Diskaun Saman PDRM Setiap Saman Kadar Khas RM50 sehingga 21 Mei ini! Berita baik kepada rakyat yang ingin membayar saman PDRM.
YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim telah mengumumkan Kadar Khas Bayaran Saman bermula 21 April sehingga 21 Mei 2023 bagi semua saman trafik PDRM (kesalahan tahun 2022 dan sebelumnya).
Rakyat boleh daftar sebagai pengguna melalui website MyBayar Saman sekarang, dan tidak perlu beratur panjang di kaunter bayaran trafik.
Diskaun Saman PDRM / Kadar Khas Bayaran Saman Sempena Hari Raya Aidilfitri
Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik PDRM telah mewar-warkan notis rasmi pengurangan saman yang terpilih melalui media sosial.
Kadar Khas ini terpakai bagi semua saman trafik PDRM (kesalahan tahun 2022 dan sebelumnya).
Setiap saman boleh dilunaskan dengan hanya RM50.
Tempoh Diskaun
Kadar khas ini bermula 21 April 2023 jam 8.00 pagi.
Cara Pembayaran
Polis Diraja Malaysia melalui Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) menyediakan pelbagai sistem pembayaran saman bagi memastikan orang ramai boleh membayar saman mereka melalui saluran berikut :
i) Aplikasi Mybayar Saman atau https://mybayar.rmp.gov.my/
ii) Semua kaunter bayaran trafik IPK dan IPD (hari bekerja)
iii) Mesin ATM Maybank seluruh negara
iv) Semua kaunter pejabat Pos Malaysia
Jangan lepaskan peluang ini ! Pada mereka yang masih belum mendaftar sebagai pengguna MyBayar Saman, daftar lah sekarang, supaya anda tidak perlu beratur panjang di kaunter bayaran trafik.
Maklumat Lanjut / Muat Turun Aplikasi MyBayar Saman
Orang ramai boleh mendaftar sebagai pengguna MyBayar Saman melalui :
i) Portal – https://mybayar.rmp.gov.my
ii) Google playstore – https://play.google.com/store/apps/details…
iii) Apple store – https://apps.apple.com/my/app/mybayar-saman/id1552671016
iv) Huawei Appstore – https://appgallery.huawei.com/#/app/C104046205
Sumber adalah info sahih daripada : Facebook Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik PDRM
MyBayar Saman
Perkhidmatan digital yang dilancarkan dengan bertujuan memudahkan pengguna melakukan bayaran saman polis trafik dengan mudah terus kepada pihak PDRM secara atas talian (online).
Pengguna hanya perlu mendaftar untuk menggunakan aplikasi ini dan barulah boleh mengakses pelbagai kemudahan yang berkaitan.
Cara Pendaftaran MyBayar Saman
Berikut dikongsikan cara membuat pendaftaran online di aplikasi atau Portal MyBayar Saman.
- Layari Portal MyBayarSaman : https://mybayar.rmp.gov.my atau muat turun aplikasi MyBayar Saman melalui Google Playstore atau iOS Store.
- Klik butang NEW USER SIGN UP untuk proses Pendaftaran.
- Isikan maklumat dan isi pengesahan OTP.
- Log masuk setelah selesai mendaftar.
- Buat Semakan Saman terlebih dahulu untuk mengetahui jumlah saman yang perlu dibayar.
- Buat Pembayaran secara online melalui kaedah pembayaran yang dipilih
Cara Bayar Saman Melalui Portal / Aplikasi MyBayar Saman
Untuk pembayaran saman melalui portal, sila ikuti langkah-langkah berikut:
- Layari laman web https://mybayar.rmp.gov.my/.
- Klik butang ‘Daftar.’
- Isi maklumat peribadi dengan betul.
- Kemudian, anda akan menerima pengesahan OTP di telefon bimbit.
- Log masuk dengan no. kad pengenalan dan kata laluan yang didaftarkan.
- Butiran saman dipaparkan.
- Klik butang ‘Bayar’ di butiran saman.
- Semak saman yang ingin dibayar.
- Pilih mod pembayaran dan klik butang ‘Bayar.’
- Pembayaran selesai.
PENAFIAN
Pihak Mynewskini bukanlah dari mana-mana agensi kerajaan dan tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan.
Pihak Mynewskini hanya berkongsi maklumat kepada pembaca dan pencari informasi yang berkaitan dengan bantuan yang diberi oleh pihak kerajaan.
Harap maklum. Terima Kasih.