Skip to content

Diskaun Saman PDRM 50% Sempena Hari Kebangsaan 2024

  • Info

DISKAUN SAMAN PDRM SEMPENA HARI KEBANGSAAN TAHUN 2024

Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik Kontinjen Sabah akan mengadakan diskaun saman 50% sempena Hari Kebangsaan Tahun 2024.

Jom ketahui lebih lanjut untuk mendapatkan manfaat daripada pengurangan saman ini!

50% DISKAUN SAMAN PDRM TERPILIH

Bersempena Hari Kebangsaan 2024, Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik Kontinjen Sabah akan memberikan tawaran pengurangan saman terpilih sebanyak 50%.

Inilah masanya untuk anda melunaskan tunggakan saman bagi mengelakkan nama disenarai hitam atau disekat untuk pembaharuan cukai jalan atau lesen.

Tarikh

Orang ramai dijemput untuk hadir bagi pembayaran saman seperti ketetapan berikut :-

  • Tarikh : 29 Ogos 2024 – 31 Ogos 2024
  • Waktu : 8.30 Pagi – 4.30 Petang
  • Lokasi : Di Semua Kaunter Bayaran Saman PDRM Kontinjen Sabah
Iklan

Jenis Saman

Pengurangkan kadar saman 50% ini untuk semua jenis saman trafik, KECUALI:

  1. Kesalahan kemalangan.
  2. Kesalahan berstatus OP selamat.
  3. Kesalahan berstatus Non Compound (NC).
  4. Kesalahan bicara Mahmakah (m).
  5. Kesalahan berkaitan kenderaan M/Lori,
  6. Kesalahan potong secara bahaya (Potong Q).
  7. Kesalahan menggunakan lorong kecemasan.
  8. Kesalahan tidak patuh isyarat lampu merah.
  9. Kesalahan potong di garisan berkembar.
  10. Kesalahan ubahsui ekzos kenderaan.

NOTA:

Bayaran hanya boleh dibuat di kaunter (kad/tunai) sahaja dan tidak boleh secara dalam talian atau lain-lain aplikasi.

Semakan Saman Online

Bagi mengelakkan kesesakan, orang ramai yang ingin membuat bayaran saman boleh membuat semakan terlebih dahulu melalui Portal MyBayar Saman.

Anda perlu mendaftar sebagai pengguna MyBayar Saman melalui :

Rujuk cara buat semakan saman online: MyBayar Saman – Semakan & Bayaran Saman PDRM Online

Maklumat Lanjut

Untuk sebarang maklumat lanjut mengenai pengurangkan saman ini, sila rujuk Facebook Rasmi JSPT IPK SABAH.

PENAFIAN

Pihak Mynewskini bukanlah dari mana-mana agensi kerajaan dan tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan.
Pihak Mynewskini hanya berkongsi maklumat kepada pembaca dan pencari informasi yang berkaitan dengan bantuan yang diberi oleh pihak kerajaan.
Harap maklum. Terima Kasih.

Exit mobile version