TERKINI: PENANGGUHAN URUSNIAGA ASB BAGI TAHUN KEWANGAN BERAKHIR 31 DISEMBER 2023 & PENGUMUMAN DIVIDEN (AGIHAN PENDAPATAN & BONUS AMANAH SAHAM BUMIPUTERA)
Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) akan mengumumkan pengagihan pendapatan Amanah Saham Bumiputera (ASB) bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2023 tidak lama lagi.
Urus niaga ASB di semua cawangan dan ejen ASNB, termasuk semua platform digital dan perbankan internet, telah ditangguhkan buat sementara waktu dari 21 Disember hingga 1 Januari 2024.
Pemegang unit boleh melakukan semula urus niaga di portal atau melalui aplikasi mudah alih myASNB pada 2 Januari 2024, atau di mana-mana cawangan atau ejen ASNB di seluruh negara bermula 3 Januari 2024.
Berikut adalah poster hebahan berkenaan penangguhan urus niaga ASB 2023:
Makluman tarikh penangguhan urus niaga bagi Amanah Saham Bumiputera (ASB) Bagi Tahun Kewangan Berakhir 31 Disember 2023
Urus niaga ASB akan dibuka semula menerusi myASNB, platform digital dan kiosk pada 1 Januari 2024. Manakala saluran lain akan dibuka semula pada 3 Januari 2024.
Untuk urusan yang lebih mudah, pastikan anda daftar MYASNB online untuk semakan baki, dividen dan lain-lain.
Bagi membolehkan Pemegang Unit membuat urusniaga dalam talian serta menerima penyata secara elektronik, Pemegang Unit juga dinasihatkan untuk mengemaskini maklumat nombor telefon bimbit serta alamat e-mail di ejen-ejen atau cawangan ASNB.
Tarikh Pengumuman Dividen ASB 2023
Tarikh pengumuman dividen ASB bagi tahun 2023 masih belum diumumkan oleh pihak Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB).
Namun, kebiasaannya ia dibuat pada hujung tahun. Contohnya, bagi tahun yang lalu, ia diumumkan pada 22 Disember 2022, di mana tarikh penangguhan urus niaga juga diumumkan diumumkan bermula pada 21 Disember 2022.
Maka pada jangkaan tarikh pengumuman dividen ASB di sekitar masa berkenaan.
Tarikh Semakan Pengkreditan Pendapatan ASB
Semakan pengkreditan ASNB boleh dilakukan setelah pembukaan semula urusniaga ASNB dan kemaskini akaun.
Tarikh ini biasanya adalah pada awal tahun. Bagi tahun 2022 yang lalu, semakan boleh dibuat mulai 1 Januari 2023 secara online di Portal MyASNB dan 3 Januari di Kaunter ASNB.
Cara Semakan Dividen ASB Online
Sejak April 2018, penghantaran penyata pengagihan pendapatan, laporan tahunan dan/atau laporan interim bagi kesemua tabung unit amanah ASNB adalah secara elektronik kepada semua pemegang unit.
Penyata pengagihan pendapatan akan dihantar ke alamat e-mel yang berdaftar dengan ASNB, manakala laporan tahunan dan/atau laporan interim boleh diakses melalui laman web ASNB www.asnb.com.my
PENAFIAN
Pihak Mynewskini bukanlah dari mana-mana agensi kerajaan dan tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan.
Pihak Mynewskini hanya berkongsi maklumat kepada pembaca dan pencari informasi yang berkaitan dengan bantuan yang diberi oleh pihak kerajaan.
Harap maklum. Terima Kasih.