Diskaun Saman Trafik Nov 2024 – Sempena dengan Program Dua Tahun Kerajaan MADANI (2TM) dan Konvensyen Nasional Reformasi Perkhidmatan Awam 2024 yang akan diadakan pada 22 hingga 24 November 2024 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KL Convention Centre).
Kementerian Dalam Negeri (KDN) menerusi Polis DiRaja Malaysia (PDRM) mengumumkan penawaran pengurangan bayaran saman trafik sehingga 60% bagi kesalahan terpilih.
Di mana kaunter pembayaran saman trafik bersama penawaran diskaun ini akan dibuka di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur pada tarikh berlangsungnya program tersebut, dari jam 9 pagi hingga 6 petang.
Program Dua Tahun Kerajaan Madani
Program Dua Tahun Kerajaan MADANI (2TM) dan Konvensyen Nasional Reformasi Perkhidmatan Awam 2024 akan diadakan pada 22 hingga 24 November 2024 di Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC). Pelbagai aktiviti menarik menanti anda antaranya adalah:
- Diskaun Kompaun Saman Trafik PDRM. Peluang untuk anda selesaikan saman trafik dengan diskaun 60%
- Jom Exchange Al-Quran (JEQ). Tukar Al-Quran lama anda kepada Al-Quran baharu secara PERCUMA. Bawa Al-Quran lama anda, tak kira apa kondisi. Terhad kepada SATU (1) Naskhah Al-Quran setiap seorang.
Pengunjung akan diraikan dengan pelbagai pameran dan perkhidmatan daripada KDN dan jabatan/agensi KDN sebagai usaha reformasi untuk menyantuni rakyat.
Sumber : Kementerian Dalam Negeri
Diskaun Saman Trafik
Seperti amalan sebelum ini, pemberian diskaun saman ini tidak ditawarkan untuk kesalahan seperti saman lampu isyarat merah, saman menggunakan lorong kecemasan, saman memotong secara berbahaya dan saman memotong di garisan kembar
Ini termasuk juga dengan saman Kemalangan, saman Non Compund (NC), saman bicara mahkamah, saman melibatkan lori, saman ubahsuai ekzos dan saman Ops Selamat tahun semasa.
Jadi, jika anda berada di KL, jangan lupa ambil peluang ini untuk mendapatkan kadar diskaun bagi saman trafik terpilih. Sila lunaskan tunggakan saman yang ada bagi mengelakkan nama disenarai hitam atau disekat untuk pembaharuan cukai jalan atau lesen memandu.
Dengan tema “Madani di Hati, Rakyat Disantuni”, pelbagai aktiviti menarik menanti para pengunjung termasuklah reruai (booth) pameran, perkhidmatan terus kerajaan, sesi interaktif dengan agensi Kerajaan, pameran TVET, karnival kerjaya, jualan Madani dan banyak lagi.
Sumber : Kementerian Dalam Negeri
PENAFIAN
Pihak Mynewskini bukanlah dari mana-mana agensi kerajaan dan tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan.
Pihak Mynewskini hanya berkongsi maklumat kepada pembaca dan pencari informasi yang berkaitan dengan bantuan yang diberi oleh pihak kerajaan.
Harap maklum. Terima Kasih.