DISKAUN SAMAN PDRM SEMPENA PROGRAM SETAHUN BERSAMA KERAJAAN MADANI
Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah mewar-warkan notis rasmi pengurangan saman sebanyak 50% bagi saman yang terpilih sempena Program Setahun Bersama Kerajaan MADANI.
Diskaun Saman Polis Sempena Program Ramah Mesra PDRM
Kaunter pengurangan kadar kompaun saman Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan kaunter Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), antara yang akan dibuka sempena Program Setahun Bersama Kerajaan MADANI selama tiga hari bermula Jumaat ini.
Sehubungan dengan itu, diskaun saman PDRM 50% bagi saman – saman yang layak diberi diskaun bermula selama 3 hari tersebut. Kaunter khas akan dibuka di Pekarangan Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur bermula 8 hingga 10 Disember 2023.
Program itu akan turut diisi pameran pelbagai aset Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) serta Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).
Selain itu, kaunter pendaftaran Sumbangan Tunai RAHMAH (STR), kaunter pendaftaran Program Cuti-cuti Cikgu dan kaunter wang tidak dituntut (JANM).
Tempoh Diskaun / Kadar Khas Bayaran Saman
Diskaun saman trafik sehingga 50% ini boleh dibayar di kaunter khas yang akan dibuka di Pekarangan Stadium Nasional Bukit Jalil sempena Program Setahun Bersama Kerajaan Madani.
Tawaran pengurangan kompaun saman ini TIDAK TERMASUK kesalahan lalu lintas bagi tahun 2023 yang melibatkan saman kemalangan, kes mahkamah yang berstatus waran tangkap atau masih dalam perbicaraan dan kesalahan tidak boleh dikompaun (non compundable).
Pembayaran kompuan hanya boleh dibuat pada ketetapan berikut:
- Tempat :
- Kaunter Semakan dan Pembayaran Saman Trafik di Pekarangan Stadium Nasional Bukit Jalil Kuala Lumpur
- Masa :
- Jam 9.00 pagi hingga 4.00 petang (8 Disember 2023 – Jumaat)
- Jam 9.00 pagi hingga 6.00 petang ( 9 dan 10 Disember 2023 – Sabtu & Ahad)
Semakan Saman Online
Bagi mengelakkan kesesakan, orang ramai yang ingin membuat bayaran saman boleh membuat semakan terlebih dahulu melalui Portal MyBayar Saman.
Anda perlu mendaftar sebagai pengguna MyBayar Saman melalui :
- i) Portal MyBayar Saman PDRM- https://mybayar.rmp.gov.my
- ii) Google playstore – https://play.google.com/store/apps/details…
- iii) Apple store – https://apps.apple.com/my/app/mybayar-saman/id1552671016
- iv) Huawei Appstore – https://appgallery.huawei.com/#/app/C104046205
PENAFIAN
Pihak Mynewskini bukanlah dari mana-mana agensi kerajaan dan tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan.
Pihak Mynewskini hanya berkongsi maklumat kepada pembaca dan pencari informasi yang berkaitan dengan bantuan yang diberi oleh pihak kerajaan.
Harap maklum. Terima Kasih.