Cuti Bersalin Kerajaan. Cara Memohon – Sebagai seorang pekerja yang bekerja di sektor awam, salah satu hak yang dimiliki sebagai seorang pekerja adalah cuti bersalin kerajaan.
Hak tersebut membolehkan pekerja yang baru bergelar ibu untuk pulih dan mengadaptasi perubahan terhadap diri daripada luka bersalin serta memenuhi tanggungjawab mereka sebagai seorang ibu.
Untuk pengetahuan umum, majikan di Malaysia wajib memberikan cuti bersalin kepada pekerja di bawah Akta Pekerjaan atau EA dan pekerja wanita boleh mula bekerja pada bila-bila masa semasa cuti bersalin dengan persetujuan majikan sekiranya disahkan layak untuk menyambung kerja oleh pengamal perubatan berdaftar.
Definisi Cuti Bersalin
Cuti bersalin adalah cuti yang diberikan kepada pegawai wanita untuk bersedia dan pulih daripada bersalin.
Cuti Bersalin kepada pegawai Perkhidmatan Awam adalah seperti yang diperuntukkan dalam Perintah Am 25 Bab C (Cuti) dan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 5 Tahun 2017: Kemudahan Cuti Bersalin Pegawai Perkhidmatan Awam.
Pada asasnya cuti ini diberikan untuk meningkatkan kualiti kesihatan selepas melahirkan anak, mengelak kemurungan dan mengeratkan kasih sayang di antara ibu dan anak.
Pembayaran Elaun
Seseorang pekerja layak menerima elaun sekiranya:
- Bekerja sekurang-kurangnya 90 hari dalam tempoh 9 bulan sebelum bersalin.
- Bekerja sekurang-kurangnya 1 hari dalam tempoh 4 bulan sebelum bersalin.
- Mempunyai kurang daripada 5 orang anak yang masih hidup.
Bagi pekerja yang mempunyai baki Cuti Bersalin bergaji penuh kurang daripada 60 hari, pegawai hendaklah mengambil Cuti Bersalin antara 60 hingga 98 hari dengan
menggunakan kemudahan berikut:
- Bagi pegawai selain guru:
– Menggunakan semua baki Cuti Bersalin bergaji penuh.
– Jika tidak mencukupi, Cuti Rehat digunakan.
– Jika masih tidak mencukupi, Cuti Bersalin tanpa gaji digunakan. - Bagi guru, semasa penggal sekolah, guru hendaklah:
– Menggunakan semua baki Cuti Bersalin bergaji penuh.
– Jika tidak mencukupi, Cuti Bersalin separuh gaji hingga 14 hari digunakan.
– Jika masih tidak mencukupi, Cuti Bersalin tanpa gaji digunakan. - Semasa cuti penggal sekolah, guru hendaklah:
– Menggunakan semua baki Cuti Bersalin bergaji penuh.
– Bagi tempoh yang selebihnya dianggap dalam cuti bergaji penuh.
Bagi pegawai yang telah menggunakan kelayakan maksimum 360 hari kemudahan Cuti Bersalin, pekerja hendaklah mengambil Cuti Bersalin antara 60 hingga 98 hari dengan menggunakan kemudahan berikut:
- Bagi pegawai selain guru:
– Menggunakan Cuti Rehat mulai dari tarikh bersalin.
– Jika masih tidak mencukupi, Cuti Bersalin tanpa gaji digunakan. - Bagi guru, semasa penggal sekolah, guru hendaklah:
– Menggunakan Cuti Bersalin separuh gaji hingga 14 hari.
– Jika masih tidak mencukupi, Cuti Bersalin tanpa gaji digunakan.
– Semasa cuti penggal sekolah, guru yang bersalin dianggap dalam cuti bergaji penuh.
Kelayakan & Peraturan
Kelayakan dan peraturan bagi cuti bersalin ini adalah seperti berikut:
- Kadar kelayakan Cuti Bersalin bergaji penuh ialah sebanyak 360 hari sepanjang tempoh perkhidmatan seseorang pekerja.
- Tempoh maksimum Cuti Bersalin bagi setiap kelahiran adalah 98 hari. Walau bagaimanapun, pekerja diberi fleksibiliti untuk menentukan sendiri tempoh Cuti Bersalin antara 60 hari hingga 98 hari 2 bagi setiap kelahiran.
- Cuti Bersalin bermula pada tarikh pegawai bersalin. Walau bagaimanapun, pekerja boleh memilih untuk menggunakan Cuti Bersalin lebih awal dari tarikh bersalin iaitu pada bila-bila masa dalam tempoh 14 hari dari tarikh dijangka bersalin.
Permohonan cuti ini boleh dibuat menerusi langkah-langkah berikut:
- Muat turun borang permohonan SR.5.4.1 (B).
- Isi semua maklumat yang diperlukan.
- Mengemukakan dokumen sokongan daripada hospital/klinik Kerajaan atau swasta yang mengesahkan tarikh dijangka bersalin.
- Menghantar borang dan dokumen kepada Ketua Jabatan untuk kelulusan permohonan cuti.
Untuk maklumat dan info lanjut mengenai cuti bersalin kerajaan, sila baca Pekeliling Perkhidmatan Sumber Manusia dengan klik pautan https://docs.jpa.gov.my/docs/myppsm/PPSM/SR/Kemudahan-Cuti/114/.
PENAFIAN
Pihak Mynewskini bukanlah dari mana-mana agensi kerajaan dan tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan.
Pihak Mynewskini hanya berkongsi maklumat kepada pembaca dan pencari informasi yang berkaitan dengan bantuan yang diberi oleh pihak kerajaan.
Harap maklum. Terima Kasih.