — Hadis Riwayat At Tirmizi
Setelah penat seharian berpuasa, Allah mengurniakan satu waktu mustajab untuk orang berpuasa memanjatkan doa kepadaNya.
Oleh itu jangan lepaskan peluang keemasan ini untuk berdoa apa-apa sahaja hajat kebaikan dunia dan akhirat.
Sangat rugi jika menghabiskan minit-minit terakhir dengan hanya menghadap telefon masing-masing.
Apakah Doa Yang Boleh Dibaca?
Apa-apa sahaja doa boleh dibacakan pada saat ini. Adapun cadangan berikut.
Semoga memberi manfaat buat semua.
Sumber: JAKIM Sabah
PENAFIAN
Pihak Mynewskini bukanlah dari mana-mana agensi kerajaan dan tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan.
Pihak Mynewskini hanya berkongsi maklumat kepada pembaca dan pencari informasi yang berkaitan dengan bantuan yang diberi oleh pihak kerajaan.
Harap maklum. Terima Kasih.