DIY Perangkap Lalat – Kehadiran lalat yang terbang berkeliaran di dapur bukan sahaja mengganggu keselesaan, tetapi juga membimbangkan kerana serangga ini berpotensi menyebarkan pelbagai jenis penyakit yang berbahaya kepada manusia.
Terdapat banyak petua tradisional yang boleh dicuba untuk mengusir lalat dari terus mengganggu, namun keberkesanannya sering kali tidak seperti yang diharapkan. Masalah ini memerlukan penyelesaian yang lebih praktikal dan berkesan untuk memastikan dapur kekal bersih dan selamat.
Dalam satu hantaran menarik di TikTok oleh J Deleon, beliau berkongsi kaedah yang lebih berkesan untuk menangani lalat. Kaedah ini bukan sahaja mudah tetapi juga mesra alam kerana tidak memerlukan penggunaan bahan kimia, hanya menggunakan barang yang sedia ada di dapur. Mari kita pelajari cara mudah ini.
DIY Perangkap Lalat
Bahan-bahan:
- Botol minuman plastik saiz besar yang dipotong dua, hanya bahagian bawah akan digunakan bagi mengisi campuran
- Gula perang
- Satu sudu besar madu
- Secawan air kosong
Proses penyediaan yang mudah.
Langkah-langkah:
1) Masukkan satu per tiga gula perang ke dalam botol minuman plastik yang sudah dipotong.
2) Tambahkan satu sudu penuh madu.
3) Masukkan satu cawan air kosong, kemudian kacau sehingga sebati.
4) Seterusnya tutup bekas menggunakan bahagian atas botol plastik yang diterbalikkan.
5) Akhir sekali, letakkan bekas tersebut di tempat yang kerap kelihatan aktiviti lalat. Siap!
Anda boleh melihat hasilnya hanya dalam masa beberapa jam selepas itu.
“Lalat akan tertarik dengan bau manis di dalam campuran yang disediakan itu, sehingga ia memasuki bekas dan terperangkap,” jelas J Deleon.
Selamat mencuba dan semoga bermanfaat!
Dengan menggunakan kaedah mudah dan berkesan seperti yang dikongsikan, anda boleh menghalau lalat dari dapur tanpa perlu bergantung kepada bahan kimia berbahaya. Selain memastikan persekitaran rumah kekal bersih dan selesa, langkah ini juga membantu melindungi kesihatan keluarga anda daripada ancaman penyakit yang dibawa oleh lalat.
Jadi, cubalah cara ini hari ini dan nikmati dapur yang lebih bersih dan semoga bebas daripada gangguan lalat.
PENAFIAN
Pihak Mynewskini bukanlah dari mana-mana agensi kerajaan dan tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan.
Pihak Mynewskini hanya berkongsi maklumat kepada pembaca dan pencari informasi yang berkaitan dengan bantuan yang diberi oleh pihak kerajaan.
Harap maklum. Terima Kasih.